myPTPTN adalah aplikasi mudah alih yang menawarkan perkhidmatan PTPTN secara dalam talian seperti semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, semakan penyata Simpan SSPN, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN serta permohonan potongan gaji dan Debit Terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.
Aplikasi myPTPTN dilengkapi dengan eKYC (Electronic Know Your Customer) iaitu proses mengesahkan dan mengekalkan rekod identiti pelanggan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia sebagai salah satu kunci keselamatan transaksi digital. Pelanggan hendaklah membuat pendaftaran dan pengesahan pengenalan diri melalui Kad Pengenalan dan foto yang perlu diambil semasa pengesahan dibuat. Pelanggan tidak boleh membuat semakan penyata atau pindahan sekiranya tidak membuat pengesahan identiti eKYC tersebut.
Aplikasi myPTPTN digunakan mulai 29 Mac 2022.
Pengguna mestilah Warganegara Malaysia berumur 18 tahun (dan ke atas) dan mempunyai nombor telefon serta alamat e-mel yang betul dan sah bagi tujuan pengesahan pendaftaran.
Tidak boleh, pendaftaran hanya boleh dibuat menggunakan No. Kad Pengenalan (MyKad) sahaja.
Terdapat 2 kaedah untuk akses ke aplikasi myPTPTN.
Pertama: Memuat turun ke peranti; dan
Sistem Operasi telefon bimbit mestilah iOS 11.0 dan ke atas atau versi Android 5.0 dan ke atas. Sila ke platform pengedaran digital seperti “App Store”, “Play Store” dan “Huawei AppGallery” untuk muat turun aplikasi myPTPTN di telefon mudah alih anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Kedua: Melayari Web (https://myptptn.ptptn.gov.my)
myPTPTN boleh dilayari di kesemua pelayar web seperti Microsoft Edge, Internet Explorer, Google Chrome, Mozilla Firefox dan Apple Safari. Capaian terbaik adalah di Google Chrome dan Microsoft Edge.
Aplikasi ini adalah PERCUMA.
Tiga (3) langkah mudah untuk mendaftar myPTPTN seperti berikut:
Pertama:
Buka aplikasi myPTPTN dan klik ‘Daftar Sekarang’
Kedua:
i. Masukkan nama penuh seperti di kad pengenalan dan nombor kad pengenalan
ii. Lengkapkan maklumat e-mel, nombor telefon bimbit dan alamat surat menyurat
iii. Set kata laluan dan tentukan frasa/ ikon keselamatan serta tanda persetujuan pengesahan maklumat dan penafian
iv. Dapatkan TAC di nombor telefon dan aktifkan pendaftaran myPTPTN yang telah dihantarkan kepada e-mel pengguna.
Ketiga:
Lengkapkan proses pengesahan identiti eKYC dengan menyediakan kad pengenalan dan swafoto.
eKYC merupakan proses pengesahan identiti secara elektronik di aplikasi mudah alih yang perlu dilakukan sebelum pengguna membuat sebarang urus niaga bagi memastikan transaksi digital yang dilakukan adalah selamat.
Sekiranya pengguna tidak sempurnakan eKYC, pengguna akan dianggap sebagai tetamu dan akses perkhidmatan yang diberikan adalah terhad. Berikut adalah perbezaan akses perkhidmatan antara tetamu dan pelanggan.
Bil. | Perkhidmatan | TETAMU (tanpa eKYC) | PENGGUNA (dengan eKYC) |
1. | Bayaran Balik Diri Sendiri | √ | √ |
2. | Bayaran Balik Orang Lain Pihak Ketiga | √ | √ |
3. | Semakan Penyata Pinjaman/ Akaun Simpan SSPN | X | √ |
4. | Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime | X | √ |
5. | Pembukaan Akaun Simpan SSPN Plus | X | √ |
6. | Permohonan Auto Debit | X | √ |
7. | Permohonan Debit Terus | X | √ |
8. | Permohonan Potong Gaji | X | √ |
9. | Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman | X | √ |
10. | Permohonan Surat Penyelesaian Hutang | X | √ |
11. | Penambahan Deposit Diri Sendiri | √ | √ |
12. | Penambahan Deposit Orang Lain Pihak Ketiga | √ | √ |
13. | Tambahan Akaun Kegemaran | √ | √ |
14. | Pindahan Simpanan | X | √ |
15. | Pindahan Lebihan Bayaran | X | √ |
16. | Semakan Cawangan PTPTN | √ | √ |
17. | Pengurusan Profil | √ | √ |
Permohonan eKYC hanya dibenarkan sebanyak 5 kali sahaja. Pengguna hendaklah menghubungi Careline PTPTN untuk bantuan pengaktifan semula pengesahan keselamatan eKYC atau hadir ke kaunter PTPTN.
Pengguna perlu membuat penukaran/ penggantian kad pengenalan yang rosak atau hilang sebelum memulakan eKYC.
TAC adalah kod 6 digit unik yang dihantar melalui perkhidmatan mesej ringkas (SMS) ke telefon bimbit yang didaftarkan semasa membuat pendaftaran aplikasi myPTPTN. Ia merupakan ciri keselamatan yang digunakan oleh PTPTN untuk melindungi akaun pengguna daripada penggunaan yang tidak dibenarkan. Untuk melengkapkan transaksi, pengguna akan menerima TAC daripada PTPTN untuk mengesahkan bahawa pengguna adalah orang yang sah yang melaksanakan transaksi.
Boleh dengan syarat nombor telefon yang digunakan adalah nombor sama yang didaftarkan dalam aplikasi myPTPTN dan bukan nombor telefon luar negara.
Pengguna perlu membuat penukaran kata laluan pada menu “Bantuan – Terlupa Kata Laluan”
Akaun pengguna akan disekat. Pengguna perlu membuat penukaran kata laluan pada menu “Profile – Tukar Kata Laluan”
Tidak. Kata laluan yang baharu mestilah tidak sama dengan 5 kata laluan sebelumnya.
Pengguna tidak dibenarkan untuk menggunakan frasa keselamatan yang sama dengan ID dan kata laluan
Ikon dan frasa keselamatan ialah gambar dan perkataan yang dipilih oleh pengguna bagi keselamatan semasa log masuk web/ aplikasi myPTPTN.
Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
Pengguna boleh membuat permohonan pengesahan baki pinjaman bagi tujuan penyelesaian hutang.
Maklumat/ pemberitahuan boleh disalurkan kepada pengguna dengan cepat melalui push notification di inbox yang terdapat di dalam myPTPTN. Antaranya makluman tawaran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP), makluman kelulusan pinjaman dan makluman tarikh pinjaman dikreditkan ke dalam akaun. Kemudahan ini sangat berguna kepada para pelajar yang sememangnya sentiasa menantikan berita baik dari PTPTN mengenai pinjaman mereka.
Paparan hanya boleh dilihat bagi tahun semasa sahaja dan tidak akan dipaparkan bagi tahun-tahun ke hadapan. Namun begitu, jika terdapat transaksi dalam penyata yang melibatkan pelarasan dan lain-lain, penyata akan dipaparkan semula.
Pengemaskinian maklumat peribadi boleh dibuat bagi perkara berikut:
Tidak boleh. Satu e-mel hanya boleh didaftarkan untuk satu nombor kad pengenalan sahaja.
Pengguna boleh membuat penukaran alamat e-mel untuk pengaktifan akaun pada menu “Bantuan – Hantar/ Tukar e-mel Pengaktifan Akaun”
Pengguna perlu membuat pengemaskinian nombor telefon baharu pada menu “Profile – Kemas kini Maklumat nombor telefon”
Tiada had pengemaskinian maklumat peribadi.
Ya. Aplikasi myPTPTN ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan:
PTPTN akan sentiasa melakukan pengemaskinian kepada kawalan keselamatan mengikut amalan dan teknologi semasa secara berterusan.
Sekiranya telefon bimbit anda dicuri, tiada siapa yang dapat mengakses aplikasi tanpa ID pengguna dan kata laluan anda. Namun, untuk keselamatan, jangan simpan maklumat atau kata laluan akaun peribadi di dalam telefon bimbit anda. Selain itu, anda juga harus mempertimbangkan untuk menghubungi khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi anda untuk membekukan nombor telefon buat sementara waktu.
Tidak, tiada tempoh yang ditetapkan untuk menyahaktifkan akaun web/ aplikasi myPTPTN secara automatik
Penyata cukai boleh dimuat turun di web/ aplikasi myPTPTN.
Permohonan pinjaman PTPTN boleh dilakukan di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my)
Inisiatif ini bermaksud pemberian WPP diperluaskan kepada pelajar B40 yang mengikuti pengajian peringkat diploma sepenuh masa di IPTS.
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan pinjaman berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak.
Syarat-syarat adalah seperti berikut:
Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM);
Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
Pelajar tidak mempunyai hutang WPP
Pelajar perlu membuat permohonan di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) mulai 1 hingga 15 hari bulan sebelum bulan pendaftaran pelajar di IPTS (kelompok pertama).
Semakan boleh dibuat di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) mulai 9 hari bulan pada bulan berikutnya selepas permohonan dibuat. Makluman juga akan dibuat melalui e-mel.
WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
Surat tawaran WPP yang dicetak daripada Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my); dan
MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)
WPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran WPP.
Contoh:
Tarikh Surat Tawaran WPP: 09 Februari 2021.
Tempoh Surat Tawaran WPP Ditunaikan: Mulai 09 Feb 2021 hingga 09 April 2021.
Tiada rayuan akan dipertimbangkan.
Tidak. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebagai persediaan pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.
Situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP adalah seperti berikut:.
Pelajar tidak meneruskan pengajian di IPT yang ditawarkan; dan
Pelajar tidak meneruskan pengajian dalam program yang ditawarkan.
Sekiranya WPP tersebut telah ditunaikan, pelajar dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh lapan (8) bulan daripada tarikh tamat surat tawaran. Ta’widh sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan mulai bulan ke-9 daripada tarikh tamat surat tawaran.
Dokumen yang perlu disertakan sekiranya kehilangan MyKad adalah Kad Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Tidak boleh. Pelajar dikehendaki mencetak semula surat tawaran WPP baharu dan memastikan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran adalah lengkap.
Boleh tetapi pelajar perlu sertakan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu, sijil lahir atau surat tawaran ke IPT.
Boleh. Pelajar dikehendaki menunaikan WPP terlebih dahulu dan seterusnya mengisi borang deposit ke akaun simpanan.
