Ramai di antara kita yang tidak menyedari bahawa terdapat alternatif lain untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN, iaitu dengan menggunakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 2.
Apakah maksud pengeluaran KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN?
KWSP membenarkan pencarum atau ahli keluarga pencarum mengeluarkan wang dari KWSP Akaun 2 untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN. Permohonan tersebut boleh dibuat secara dalam talian melalui e-Pengeluaran di laman web rasmi KWSP.
Kelebihan bayar balik pinjaman PTPTN melalui KWSP
- Peminjam dibenarkan menggunakan simpanan daripada KWSP Akaun 2 peminjam/ pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).
- Tiada had pengeluaran, peminjam boleh membayar amaun tunggakan, sebahagian atau sekaligus baki pinjaman pendidikan PTPTN.
- Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali, selagi Akaun 2 masih berbaki.
- Tiada caj pemprosesan dikenakan.
- Nikmati penjimatan kos ujrah serta memendekkan tempoh bayaran balik.
- Walaupun anda telah membayar balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji atau debit terus, bayaran balik melalui KWSP juga masih dibenarkan.
- Tidak memerlukan dokumen sokongan bagi pengeluaran seterusnya.
Berbaloi bukan?
Mula bayar balik pinjaman sekarang!
Bayar balik pinjaman PTPTN lebih mudah dengan pengeluaran KWSP Akaun II
Cara bayaran balik pinjaman PTPTN melalui pengeluaran KWSP

Peminjam boleh memohon pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN melalui i-Akaun KWSP. Di sini kami kongsikan enam (6) langkah untuk membuat permohonan:
Langkah 1: Log masuk i-Akaun KWSP:
- Masukkan ID Pengguna dan klik Log masuk sekarang
- Masukkan Kata Laluan dan klik Teruskan
Langkah 2: Permohonan Pengeluaran Pendidikan:
- Klik Pengeluaran
- Klik Pendidikan
- Klik ikon ‘Keluarkan Simpanan’
- Patuhi Senarai Semak Permohonan dan Klik Okey
- Pilih Hubungan Ahli KWSP dengan peminjam PTPTN
- Masukkan No. Rujukan Pelajar (Semak dalam myPTPTN)
- Klik Teruskan
Langkah 3: Lengkapkan Maklumat Pengajian & Jumlah Bayaran:
- Pilih Peringkat Pengajian
- Institusi yang terlibat, pilih PTPTN dan klik Teruskan
- Masukkan amaun pengeluaran dan klik Teruskan
Langkah 4: Butiran Pengeluaran
- Semak dan sahkan Maklumat Perhubungan, Maklumat Pengajian & Maklumat Pengeluaran
- Klik Teruskan
- Klik Terima pada Pengisytiharan Pengeluaran
Langkah 5: Pengesahan Transaksi
- Masukkan nombor TAC (melalui SMS)
- Klik Teruskan
- Selesai (paparan pengeluaran telah berjaya dihantar akan keluar)
- Status permohonan akan dihantar melalui SMS/ Mesej Sekuriti inbox di i-Akaun KWSP
(Hanya Untuk Permohonan Kali Pertama)
Langkah 6: Pengesahan Cap Jari di Pejabat KWSP
- Terima SMS daripada KWSP (dalam tempoh 3-5 hari bekerja)
- Hadir ke Pejabat Cawangan KWSP untuk proses pengesanan Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
- Mengikut tempoh yang ditetapkan oleh KWSP.
Permohonan yang telah lengkap diterima PTPTN akan diproses dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja.
Selesai.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Careline PTPTN di 03–21933000 atau Khidmat Pelanggan KWSP di 03–89226000 untuk bantuan lanjut.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu anda untuk menyelesaikan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN. Di samping itu, dapat membantu generasi akan datang melanjutkan pengajian mereka di peringkat lebih tinggi.