Jumlah pinjaman ditentukan berdasarkan pendapatan bersih isi rumah penjaga seperti di bawah:
JUMLAH PINJAMAN | KELAYAKAN |
---|---|
Maksimum | Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) |
75% daripada pinjaman maksimum | Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BKM) |
50% daripada pinjaman maksimum | Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BKM) |
Rayuan pinjaman kategori maksimum hanya dipertimbangkan sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun semasa permohonan PTPTN diluluskan.
Tidak boleh. Jumlah pinjaman kategori maksimum adalah jumlah tertinggi yang diberikan oleh PTPTN kepada mana-mana pelajar yang layak. Pelajar dinasihatkan untuk mendapatkan pinjaman daripada badan penaja yang lain sekiranya jumlah pinjaman yang diberikan masih tidak mencukupi tertakluk kepada polisi dan peraturan badan penaja tersebut.
Pengemaskinian maklumat butiran diri boleh dibuat melalui Borang Perubahan Maklumat Pelanggan yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN.
Semua maklumat yang dicetak dalam dokumen tawaran pinjaman pendidikan adalah berdasarkan pengisian permohonan oleh pelajar. Sekiranya pindaan melibatkan ejaan Nama, Alamat, Nama Bank dan No Akaun, pengemaskinian boleh dibuat melalui Borang Perubahan Maklumat Pelanggan yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN. Bagi pindaan yang melibatkan maklumat pengajian seperti Nama IPT, Nama Program, Tempoh Pengajian dan lain-lain, anda perlu membatalkan tawaran berkenaan dan mengemukakan semula permohonan baharu dengan memastikan maklumat yang diisi adalah betul.
Anda boleh hadir di mana-mana cawangan PTPTN dengan mengemukakan Borang Permohonan Salinan Dokumen Perjanjian Pinjaman PTPTN yang diperolehi daripada Portal Rasmi PTPTN.
Anda perlu mengemukakan Borang Permohonan Dokumen Perjanjian Pinjaman (Asal) Yang Tidak Dituntut yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN bersama-sama sampul Pos Ekspres bersaiz A4 dengan menulis nama dan alamat sendiri serta poskan ke PTPTN.
Boleh. Wakil anda perlu mengisi Borang Permohonan Dokumen Perjanjian Pinjaman (Asal) Yang Tidak Dituntut di Portal Rasmi PTPTN.
Wang pinjaman akan dikreditkan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
Jumlah pinjaman yang diterima pada setiap semester telah dibuat potongan perlindungan takaful dan WPP (sekiranya telah menunaikan WPP).
Pengeluaran pinjaman bagi semester berikutnya adalah berdasarkan syarat-syarat berikut:
Masih aktif meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan;
Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG)/ Gred Point Average (GPA) 2.0 ke atas.
Tidak. Bayaran balik pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang diterima termasuk upah yang dikenakan.
Tidak layak. Pengeluaran pinjaman pendidikan akan dikeluarkan setakat tempoh anda menamatkan pengajian samada lebih awal atau mengikut tempoh pengajian lazim. Bayaran balik pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang diterima termasuk upah yang dikenakan.
Tidak boleh. Pengeluaran pinjaman pendidikan dikreditkan terus ke akaun persendirian pelajar sahaja.
Peminjam perlu mengisi Borang Pembatalan Pinjaman yang boleh diperolehi menerusi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)/ kaunter PTPTN/ Portal Rasmi PTPTN beserta surat permohonan rasmi pembatalan pinjaman pendidikan.Bagi peminjam yang menerima penaja lain, sila sertakan bersama salinan surat tawaran daripada penaja berkenaan.
Peminjam perlu mengemukakan surat permohonan rasmi untuk mendapatkan surat pelepasan bersyarat tersebut.
Boleh, sekiranya peminjam telah menyelesaikan pinjaman terdahulu pada peringkat pengajian yang sama. Namun, pinjaman kali kedua untuk peringkat pengajian yang lebih tinggi akan dipertimbangkan walaupun pinjaman terdahulu belum diselesaikan.
Wang pinjaman akan dikreditkan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
Jumlah pinjaman yang diterima pada setiap semester telah dibuat potongan perlindungan takaful dan WPP (sekiranya telah menunaikan WPP).
Pengeluaran pinjaman bagi semester berikutnya adalah berdasarkan syarat-syarat berikut:
Masih aktif meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan;
Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG)/ Gred Point Average (GPA) 2.0 ke atas.
Tidak. Bayaran balik pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang diterima termasuk upah yang dikenakan.
Tidak layak. Pengeluaran pinjaman pendidikan akan dikeluarkan setakat tempoh anda menamatkan pengajian samada lebih awal atau mengikut tempoh pengajian lazim. Bayaran balik pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang diterima termasuk upah yang dikenakan.
Tidak boleh. Pengeluaran pinjaman pendidikan dikreditkan terus ke akaun persendirian pelajar sahaja.
Peminjam perlu mengisi Borang Pembatalan Pinjaman yang boleh diperolehi menerusi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)/ kaunter PTPTN/ Portal Rasmi PTPTN beserta surat permohonan rasmi pembatalan pinjaman pendidikan.Bagi peminjam yang menerima penaja lain, sila sertakan bersama salinan surat tawaran daripada penaja berkenaan.
Peminjam perlu mengemukakan surat permohonan rasmi untuk mendapatkan surat pelepasan bersyarat tersebut.
Boleh, sekiranya peminjam telah menyelesaikan pinjaman terdahulu pada peringkat pengajian yang sama. Namun, pinjaman kali kedua untuk peringkat pengajian yang lebih tinggi akan dipertimbangkan walaupun pinjaman terdahulu belum diselesaikan.
Tidak boleh. Tempoh pinjaman pendidikan adalah berdasarkan kepada tempoh program pengajian diluluskan oleh JPT, KPT. Tempoh pinjaman pendidikan diluluskan merujuk kepada semester semasa permohonan dibuat. Sekiranya anda memohon pada semester kedua, pinjaman pendidikan akan diluluskan mulai semester kedua hingga tamat tempoh pengajian lazim anda.
Tidak boleh. Pinjaman pendidikan kali kedua hanya akan dipertimbangkan kepada pelajar-pelajar yang meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Boleh, dengan syarat anda telah menyelesaikan sepenuhnya jumlah pinjaman pendidikan yang telah diterima sebelum ini (jumlah keseluruhan pinjaman yang perlu diselesaikan adalah tertakluk kepada pengesahan daripada PTPTN).
Anda tidak perlu menyelesaikan hutang pinjaman terdahulu sekiranya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu. Bayaran balik hutang pinjaman terdahulu boleh ditangguhkan sehingga selesai pengajian baharu.
Tidak boleh. PTPTN hanya menyediakan pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana/ Doktor Falsafah (PhD) Kursus Profesional di Universiti Awam sahaja.
Ya, anda layak memohon sekiranya mengikuti pengajian separuh masa di Universiti Awam dan Politeknik. Bagi pengajian di IPTS, pinjaman PTPTN hanya disediakan di IPT berikut:
Ya, jika anda mengikuti pengajian di:
Boleh. Walau bagaimanapun, PTPTN hanya memberi pinjaman pendidikan bagi tempoh pengajian yang diikuti di dalam negara sahaja.
Insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak adalah dalam bentuk pengurangan sebanyak 30% ke atas baki pinjaman PTPTN peminjam dalam kalangan anak-anak Sarawak.
Peminjam yang layak adalah seperti berikut:
Peminjam yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman adalah tidak layak mendapat insentif ini.
Kelayakan pengurangan sebanyak 30% ditentukan daripada jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh peminjam hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada hutang PTPTN.
Contoh pengiraan:
Bil | Perkara | Jumlah (RM) |
---|---|---|
1. | Jumlah keseluruhan pinjaman dikeluarkan | 15,000 |
2. | Bayaran balik oleh pelajar telah mencapai sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah keseluruhan hutang | (5,000) |
3. | Baki pinjaman | 10,000 |
4. | Insentif sebanyak 30% daripada Kerajaan Negeri Sarawak | (3,000) |
5. | Baki pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam | 7,000 |
Peminjam tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan. PTPTN akan mengemukakan senarai peminjam yang layak kepada Kerajaan Negeri.
Semakan boleh dibuat di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/SemakanInsentifBayaranBalikAnakSarawak) mulai 9 Mac 2021.
Insentif ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga dimaklumkan pemberhentiannya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Peminjam hanya layak menerima insentif ini sekali sahaja.
Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:
Penentuan Kelas Pertama diberikan oleh senat Institut Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.
Kaedah permohonan adalah secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama) yang dibuat dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen. Permohonan selepas daripada tempoh tersebut tidak diterima.
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT) dengan cop pengesahan mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.
Boleh. Selaras dengan pengumuman YAB PM sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022 yang lalu, insentif pengecualian bayaran balik ini telah diperluaskan semula kepada semua peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama. Ia adalah sebagai dorongan kepada semua peminjam untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka. Sehubungan itu peminjam boleh mengemukakan permohonan sehingga 31 Disember 2022.
Bagi peminjam yang telah membuat bayaran balik, pemulangan semula (refund) akan dibuat sekiranya permohonan pengecualian bayaran balik dipertimbangkan. Peminjam boleh memohon di Portal Rasmi PTPTN di capaian https://www.ptptn.gov.my/lebihanbayaran/Utama.
Tidak layak. Hanya pinjaman peringkat Ijazah Sarjana Muda akan dikecualikan bayaran balik. Peminjam masih tertakluk untuk membayar balik pinjaman peringkat Diploma.
Salinan transkrip dan Ijazah hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT). Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.
Tidak boleh. Pengesahan dokumen hanya boleh dilakukan di Bahagian Akademik IPT atau bahagian yang mengeluarkan transkrip/ skrol mengikut cawangan IPT peminjam mengikuti pengajian sahaja. Dalam kes ini, peminjam perlu mendapatkan pengesahan daripada Bahagian Akademik UPM.
Boleh. Pertimbangan pengecualian bayaran balik akan diberikan ke atas jumlah pinjaman yang tidak bertindih dengan penaja lain. Penjadualan semula akan dilakukan dan peminjam boleh membuat bayaran ansuran mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB).
Layak. Pertimbangan pengecualian bayaran balik boleh diberikan ke atas jumlah pinjaman yang diterima dalam tempoh pengajian sahaja. Bagi pinjaman yang diterima selepas tamat pengajian, jumlah tersebut perlu dibayar balik kepada PTPTN.
Peminjam tidak mendapat pengecualian bayaran balik ke atas keseluruhan jumlah pinjaman yang diterima sekiranya:
2 kaedah bayaran balik disediakan, iaitu:-
Status permohonan boleh disemak dalam tempoh 60 hari daripada tarikh permohonan melalui 2 kaedah di bawah:
Tidak. Peminjam bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN. Tiada suatu peruntukan di dalam perjanjian yang menyebut bahawa peminjam hanya perlu membuat bayaran selepas mendapat notis daripada PTPTN.
Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak dikenakan kos upah.
Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.
Tidak boleh. Bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran bulanan akan menyebabkan berlakunya tunggakan dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan. Peminjam disarankan hadir berunding untuk mengurangkan ansuran bulanan dengan membuat penstrukturan semula pinjaman.
Boleh. Pembayaran melebihi jumlah ansuran membolehkan peminjam menyelesaikan pinjaman lebih awal dan dapat menikmati penjimatan kos upah kerana kos upah dikenakan sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat.
Kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan seperti berikut:
i) Bayaran Balik Melalui Kaunter
SALURAN | KETERANGAN | CAJ (RM) | TEMPOH KEMASKINI (HARI BEKERJA) |
---|---|---|---|
Kaunter PTPTN (seluruh negara) | Bayaran tanpa tunai melalui Electronic Data Capture (EDC) Terminal menggunakan: – Kad Debit Tempatan – Kad Kredit Tempatan – Kad Caj Tempatan | – | 3 hari |
Kaunter Ejen | Bank Islam Bank Rakyat Pos Malaysia CIMB Bank Bank Simpanan Nasional (BSN) | 1.00 | 3 hari |
Kiosk PayQuik | – Saluran bayaran balik pinjaman secara tunai. – Panduan bayaran, KLIK DI SINI. | 1.00 | 1 hari |
Razer Cash di 7-Eleven | – Saluran bayaran balik pinjaman secara tunai. – Panduan bayaran, KLIK DI SINI. – Pautan Razer Cash di 7-Eleven, KLIK DI SINI. | 1.00 | 3 hari |
Digi Kiosk | – Saluran bayaran pinjaman secara tunai. – Panduan bayaran, KLIK DI SINI. | 1.00 | 3 hari |
e-Pay | – Saluran bayaran pinjaman secara tunai. – Perkhidmatan e-Pay boleh didapati di tempat-tempat seperti Caltex, KK Mart 24 Jam, Mydin, myNEWS.com, PAK GROCER, Petron | 1.00 | 1 hari |
ii) Bayaran Balik Secara Dalam Talian
SALURAN | KETERANGAN | CAJ (RM) | TEMPOH KEMASKINI (HARI BEKERJA) | |
---|---|---|---|---|
Perbankan Internet | Bank | Manual | – | – |
Bank Islam | | 1.00 | 3 hari | |
Bank Rakyat | | 1.00 | 3 hari | |
Maybank | | 1.00 | 3 hari | |
Public Bank | | 1.00 | 3 hari | |
RHB Bank | | 1.00 | 3 hari | |
Pos Online | | 0.50 | 3 hari | |
Affin Bank | | 1.00 | 3 hari | |
AmBank | | 1.00 | 3 hari | |
Agrobank | | 1.00 | 3 hari | |
CIMB Bank | | 0.50 | 3 hari | |
Bank Simpanan Nasional | | 1.00 | 3 hari | |
myPTPTN | – Kemudahan bayaran secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN | – | 3 hari | |
MBSB(MBSB Bank e-wallet) | – Kemudahan bayaran secara dalam talian melalui MBSB Bank e-wallet | 0.50 | 3 hari | |
JomPAY | – Kemudahan bayaran secara dalam talian melalui perbankan internet dan telefon mudah alih menggunakan akaun semasa, simpanan dan kad kredit | – | 3 hari | |
MyPay | – Bayaran balik secara dalam talian dengan menggunakan mobile web | 1.00 | 3 hari | |
Shopee | – Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi Shopee. | 1.00 | 3 hari | |
kiplePay | – Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi kiplePay | 1.00 | 3 hari | |
BESTPay | – Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi BESTPay | 1.00 | 3 hari | |
KelantanPAY | – Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui KelantanPAY | 0.80 | 3 hari | |
AnsaraPay | – Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi AnsaraPay | 1.00 | – | |
PayHalal | – Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi PayHalal | 1.00 | – | |
SpayGlobal | – Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi SpayGlobal | 0.80 | – | |
IIMMPACT | – Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi IIMMPACT | 1.00 | 3 hari | |
OneCALL | – Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi OneCALL | 1.00 | 3 hari | |
KioskMedia | – Kemudahan bayaran balik menggunakan kiosk layan diri | 1.00 | – | |
Boost | – Kemudahan bayaran balik secara dalam talian menggunakan aplikasi Boost | 1.00 | – | |
Touch n Go(TnG e-Wallet) | – Kemudahan bayaran balik menggunakan aplikasi Touch n Go | 1.00 | – | |
Mcash | – Kemudahan bayaran balik menggunakan aplikasi Mcash | 1.00 | – | |
Portal Rasmi PTPTN FPX | Senarai bank terlibat: | – | 1 hari |
iii) Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji
Untuk permohonan, klik di sini
iv) Bayaran Balik Melalui Debit Terus
Untuk permohonan, klik di sini
v) Bayaran Balik Melalui KWSP
Terdapat tiga (3) bayaran balik secara online iaitu:
Baki pinjaman pendidikan boleh disemak melalui menu e-Perkhidmatan > Bayaran Balik > Penyata Pinjaman Online di Portal Rasmi PTPTN.
Ya. PTPTN hanya akan mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran balik yang dibuat di kaunter PTPTN. Resit rasmi tidak akan dikeluarkan untuk transaksi melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN. Bukti bayaran melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan perlu dicetak dan disimpan untuk rujukan.
Bil | Kaunter Bayaran | Caj Bank (RM) | Tempoh Kemaskini (Hari Bekerja) |
---|---|---|---|
1 | Kaunter PTPTN (Tunai) | Tiada | 1 hari |
2 | Electronic Data Capture (EDC) Terminal | Tiada | 3 hari |
3 | Bank Islam | 1.00 | 3 hari |
4 | Bank Rakyat | 0.50 | 3 hari |
5 | Kaunter Pos Malaysia Berhad | 2.00 | 7 hari |
6 | CIMB Bank | 2.00 | 3 hari |
7 | Bank Simpanan Nasional (BSN) | 0.50 | 3 hari |
Bil | Kaunter Bayaran | Caj Bank (RM) | Tempoh Kemaskini (Hari Bekerja) |
---|---|---|---|
1 | FPX di Portal Rasmi PTPTN | Tiada | 1 hari |
2 | Bank Islam (www.bankislam.biz) | 1.00 | 3 hari |
3 | Ambank (www.ambankgroup.com.my) | 0.50 | 3 hari |
4 | Maybank (www.maybank2u.com.my) | 1.00 | 3 hari |
5 | MypayPTPTN melalui www.mygovmobile.malaysia.my | 0.50 | 3 hari |
6 | Bank Rakyat (www.irakyat.com.my) | 0.50 | 3 hari |
7 | Agrobank (www.agronet.com.my) | 0.50 | 3 hari |
8 | Public Bank (www.pbebank.com.my) | 1.00 | 3 hari |
9 | Affin Bank (www.affinonline.com) | 1.00 | 3 hari |
10 | RHB Bank (www.rhb.com.my) | 1.00 | 3 hari |
11 | CIMB Bank (www.cimbclicks.com.my) | 0.50 | 3 hari |
12 | Bank Simpanan Nasional (www.mybsn.com.my) | 0.50 | 3 hari |
Peminjam perlu mengisi Borang Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman yang boleh dimuat turun di Portal Rasmi PTPTN/ kaunter PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN. Bayaran balik selain di kaunter PTPTN hendaklah dimaklumkan kepada PTPTN untuk pengeluaran Surat Pelepasan Hutang (SPH).
Bagi kes kematian peminjam, kaedah pemulangan lebihan bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:
Bagi jumlah lebihan bayaran balik yang kurang daripada RM3,000 – Waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi Lebihan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; dan
Bagi lebihan bayaran balik berjumlah RM3,000 dan ke atas – Waris hendaklah mengemukakan dokumen asal atau salinan dokumen berikut:
Tidak. Tiada kos upah dikenakan bagi penyelesaian penuh pinjaman pendidikan dalam tempoh 12 bulan (grace period) tersebut.
Boleh. Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat dalam tempoh 12 bulan selepas tamat pengajian tidak dikenakan kos upah.
Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:
Permohonan pengeluaran Akaun II KWSP bagi bayaran balik pinjaman PTPTN hendaklah dibuat secara online melalui e-Pengeluaran di laman web KWSP. Peminjam hendaklah mempunyai i-Akaun KWSP untuk menggunakan e-Pengeluaran.
Pinjaman Ujrah ialah pinjaman pendidikan PTPTN yang patuh syariah sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.
Ujrah ialah upah 1% setahun pada kadar rata yang dikenakan ke atas pinjaman.
Ujrah pada 1 % dikenakan adalah untuk menampung kos-kos bagi mengurus dan menyediakan pinjaman kepada peminjam.
Pinjaman Ujrah berkuatkuasa kepada permohonan baharu mulai Disember 2008. Bagi pinjaman sedia ada, proses pertukaran daripada pinjaman konvensional kepada pinjaman Ujrah telah dilaksanakan mulai 1 Ogos 2009.
TIDAK. Peminjam perlu membuat permohonan dan menandatangani dokumen tawaran baharu dengan jumlah pinjaman yang baharu. Ini perlu dilakukan kerana ia melibatkan dua (2) prinsip yang berbeza iaitu konvensional dan patuh syariah.
Anda dikehendaki meneruskan bayaran balik sepanjang tempoh proses penawaran Ujrah. Sebarang bayaran balik akan dikemas kini ke akaun pinjaman Ujrah selepas dokumen tawaran Ujrah yang lengkap dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sekiranya anda telah bertukar Ujrah tetapi masih tidak berkemampuan untuk membuat bayaran balik bulanan seperti yang ditetapkan, anda layak untuk membuat penstrukturan semula pinjaman bagi mendapatkan ansuran bulanan yang lebih rendah. (Rujuk Soalan Lazim (FAQ) Penjadualan/ Penstrukturan Semula Pinjaman).
Peminjam tidak dibenarkan membuat potongan gaji kurang daripada JBB baharu iaitu RM150 yang ditawarkan. Peminjam perlu membuat permohonan perubahan potongan gaji. Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh memohon penstrukturan semula pinjaman.
Peminjam perlu mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji Bayaran Balik yang baharu dan mengemukakannya kepada PTPTN. Walau bagaimanapun, pindaan amaun yang dibenarkan adalah bersamaan atau melebihi ansuran bulanan mengikut JBB baharu.
Peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, keseluruhan kos penguatkuasaan dan kos pelbagai terlebih dahulu sebelum permohonan pertukaran Ujrah dibuat.
Akaun pinjaman Ujrah anda akan dikemaskini dalam tempoh 7 hari selepas dokumen tawaran Ujrah yang lengkap diterima. Akaun pinjaman yang lama akan dikosongkan dan dikemaskini ke akaun pinjaman Ujrah.
Bayaran balik yang diterima selepas tarikh kuatkuasa akan dipindahkan ke akaun pinjaman Ujrah dan diselaraskan dengan jadual bayaran balik pinjaman yang baharu.
Tidak. Jumlah pinjaman semasa dikira berdasarkan baki akhir bulan sebelum tarikh kuatkuasa pertukaran Ujrah. Bayaran yang dibuat akan dikemaskini dalam rekod akaun pinjaman Ujrah selepas dokumen tawaran yang lengkap diterima.
Polisi asas yang digunakan untuk pengiraan pertukaran Ujrah adalah seperti berikut:
Contoh : Sekiranya tarikh kuatkuasa tawaran Ujrah adalah pada 1 Oktober 2014, maka baki pinjaman yang digunakan ialah baki akhir 30 September 2014.
Bil | Jumlah Prinsipal | Tempoh Bayaran Balik Baharu |
---|---|---|
1 | Sehingga RM10,000 | 60 Bulan (5 tahun) |
2 | Melebihi RM10,000 hingga RM22,000 | 120 Bulan (10 tahun) |
3 | Melebihi RM22,000 hingga RM50,000 | 180 Bulan (15 tahun) |
4 | Melebihi RM50,000 | 240 Bulan (20 tahun) |
Formula pengiraan Ujrah adalah seperti berikut:
Jumlah Ujrah keseluruhan | = | Baki pinjaman semasa* x Kadar Ujrah (1%) x Tempoh bayaran balik (tahun) |
Jumlah pinjaman Ujrah | = | Baki pinjaman semasa* + Jumlah Ujrah keseluruhan |
Jumlah Ujrah sebulan | = | Baki pinjaman semasa* x Kadar Ujrah 1% 12 bulan |
Jumlah ansuran bulanan | = | Jumlah pinjaman Ujrah Tempoh bayaran balik baharu (bulan) |
Nota: * Baki pinjaman semasa = Prinsipal baharu bagi pinjaman Ujrah
Contoh pengiraan:
Baki pinjaman semasa permohonan dibuat | : | RM19,432 |
Tempoh bayaran balik baharu | : | 10 tahun (120 bulan) |
Jumlah Ujrah keseluruhan | : | RM19,432 x 1% x 10 tahun = RM1,943.20 |
Jumlah pinjaman Ujrah | : | RM19,432 + RM1,943.20 = RM21,375.20 |
Jumlah Ujrah sebulan | : | RM19,432 x 1% = RM16.19 |
Jumlah ansuran bulanan | : | RM21,375.20 = RM178.13 |
Formula pengiraan ujrah adalah seperti berikut:
Perkara | Amaun (RM) |
---|---|
Pinjaman Diploma | 20,625.22 |
Kos Pelbagai | 516.00 |
Jumlah Pinjaman | 21,141.22 |
Jumlah Sumbangan Takaful Baharu = Jumlah Pinjaman x (0.59/1000) x Tempoh
= (RM21,141.22) x (0.59/1000) x (120/12)
= RM124.73
Formula:
Jumlah Keseluruhan Pinjaman = Jumlah Pinjaman + Jumlah Sumbangan Takaful Baharu
= RM 21,141.22+ RM124.73
= RM 21,265.95
Formula:
Tempoh bayaran balik adalah berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman.
Bil | Jumlah Keseluruhan Pinjaman | Tempoh |
---|---|---|
1 | <RM10,001 | 60 bulan/ 5 tahun |
2 | RM10,001 – RM22,000 | 120 bulan/ 10 tahun |
3 | RM22,001- RM50,000 | 180 bulan/ 15 tahun |
4 | >RM50,000 | 240 bulan/ 20 tahun |
Jumlah Keseluruhan Pinjaman RM 21,265.95. Tempoh Bayaran Balik adalah 10 tahun (120 bulan)
Formula:
Upah Pengurusan Pinjaman = Jumlah Keseluruhan Pinjaman x 1% x Tempoh Bayaran Balik
= RM 21,265.95 x 1% x 10 tahun
= RM 2,126.60
Formula:
Ansuran Bulanan = (Jum. Keseluruhan Pinjaman + Upah Pengurusan Pinjaman) /Tempoh Bayaran Balik
= (RM 21,265.95 + RM 2126.60) / 120 bulan
= RM 194.94
Semua peminjam konvensional yang belum membuat pertukaran Ujrah adalah layak, termasuk peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan. Mulai 1 Oktober 2014, peminjam yang mempunyai lebih daripada satu pinjaman diwajibkan membuat penggabungan pinjaman untuk permohonan pertukaran Ujrah.
Mereka yang TIDAK LAYAK memohon pertukaran Ujrah adalah seperti berikut:
Penerima WPP bukan peminjam
Peminjam yang tidak bersetuju untuk membuat penggabungan pinjaman sekiranya mempunyai lebih daripada satu pinjaman konvensional
Layak. Berkuatkuasa 1 Julai 2015 peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, keseluruhan kos penguatkuasaan dan kos pelbagai (sekiranya ada) terlebih dahulu sebagai komitmen peminjam sebelum permohonan pertukaran Ujrah dibuat. Peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN selepas bayaran dibuat
Layak. Peminjam diminta hadir ke kaunter PTPTN berhampiran untuk membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan sebelum permohonan pertukaran Ujrah dibuat. Nama peminjam akan dikeluarkan daripada senarai hitam setelah bukti bayaran diterima.
Bil | Kriteria | Konvensional | Ujrah |
---|---|---|---|
1 | Kadar kos | Kos pentadbiran lebih tinggi iaitu 3% dan 5% atas baki berkurangan | Kos upah lebih rendah iaitu 1% pada kadar rata |
2 | Perbandingan jumlah kos (penjimatan) | – | Penjimatan antara 47% hingga 49% dari kos pinjaman konvensional |
3 | Prinsip | Tidak patuh syariah | Patuh syariah |
4 | Jumlah kos bulanan | Kos pentadbiran bulanan berubah-ubah dan akan meningkat sehingga kadar maksimum* sekiranya bayaran balik tidak konsisten dan mempunyai tunggakan ansuran. *Kos maksimum(sebulan) = Prinsipal pinjaman x 3 % 12 | Kos upah bulanan adalah sama pada setiap bulan sepanjang tempoh bayaran balik (kadar rata atau flat rate) |
5 | Jumlah ansuran bulanan | Ansuran bulanan meningkat secara progresif pada 5 tahun pertama tempoh bayaran balik | Ansuran bulanan sama pada setiap bulan (kadar rata atau flat rate) sepanjang tempoh bayaran balik. |
6 | Penstrukturan/ penjadualan semula pinjaman PTPTN | TIDAK LAYAK. Peminjam perlu membuat pertukaran kepada pinjaman Ujrah terlebih dahulu sekiranya berhasrat membuat penstrukturan/ penjadualan semula pinjaman. | LAYAK. Peminjam layak memohon penstrukturan/ penjadualan semula pinjaman. |
Permohonan pertukaran Ujrah boleh dibuat di kaunter PTPTN di seluruh negara. Peminjam akan diberikan dokumen tawaran dan hendaklah mengembalikan kepada PTPTN sebelum tamat tempoh sah laku.
Tempoh sah laku bagi dokumen tawaran ialah 14 hari daripada tarikh surat tawaran. Peminjam hendaklah mengembalikan dokumen tawaran yang lengkap dalam tempoh sah laku ini. Dokumen yang tidak diterima dalam tempoh ini akan dibatalkan dan peminjam perlu membuat permohonan semula. Ini akan menyebabkan jumlah pinjaman semasa meningkat kerana pertambahan apa-apa kos (kos pentadbiran, kos duti setem, hutang takaful, kos penguatkuasaan/ kos guaman (sekiranya ada).
Berikut adalah 6 langkah untuk memohon pertukaran Ujrah:
Lengkapkan Borang Kemaskini Maklumat: Boleh dimuat turun melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau di kaunter PTPTN.
Hantarkan Borang Kemas Kini Maklumat di kaunter PTPTN berhampiran.
Lengkapkan 2 set dokumen tawaran Ujrah yang diperoleh beserta Setem Hasil RM10 setiap satu.
Serahkan/poskan di mana-mana kaunter PTPTN berhampiran.
Mulakan bayaran balik mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) baharu.
Tidak. Permohonan pertukaran Ujrah boleh dibuat pada bila-bila masa KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, peminjam digalakkan untuk membuat pertukaran Ujrah lebih awal untuk menikmati penjimatan kos upah yang lebih tinggi.
Jadual menunjukkan perbandingan jumlah kos pentadbiran dengan jumlah kos upah (Ujrah) dengan penjimatan kos antara 47% hingga 49%:
Jumlah Pinjaman (RM) | Tempoh Bayaran Balik | Jumlah Kos Pentadbiran 3% Setahun (RM) | Jumlah Ujrah 1% Setahun (RM) | Penjimatan (RM) | Penjimatan (%) |
---|---|---|---|---|---|
5,000 | 5 Tahun | 474 | 250 | 224 | 47 |
10,000 | 5 Tahun | 948 | 500 | 448 | 47 |
15,000 | 10 Tahun | 2,940 | 1,500 | 1,440 | 49 |
21,000 | 10 Tahun | 4,116 | 2,100 | 2,016 | 49 |
48,000 | 15 Tahun | 13,829 | 7,200 | 6,629 | 48 |
64,000 | 20 Tahun | 24,470 | 12,800 | 11,670 | 48 |
100,000 | 20 Tahun | 38,235 | 20,000 | 18,235 | 48 |
150,000 | 20 Tahun | 57,354 | 30,000 | 27,354 | 48 |
Penggabungan pinjaman ialah menggabungkan lebih dari satu pinjaman menjadi satu pinjaman sahaja. Penggabungan pinjaman adalah syarat wajib bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada satu pinjaman yang ingin memohon pertukaran Ujrah mulai 1 Oktober 2014. Melalui kaedah ini, peminjam akan mempunyai satu rekod pinjaman sahaja.
Semua pinjaman yang telah tamat pengeluaran pinjaman dan masih mempunyai baki perlu digabungkan. Pinjaman yang masih dalam tempoh pengeluaran pinjaman dikecualikan daripada penggabungan ini.
Melalui kaedah penggabungan ini, peminjam akan mempunyai satu rekod pinjaman sahaja. Ini memudahkan bayaran balik pinjaman kerana ia dibuat berdasarkan satu amaun ansuran bulanan sahaja
Tidak layak. Penggabungan pinjaman adalah syarat wajib bagi peminjam yang ingin memohon pertukaran Ujrah mulai 1 Oktober 2014 sekiranya peminjam mempunyai lebih daripada satu pinjaman.
Tidak layak. Penggabungan pinjaman hanya terbuka kepada peminjam yang bersetuju bertukar kepada pinjaman Ujrah sahaja.
Boleh. Pinjaman konvensional A dan B perlu ditukarkan kepada pinjaman ujrah terlebih dahulu sebelum digabungkan dengan pinjaman Ujrah C.
Ya. Satu permohonan Ujrah adalah memadai bagi kesemua pinjaman tanpa mengira peringkat pengajian. Kesemua pinjaman tersebut akan digabungkan pinjaman sahaja
Penggabungan pinjaman boleh dibuat melalui permohonan pertukaran Ujrah.
Penjadualan ialah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula Jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.
Penstrukturan pula adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam. Melalui kaedah ini, tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.
Syarat-syarat dan garis panduan bagi permohonan penjadualan/ penstrukturan semula pinjaman seperti jadual di bawah:
Bil. | Perkara | Penjadualan | Penstrukturan |
---|---|---|---|
1. | Kategori Pinjaman | Terbuka kepada semua peminjam pinjaman Ujrah sahaja | |
2. | Yuran Pemprosesan |
|
Tambahan
|
3. | Tempoh Permohonan | Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya. | |
4. | Tunggakan Bayaran Balik | Ya | Ya dan/atau tidak mampu bayar mengikut JBB yang ditetapkan. |
5. | Tempoh Bayaran Balik Pinjaman | Berdasarkan baki tempoh pinjaman asal. | Tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga had umur peminjam mencapai 60 tahun. |
6. | Ansuran Bulanan | Berdasarkan baki tempoh jadual bayaran balik sedia ada. | Ansuran bulanan minimum berdasarkan anggaran penentuan 5% sehingga 8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan tempoh bayaran balik (sehingga umur 60 tahun). Walau bagaimanapun, jumlah minimum ansuran bulanan tersebut adalah tertakluk kepada persetujuan PTPTN. |
7. | Formula Pengiraan | Ansuran Bulanan Baharu = Hutang Pinjaman – Bayaran Balik Yang Telah Diterima Baki Tempoh Bayaran Balik | Penentuan Prinsipal Baharu
Ansuran Prinsipal Baharu + Upah Baharu Bulanan = Tempoh Bayaran Balik Baharu |
8. | Dokumen Penawaran | Surat Makluman Kelulusan akan dikeluarkan | Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Penstrukturan Semula akan dikeluarkan. |
Kos Pelbagai ialah kos tindakan penguatkuasaan yang dikenakan ke atas peminjam seperti kos pengeluaran Notis Peringatan Terakhir, Notis Tuntutan (NOD) dan kos saman yang dibayar kepada panel peguam.
Selain yuran pemprosesan, kos pelbagai, hutang takaful dan hutang duti setem, berkuatkuasa 1 Julai 2015, peminjam juga perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan sebelum Surat Tawaran Penstrukturan Semula dikeluarkan. Dengan kata lain, Surat Tawaran Penstrukturan Semula hanya akan dikeluarkan setelah peminjam bersetuju dengan syarat-syarat penstrukturan semula dan membayar yuran pemprosesan, sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, kos pelbagai, hutang takaful dan hutang duti setem (jika ada).
Tidak boleh. Peminjam yang ingin memohon penjadualan/ penstrukturan semula dikehendaki hadir sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya. Ia bagi memudahkan rundingan, penjelasan dan urusan penerimaan dokumen tawaran.
Boleh. Peminjam boleh menghantar dokumen perjanjian yang telah lengkap di mana-mana cawangan PTPTN yang terdekat.
Tiada had tempoh. Peminjam boleh memohon semula pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya.
Peminjam tidak layak untuk membuat penjadualan semula. Bagaimanapun, peminjam tersebut boleh dipertimbangkan bagi penstrukturan semula bayaran balik pinjaman.
Tempoh sahlaku dokumen tawaran penstrukturan/ penjadualan semula adalah dalam 14 hari atau bulan yang sama dengan tarikh kelulusan ATAU mana-mana yang terdahulu
Tidak boleh. Dokumen tawaran hendaklah dikembalikan kepada PTPTN dalam bulan yang sama dengan bulan kelulusan.
Ya. Pinjaman tersebut akan dibatalkan. Peminjam dikehendaki memohon semula sekiranya masih berminat untuk mendapatkan kemudahan tersebut.
Boleh. Walau bagaimanapun, syarat pengeluaran Akaun II KWSP merujuk kepada tarikh perjanjian asal.
Peminjam yang gagal dalam pengajian hanya dikehendaki menjelaskan jumlah pinjaman yang diterima sahaja termasuk apa-apa kos yang berkenaan.
Ya. Upah dikenakan pada bulan ke 7 selepas tamat tempoh pinjaman ke atas jumlah pinjaman yang diterima sahaja.
Semakan saman boleh dilakukan dengan menghubungi Hotline PTPTN di talian 03-2193 3000.
Peminjam hendaklah menghubungi Bahagian Perundangan dan Pendakwaan PTPTN di talian 03-2193 1155 atau hadir ke cawangan PTPTN terdekat untuk rundingan bagi penarikan balik saman dengan membayar keseluruhan hutang pinjaman. Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN bagi membuat bayaran keseluruhan tunggakan atau apa-apa jumlah yang dipersetujui PTPTN termasuk semua kos pendakwaan.
Semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik selepas 12 bulan tamat tempoh pinjaman akan disenaraikan di dalam CCRIS.
Tidak boleh. Semakan hendaklah dibuat terus di kaunter dan kiosk mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) di seluruh negara.
Maklumat yang direkodkan di dalam CCRIS adalah rekod bayaran ansuran bulanan bagi tempoh 12 bulan yang lepas.
Peminjam perlu membuat bayaran secara konsisten mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan tunggakan demi memastikan rekod CCRIS berada di dalam keadaan baik. Sekiranya rekod di CCRIS menunjukkan terdapat sebarang bulan tunggakan, berkemungkinan permohonan pinjaman tidak dipertimbangkan oleh institusi kewangan. Walau bagaimanapun, kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.
Peminjam tidak boleh berunding dengan BNM atau institusi kewangan lain mengenai rekod pinjaman PTPTN di CCRIS. Semua rundingan mengenai pinjaman PTPTN sama ada penyelesaian hutang pinjaman atau penjadualan semula pinjaman hendaklah dibuat dengan PTPTN. Peminjam boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000 atau hadir berunding di mana-mana cawangan PTPTN di seluruh negara.
Peminjam hendaklah membuat penyelesaian penuh hutang pinjaman dan rekod di dalam CCRIS akan dikemaskini kepada ‘SELESAI’ dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh bayaran dikemaskini dalam penyata PTPTN.
Peminjam hendaklah menyelesaikan keseluruhan tunggakan dan membuat bayaran balik bulanan secara teratur (konsisten) mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) yang telah ditetapkan. Peminjam yang mempunyai masalah kewangan dinasihatkan berunding dengan PTPTN untuk penjadualan semula hutang dan seterusnya membuat bayaran bulanan secara teratur.
Rekod kredit peminjam akan menunjukkan kedudukan yang lebih baik apabila membuat bayaran secara teratur selama 6 bulan berturut-turut tanpa tunggakan.
Rekod pada bulan semasa akan menjadi baik. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai bilangan ansuran tertunggak selama 12 bulan yang lepas masih dipaparkan dalam laporan kredit CCRIS. Kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.
Bayaran balik pinjaman hendaklah dibuat pada bulan berkenaan. Bagi memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa, transaksi melalui agen/pihak ketiga hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 27 haribulan setiap bulan. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.
Rekod bayaran akan dikemas kini oleh PTPTN pada tarikh penghantaran laporan berikutnya, iaitu tidak lewat daripada 15 haribulan pada bulan berikutnya.
Rekod CCRIS masih buruk kerana peminjam mempunyai tunggakan yang disebabkan oleh:
Bayaran dibuat lewat daripada jadual yang ditetapkan. Sebagai contoh, bayaran mula dibuat selepas 2 tahun tamat pinjaman sedangkan peminjam sepatutnya mula membuat bayaran selepas 1 tahun tamat pinjaman.
Bayaran kurang daripada jumlah yang ditetapkan di dalam Jadual Bayaran Balik (JBB).
Kegagalan majikan melaksanakan arahan potongan gaji adalah merupakan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 29, Akta PTPTN 1997 (Akta 566).
Melalui program Sahabat PTPTN, majikan yang membuat potongan gaji akan menikmati komisen sebanyak RM10.00 (one-off) bagi potongan kali pertama yang berjaya.
Tidak boleh. Berkuat kuasa mulai 1 November 2015, LHDNM tidak lagi menjadi ejen kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN. Sehubungan itu, majikan perlu berhubung terus dengan PTPTN.
Langkah-langkah yang terlibat bagi memastikan potongan gaji berjaya dilaksanakan adalah seperti berikut:
Majikan menyerahkan Borang Pendaftaran Majikan (Potongan Gaji PTPTN) yang lengkap kepada Pejabat PTPTN yang berhampiran.
PTPTN mengemas kini rekod potongan gaji ke dalam sistem.
PTPTN akan mengemukakan rekod potongan gaji baharu kepada majikan pada setiap bulan (sekiranya ada)
Majikan melaksanakan potongan gaji bulanan. Majikan mengemukakan data (Borang Potongan Gaji PTPTN Oleh Majikan) dan bayaran potongan gaji kepada PTPTN sebelum 15 hari bulan pada bulan berikutnya.
PTPTN akan mengemas kini maklumat pembayaran di dalam penyata peminjam.
Maklumat data (Borang Potongan Gaji PTPTN Oleh Majikan) yang perlu dikemukakan oleh majikan kepada PTPTN mengandungi:
Data (Borang Potongan Gaji PTPTN Oleh Majikan) tersebut perlu dikemukakan kepada PTPTN dalam bentuk softcopy (Ms Excel).
Majikan perlu mengemukakan data potongan gaji kepada PTPTN dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas potongan gaji diproses atau sebelum 15 hari bulan pada bulan berikutnya.
Pihak majikan boleh memilih untuk menerima dan menghantar data potongan gaji sama ada melalui File Transfer Protocol (FTP) atau e-mel. Bagi majikan yang memilih kaedah FTP, PTPTN akan mengemukakan host name, user name dan password server FTP PTPTN kepada majikan untuk akses ke server tersebut.
PTPTN akan menghantar data potongan gaji melalui e-mel. Majikan perlu mengemukakan semula data potongan gaji yang telah diproses ke alamat e-mel PTPTN iaitu aduan_BPG@ptptn.gov.my.
Data potongan gaji pekerja yang diperlukan oleh PTPTN hanya terdiri daripada empat (4) maklumat iaitu :
Data tersebut perlu dikemukakan kepada PTPTN secara softcopy (Ms Excel).
Sekiranya data yang dikeluarkan melalui sistem payroll mempunyai empat (4) maklumat yang dinyatakan tersebut, PTPTN akan menerima dan memproses potongan gaji daripada majikan. PTPTN akan memaklumkan dari semasa ke semasa kepada majikan sekiranya memerlukan sebarang maklumat tambahan.
PTPTN akan membuat penghantaran data pada setiap akhir bulan kepada majikan sekiranya terdapat sebarang potongan baharu, perubahan amaun dan tamat potongan. Majikan perlu melakukan proses potongan gaji pekerja tersebut pada bulan berikutnya.
Pekerja baharu tersebut perlu melengkapkan Borang Kebenaran Potongan Gaji Bagi Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN dan menyerahkan kepada PTPTN. PTPTN akan mengemukakan data potongan gaji kepada majikan pada setiap akhir bulan untuk diproses oleh pihak majikan.
Majikan perlu memaklumkan secara bertulis kepada PTPTN.
Ya. PTPTN akan mengemukakan maklumat pekerja yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pada setiap akhir bulan bersama-sama data potongan baharu dan perubahan amaun (sekiranya ada). Bagi pekerja yang telah selesai membayar balik, data yang dikemukakan mempunyai jumlah potongan (RM) sebanyak sembilan (9) sifar seperti contoh berikut:
NO. KP | NAMA | JUMLAH POTONGAN (RM) | NO. GAJI/ PEKERJA |
---|---|---|---|
821011045131 | SHAH JEHAN BIN SHAHRUDIN | 000000000 | 34254 |
Majikan tidak perlu membuat potongan gaji pekerja tersebut pada bulan berikutnya memandangkan pekerja telah menyelesaikan kesemua bayaran balik pinjaman.
Tidak boleh. Pembatalan atau penamatan potongan gaji hanya boleh dibuat sekiranya peminjam telah melangsaikan keseluruhan hutang atau telah berhenti kerja atau disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sahaja.
Pihak majikan boleh memilih untuk membuat bayaran bagi potongan gaji pekerja sama ada melalui Electronic Fund Transfer (EFT) atau cek.
Pembayaran hendaklah dibuat kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Akaun Pungutan Potongan Gaji Agensi (Bank Islam). Majikan juga perlu mengemukakan maklumat berikut melalui e-mel (aduan_BPG@ptptn.gov.my) dalam tempoh sehari selepas pindahan bayaran potongan gaji dilakukan:
Cek dibuat atas nama ‘Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional’ atau ‘PTPTN’. Cek tersebut perlu dihantar kepada PTPTN melalui serahan tangan, secara pos atau didepositkan di kaunter bank atau cheque deposit machine (Bank Islam sahaja).Maklumat nombor Akaun Pungutan Potongan Gaji Agensi hendaklah dicatatkan di belakang cek tersebut.
Majikan perlu mengemukakan data potongan gaji pekerja dalam bentuk softcopy (Ms Excel) melalui e-mel (aduan_BPG@ptptn.gov.my) sebaik sahaja cek dihantar kepada PTPTN.
Ya. Resit akan dikeluarkan setelah bayaran diterima dan data dikemaskini ke dalam penyata pinjaman.
Peminjam boleh memohon secara online untuk membuat potongan gaji atau hadir ke kaunter PTPTN yang berdekatan.
Bayaran balik melalui potongan gaji dapat mengelakkan tunggakan kerana dibuat secara konsisten sekaligus mengelakkan peminjam daripada sebarang tindakan penguatkuasaan seperti senarai hitam dan saman. Rekod pinjaman di CCRIS juga akan menjadi baik. Bagi penjawat awam, bayaran balik melalui potongan gaji adalah wajib selaras dengan arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada September 2015.
Langkah pertama, peminjam dikehendaki melengkapkan Borang Kebenaran Potongan Gaji yang terdapat di Portal Rasmi PTPTN dan menyerahkannya bersama-sama salinan slip gaji terkini di mana-mana cawangan PTPTN. Seterusnya, PTPTN akan mengemas kini rekod potongan gaji ke dalam sistem PTPTN dan mengemukakan jumlah potongan gaji tersebut kepada majikan. Setelah majikan melaksanakan potongan gaji, PTPTN akan mengemas kini maklumat pembayaran di dalam penyata. Semakan rekod bayaran balik yang telah dikemaskini boleh dibuat di Penyata Pinjaman.
PTPTN melaksanakan potongan gaji mandatori sekiranya tidak menerima sebarang bayaran balik daripada peminjam dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat Arahan Rundingan Untuk Bayaran Balik Pinjaman PTPTN. Ruang rundingan masih dibuka sekiranya peminjam tidak mampu dengan amaun ansuran yang dinyatakan dan mereka perlu hadir ke PTPTN dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat.
Tidak boleh. Ansuran bulanan bayaran balik melalui potongan gaji adalah berdasarkan Jadual Bayaran Balik yang telah dibina. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui lain-lain saluran yang disediakan.
Di antara sebab potongan gaji gagal dibuat ialah kerana maklumat potongan gaji yang diberikan peminjam seperti No Gaji dan Kod Pejabat Perakaunan berbeza dengan pengkalan data majikan. Sehubungan dengan itu, peminjam dikehendaki menyerahkan salinan slip gaji yang terkini dengan PTPTN bersama-sama Borang Kebenaran Potongan Gaji yang telah lengkap.
Di antara sebab potongan gaji gagal dibuat ialah kerana maklumat potongan gaji yang diberikan peminjam seperti No Gaji dan Kod Pejabat Perakaunan berbeza dengan pengkalan data majikan. Sehubungan dengan itu, peminjam dikehendaki menyerahkan salinan slip gaji yang terkini dengan PTPTN bersama-sama Borang Kebenaran Potongan Gaji yang telah lengkap.
Peminjam perlu memaklumkannya kepada PTPTN dengan mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji untuk potongan dengan majikan yang baharu. Rekod potongan gaji dengan majikan lama akan dibatalkan dan urusan potongan gaji seterusnya akan dibuat dengan majikan yang baharu.
Peminjam yang telah dikenakan senarai hitam dan saman perlu menyelesaikan urusan senarai hitam dan saman terlebih dahulu. Peminjam perlu hadir berunding ke mana-mana cawangan PTPTN jika telah disenarai hitam atau Bahagian Perundangan dan Pendakwaan di ibu pejabat Kuala Lumpur sekiranya telah disaman.
Boleh. Peminjam perlu melengkapkan Borang Kebenaran Potongan Gaji dengan jumlah potongan yang baharu.
Tidak boleh. Sekiranya tidak mampu membuat bayaran berdasarkan ansuran mengikut jadual yang ditetapkan, peminjam dicadangkan membuat penjadualan semula pinjaman.
Peminjam boleh membuat potongan gaji mengikut jadual ansuran bulanan asal tetapi perlu menyelesaikan tunggakan terlebih dahulu bagi memastikan rekod bayaran balik tiada tunggakan. Sekiranya tidak mampu, peminjam perlu membuat penjadualan semula pinjaman bagi mendapatkan jumlah ansuran baharu dengan mengambilkira jumlah tunggakan.
Peminjam perlu merujuk kepada majikan dengan kadar segera agar majikan boleh membuat semakan semula dengan PTPTN.
Peminjam dikehendaki menjelaskan ansuran bulanan melalui saluran lain bagi mengelakkan tunggakan dan tindakan penguatkuasaan.
Peminjam perlu membuat pindaan jumlah potongan gaji berdasarkan kepada jumlah di dalam perjanjian Ujrah dengan mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji yang baharu. Sekiranya jumlah di dalam perjanjian Ujrah lebih rendah daripada potongan gaji sedia ada, peminjam digalakkan untuk mengekalkan jumlah potongan tersebut bagi menikmati penjimatan kos upah dan menyelesaikan pinjaman lebih awal.
Jumlah ansuran potongan gaji terkini akan kekal mengikut potongan Konvensional. Sekiranya jumlah ansuran baharu (Ujrah) lebih tinggi, ia akan menyebabkan berlakunya tunggakan.
Bayaran balik melalui potongan gaji akan dikemaskini di dalam penyata pinjaman peminjam selewat-lewatnya pada bulan berikutnya setelah pembayaran diremitkan oleh majikan ke PTPTN.
Program SAHABAT adalah satu program yang mewujudkan kolaborasi strategik antara PTPTN dan agensi kerajaan/ agensi swasta/ persatuan/ kelab/ koperasi/ pertubuhan yang berdaftar.
Mulai 23 Mei 2017, PTPTN telah memperluaskan program ini kepada individu perseorangan atau Team Leader*.
*Team Leader adalah terdiri daripada pakar motivasi/ penceramah/ blogger/ orang yang mempunyai ramai followers/ anggota/ ahli di bawahnya atau orang yang mempunyai pengaruh ke atas sesuatu kumpulan tertentu/ orang awam dan berminat untuk memasarkan produk simpanan PTPTN.
Program SAHABAT diadakan adalah bertujuan untuk menggalakkan kakitangan dan orang ramai membuat bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN, membuka akaun SSPN dan membuat penambahan deposit secara potongan gaji, di samping menjana pendapatan sampingan.
Terdapat 2 kategori SAHABAT yang ditawarkan iaitu:
SAHABAT AM
SAHABAT AM adalah agensi kerajaan/ swasta/ koperasi/ pertubuhan/ persatuan/ kelab yang menjadi SAHABAT PTPTN tanpa pelantikan wakil daripada agensi tersebut sebagai Ejen Pemasaran Online (EPO).
SAHABAT NIAGA
SAHABAT NIAGA adalah agensi yang menjalankan perniagaan yang bersifat komersial atau/ dan mempunyai kakitangan/ ahli di bawahnya yang berurusan dengan orang awam. Kakitangan/ ahli di bawahnya akan dilantik oleh majikan untuk menjadi EPO SAHABAT.
SAHABAT adalah terbuka kepada:
Agensi kerajaan; atau
Agensi swasta, persatuan, kelab, koperasi, pertubuhan dan lain-lain agensi yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Pertubuhan 1966 atau mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia; atau
Orang perseorangan sebagai Team Leader.
dan tertakluk kepada kelulusan PTPTN
Agensi yang berminat untuk menjadi SAHABAT hendaklah mengisi dan melengkapkan Borang Pendaftaran SAHABAT PTPTN dan menyerahkannya kepada wakil PTPTN untuk didaftarkan.
Bagi SAHABAT sedia ada (lantikan sebelum 1 Mei 2017) akan dijadikan sebagai SAHABAT AM secara automatik di mana SAHABAT ini berpeluang untuk menerima manfaat daripada perluasan skop merangkumi SSPN-i Plus, mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, sekiranya SAHABAT sedia ada berminat untuk dinaiktaraf kepada SAHABAT NIAGA dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, SAHABAT perlulah mengisi semula Borang Pendaftaran SAHABAT dan segala terma dan syarat baharu akan berkuatkuasa pada tarikh lantikan SAHABAT NIAGA.
Perhatian:
Pendaftaran sebagai SAHABAT NIAGA dibekukan untuk sementara waktu sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi memberi laluan kepada penambahbaikkan polisi sedia ada.
Syarat-syarat untuk menjadi EPO SAHABAT NIAGA adalah:
Perhatian:
Pendaftaran sebagai EPO SAHABAT NIAGA dibekukan untuk sementara waktu sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi memberi laluan kepada penambahbaikkan polisi sedia ada.
Bil | Perkara | Komisen Sahabat Am | Komisen Sahabat Niaga | |
---|---|---|---|---|
Sahabat Niaga | EPO | |||
1. | Pembukaan akaun SSPN-i (one off) | RM2.00/ akaun | RM2.00/ akaun | RM1.00/ akaun |
2. | Pembukaan akaun SSPN-i Plus (one off) | RM2.00/ akaun | 5% x jumlah pakej | 25% x jumlah pakej |
3. | Potongan gaji bagi penambahan deposit SSPN-i | RM0.50 per akaun/ transaksi (selagi ada potongan) | RM0.50 per akaun/ transaksi (sehingga 24 bulan) | 0.25% daripada simpanan bulanan (sehingga 24 bulan) |
4. | Penambahan deposit SSPN-i melalui auto debit/ direct debit | Tiada | RM0.50 per akaun/ transaksi (sehingga 24 bulan) | 0.25% daripada simpanan bulanan (sehingga 24 bulan) |
5. | Potongan gaji bagi penambahan deposit SSPN-i Plus | RM0.50 per akaun/ transaksi (sehingga 24 bulan) | RM0.50 per akaun/ transaksi (sehingga 24 bulan) | 0.25% daripada simpanan bulanan (sehingga 24 bulan) |
6. | Penambahan deposit SSPN-i Plus melalui auto debit/ direct debit | Tiada | RM0.50 per akaun/ transaksi (sehingga 24 bulan) | 0.25% daripada simpanan bulanan (sehingga 24 bulan) |
7. | Potongan gaji bagi bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN yang berjaya (one off) | RM10.00/ peminjam | RM10.00/ peminjam | Tiada |
Bayaran komisen bagi setiap transaksi yang berjaya akan dibayar pada setiap 20 haribulan pada bulan berikutnya. Bayaran tersebut mestilah minimum RM10.00. Sekiranya jumlah keseluruhan komisen kurang daripada amaun tersebut, komisen ini akan dibawa ke bulan berikutnya.
Komisen kepada EPO SAHABAT akan diberhentikan sekiranya EPO tersebut berhenti atau ditamatkan lantikan.
Bayaran komisen akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan oleh SAHABAT dan EPO SAHABAT.
PTPTN akan membuat bayaran komisen berdasarkan kepada maklumat akaun bank yang dinyatakan pada Borang Pendaftaran SAHABAT.
Ya, agensi yang berhasrat untuk berhenti daripada program SAHABAT boleh berbuat demikian dengan memberi notis secara bertulis kepada PTPTN dalam tempoh sekurang-kurangnya empat belas hari (14) bekerja.
PTPTN juga berhak menarik balik pelantikan atau menamatkan pendaftaran SAHABAT dengan memberi notis secara bertulis di dalam tempoh yang sama.
JomPAY ialah satu inisiatif Nasional yang disokong oleh bank-bank di Malaysia untuk mewujudkan satu kaedah pembayaran melalui online dan telefon mudah alih di Malaysia. MyClear adalah sebuah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia yang mengendalikan JomPAY.
Dengan JomPAY, anda boleh menikmati kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan penambahan deposit Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus menggunakan dana dari akaun simpanan atau akaun semasa. Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan akaun kad kredit untuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Melalui JomPAY, transaksi anda lebih cepat, selamat, dan mudah
Ya, perkhidmatan JomPAY adalah PERCUMA. Tiada caj dikenakan bagi bayaran balik pinjaman dan penambahan deposit Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus
Kemudahan JomPAY boleh dinikmati melalui perbankan internet dan telefon mudah alih melibatkan 42 bank yang terlibat. Senarai bank boleh diperolehi di Portal Rasmi PTPTN.
Pendaftaran tidak diperlukan dengan JomPAY. Anda hanya perlu memastikan mempunyai akses kepada perbankan internet bagi bank yang terlibat.
Anda hendaklah mendapatkan Biller Code dan Ref-1 melalui Semakan JomPAY di Portal Rasmi PTPTN terlebih dahulu sebelum membuat transaksi melalui JomPAY.
Biller Code adalah nombor unik untuk mengenalpasti Biller bagi JomPAY. Biller Code bagi JomPAY PTPTN adalah seperti berikut.
Kemudahan | Produk | Biller Code |
---|---|---|
Bayaran balik pinjaman | Pinjaman Ujrah | 34975 |
Pinjaman Konvensional | 96933 | |
Penambahan deposit Simpan SSPN Prime | Simpan SSPN Prime | 73197 |
Penambahan deposit Simpan SSPN Plus | Simpan SSPN Plus | 99960 |
Ref-1 adalah nombor unik yang digunakan oleh PTPTN untuk mengenal pasti akaun anda.
Tidak. Ref-1 untuk JomPAY PTPTN adalah tetap berdasarkan akaun pelanggan. Pelanggan digalakkan mengemaskini sebagai Favourites setelah berjaya membuat transaksi pertama.
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menggunakan JomPAY Online:
Dapatkan Biller Code dan Ref-1 melalui Semakan JomPAY di Portal Rasmi PTPTN.
Daftar masuk perbankan internet/ telefon mudah alih > Pilih Bill Payment > Cari menu JomPAY
Mulakan transaksi bayaran > Masukkan Biller Code, Ref-1 dan Ref-2
Pilih akaun anda, sama ada akaun semasa, simpanan atau kad kredit*
Masukkan jumlah bayaran dan teruskan bayaran. > Resit akan dipaparkan bagi setiap transaksi yang berjaya
Kemaskini sebagai Favourites untuk bayaran seterusnya.
Selesai.
*Penggunaan akaun kad kredit hanya dibenarkan untuk bayaran balik pinjaman sahaja.
Semua pelanggan 42 bank terlibat boleh menggunakan JomPAY. Bagaimanapun, untuk membuat bayaran balik pinjaman/penambahan deposit melalui kaedah ini, bayaran hanya boleh dilakukan untuk akaun peminjam/pendeposit yang menggunakan Kad Pengenalan Awam sahaja. Ini kerana semakan Biller Code dan Ref-1 di Semakan JomPAY di Portal Rasmi PTPTN hanya boleh dicapai melalui Kad Pengenalan Awam.
Tidak. Kemudahan JomPAY boleh dinikmati untuk bayaran balik Pinjaman Ujrah dan Konvensional.
Had bayaran bagi JomPAY adalah seperti berikut.
Kemudahan | Had minimum | Had maksimum |
---|---|---|
Bayaran balik pinjaman | RM1.00 | Tiada had |
Penambahan deposit Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus | RM20.00 | Tiada had |
Pertama sekali, pastikan butiran bayaran adalah betul termasuk Biller Code, Ref-1 dan Jumlah Pembayaran.
Untuk bantuan seterusnya, sila hubungi Khidmat Pelanggan PTPTN 03-2193 3000.
Bagi setiap transaksi bayaran yang berjaya, Penyata Pinjaman/ e-Simpan SSPN Prime/ e-Simpan SSPN Plus di Portal Rasmi PTPTN akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja.
Debit Terus adalah kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan deposit Simpan SSPN Prime yang mana peminjam/ pendeposit memberi kebenaran kepada PTPTN membuat sejumlah potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan/ Akaun Semasa mereka.
Mulai 19 April 2017, permohonan Debit Terus adalah secara online. Kaedah online ini adalah merupakan penambahbaikan yang dibuat menggantikan kaedah sedia ada yang menggunakan borang. Melalui kaedah ini, verification of authorization pemegang akaun adalah melalui Internet Banking yang menggunakan platform FPX.
Langkah-langkah permohonan:
a) Permohonan Direct Debit Pinjaman
Penyata Kira-Kira Pinjaman Ujrah | Penyata Kira-Kira Pinjaman Konvensional |
---|---|
Masukkan Nombor Kad Pengenalan. | Masukkan Nombor Kad Pengenalan. |
Masukkan Kata Laluan. Klik TERLUPA KATA LALUAN untuk mendapatkan Kata Laluan baharu. Kata Laluan baharu akan dihantar ke alamat emel yang wujud di dalam sistem PTPTN. Sila kemaskini alamat emel baru di Portal PTPTN sekiranya emel tersebut tidak aktif dan ulangi langkah diatas | Masukkan No Pinjaman. Sila hubungi Khidmat Pelanggan PTPTN untuk mendapatkan Nombor Pinjaman 03 – 2193 3000 |
Setelah login ke penyata kira-kira berjaya, klik Penyata Baki | Setelah login ke penyata kira-kira berjaya, klik Permohonan Direct Debit |
Klik Permohonan Direct Debit |
b). Permohonan Direct Debit SSPN-i
Berikut adalah bank-bank yang menyediakan kemudahan Pendaftaran Debit Terus secara online.
BANK TEMPATAN | |||
---|---|---|---|
Bil | Nama Bank | Bil | Nama Bank |
1. | Bank Islam | 9. | Public Bank |
2. | Maybank | 10. | Public Islamic Bank |
3. | Maybank Islamic | 11. | RHB Bank |
4. | Bank Rakyat | 12. | RHB Islamic Bank |
5. | CIMB | 13. | Affin Bank |
6. | CIMB Islamic | 14. | Ambank |
7. | Hong Leong Bank | 15. | Alliance |
8. | Hong Leong Islamic Bank | 16. | Bank Pertanian Malaysia (Agrobank) |
BANK ANTARABANGSA | |||
---|---|---|---|
Bil | Nama Bank | Bil | Nama Bank |
1. | HSBC | 10. | Al-Rajhi Bank |
2. | OCBC | 11. | BNP Paribas |
3. | OCBC Al-Amin | 12. | Bank Of China ( Malaysia) Berhad |
4. | Standard Chartered | 13. | Bank Of America (M) Berhad |
5. | Standard Chartered Saadiq | 14. | Bank Of Tokyo (MUFG) |
6. | Deutsche Bank | 15. | Industrial and Commercial Bank Of China |
7. | UOB Bank | 16. | J.P Morgan Chase Bank |
8. | Kuwait Finance House | 17. | Mizuho Bank (Malaysia) Berhad |
9. | Sumitomo Mitsui Banking Corporation |
Ya, kemudahan Debit Terus adalah PERCUMA. Tiada caj dikenakan untuk permohonan dan setiap transaksi Debit Terus yang berjaya. Walau bagaimanapun, bayaran/ deposit pendaftaran dikenakan sebanyak RM1.00 pada setiap kali permohonan dibuat dan akan dipulangkan ke akaun pinjaman/ simpanan PTPTN dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
Syarat-syarat permohonan Debit Terus adalah seperti berikut:
Permohonan Debit Terus bagi bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang/ Akaun Simpanan yang masih aktif.
Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansuran bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit simpanan, amaun minimum yang dibenarkan adalah RM20.
Akaun bank yang dipilih untuk perlaksanaan Debit Terus mestilah berstatus Aktif.
Tempoh proses permohonan akan mengambil masa 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap.
Permohonan Debit Terus tidak berjaya diproses jika:
Akaun pemohon tidak aktif
Kegagalan semasa proses log masuk ke sistem perbankan internet bank pembayar
Kegagalan semasa proses pengesahan bayaran/ deposit RM1 melalui sistem perbankan internet bank pembayar
Baki akaun tidak mencukupi semasa proses pengesahan bayaran/deposit RM1 melalui sistem perbankan internet bank pembayar
Sebab-sebab lain yang ditentukan oleh pihak bank pemohon
Potongan bayaran balik dan deposit Simpan SSPN Prime akan berlaku pada 1hb, 10hb atau 27hb setiap bulan tertakluk kepada tarikh kelulusan permohonan kebenaran Debit Terus oleh pihak bank pemohon.
Transaksi potongan Debit Terus gagal dilakukan kerana sebab-sebab berikut:
PTPTN akan membuat potongan pada 1hb, 10hb atau 27hb setiap bulan. Sekiranya potongan tidak berjaya dilakukan pada salah satu tarikh tersebut, ini bermakna tiada bayaran balik/ deposit Simpan SSPN Prime daripada peminjam/ pendeposit bagi bulan tersebut. Peminjam dikehendaki membuat bayaran balik melalui saluran lain bagi mengelakkan pinjaman menjadi tertunggak sekaligus memberi kesan kepada rekod CCRIS.
Pendeposit juga digalakkan membuat simpanan melalui saluran lain bagi menikmati dividen yang diberikan.
Tidak. Setiap potongan adalah di atas jumlah ansuran bayaran balik sebulan sahaja. Sekiranya tiada potongan berjaya dilakukan dalam bulan tersebut, ini bermakna tiada bayaran balik daripada peminjam bagi bulan tersebut.
Oleh itu, peminjam hendaklah memastikan baki dalam akaun bank adalah mencukupi untuk memastikan potongan dapat dibuat sekaligus dapat menikmati kelebihan Debit Terus.
Pembatalan secara automatik akan dibuat sekiranya baki hutang keseluruhan pinjaman telah diselesaikan. Pembatalan di atas sebab-sebab lain adalah tertakluk persetujuan pihak PTPTN.
Tidak boleh. Debit Terus untuk bayaran balik PTPTN/ deposit Simpan SSPN Prime adalah menggunakan Akaun Simpanan/ Akaun Semasa sahaja.
Kelebihan bagi peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman melalui Debit Terus adalah seperti berikut:
Peminjam boleh memastikan bayaran balik pinjaman dibuat secara konsisten.
Peminjam boleh mengelakkan hutang pinjaman menjadi tertunggak sekaligus mengelakkan tindakan penguatkuasaan seperti senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan saman.
Peminjam boleh mengelakkan rekod buruk dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) apabila tiada tunggakan pinjaman.
Memastikan simpanan secara konsisten setiap bulan.
*Tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Boleh. Walau bagaimanapun permohonan Debit Terus tidak membenarkan lebih dari satu pemegang akaun bank yang berlainan membuat potongan ke atas akaun pinjaman/ simpanan yang sama.
Contoh:
Bil | Situasi | Status Permohonan | Catatan |
---|---|---|---|
1 | Ibu membuat bayaran balik melalui Debit Terus bagi anak | Permohonan Debit Terus dibenarkan | Satu pemegang akaun bank membuat potongan ke atas akaun pinjaman Pemegang Akaun Bank: Ibu |
2 | Ibu dan Bapa membuat bayaran balik bagi anak yang sama | Permohonan Debit Terus tidak dibenarkan | Lebih dari satu pemegang akaun bank membuat potongan ke atas akaun pinjaman yang sama. Pemegang Akaun Bank :
|
Simpan SSPN Prime merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Simpan SSPN Prime adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ bermaksud ‘mewakilkan untuk tujuan pelaburan.
Objektif Simpan SSPN Prime adalah untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.
Simpan SSPN Prime menawarkan pelbagai keistimewaan, antaranya:
Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak / anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat;
Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;
Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat;
Simpanan dijamin oleh kerajaan;
Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;
Boleh. Akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuka oleh sesiapa sahaja yang berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas bagi memupuk sikap penabungan di kalangan rakyat Malaysia.
Syarat-syarat penyertaan Simpan SSPN Prime adalah seperti berikut:
Ibu/ bapa/ penjaga/ individu yang ingin menjadi pendeposit dan/ atau penerima manfaat kepada akaun Simpan SSPN Prime mestilah warganegara Malaysia.
Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, surat akuan berkanun atau sijil anak angkat hendaklah disertakan bagi menikmati keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan dan geran sepadan ke institusi pendidikan tinggi (jika layak).
Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk diri sendiri.
Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk penerima manfaat yang sama.
Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari hingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna, seorang penerima manfaat pada masa yang sama juga boleh menjadi pendeposit.
Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN-i bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.
Akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuka secara online dengan melayari laman web PTPTN (www.ptptn.gov.my), di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik.
Simpan SSPN Prime tidak menggunakan buku akaun. Walau bagaimanapun PTPTN akan menghantar Slip Akuan Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime kepada pendeposit ke alamat yang didaftarkan sebagai bukti pengesahan pembukaan akaun Simpan SSPN Prime.
Pendeposit boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000 atau mengunjungi cawangan PTPTN yang berdekatan untuk mendapatkan nombor akaun Simpan SSPN Prime. Pendeposit juga boleh memohon untuk cetakan semula slip akuan bagi memudahkan urusan.
Tidak, pendeposit boleh membuka akaun dan menamakan mana-mana warganegara Malaysia yang lain sebagai penerima manfaat.
Pendeposit perlu mengisi dan melengkapkan Borang Kebenaran/ Penamatan Potongan Gaji Bulanan Simpan SSPN Prime yang boleh didapati di kaunter PTPTN atau mencetak borang tersebut melalui portal rasmi PTPTN. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada majikan dan sesalinan kepada PTPTN.
Penyata Akaun Simpan SSPN Prime boleh disemak dan dicetak melalui portal rasmi PTPTN. Semakan juga boleh dilakukan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000, hadir sendiri ke cawangan PTPTN yang berdekatan atau di cawangan Maybank, RHB Bank dan Bank Rakyat.
Simpanan Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa.
Simpanan Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan dengan cara berikut:
Mengisi dan melengkapkan Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakannya kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos. Borang tersebut boleh didapati di kaunter PTPTN; atau
Pengeluaran melalui ATM di bank yang terpilih.
Tiada caj yang dikenakan oleh PTPTN kecuali caj yang dikenakan oleh ejen, sekiranya ada.
Proses permohonan pengeluaran deposit/ penutupan akaun mengambil masa tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Boleh, pendeposit perlu membuat permohonan untuk bayaran balik pinjaman PTPTN melalui pindahan antara akaun dengan mengisi Borang Pindahan Deposit / Lebihan Bayaran Balik Pinjaman yang boleh didapati di cawangan PTPTN dan portal rasmi PTPTN.
Tidak. Simpan SSPN Prime dan Skim Pinjaman Pendidikan adalah skim yang berbeza walaupun kedua-duanya di bawah PTPTN.
Boleh. pendeposit perlu mengisi Borang Pindahan Deposit/ Lebihan Bayaran Balik Pinjaman yang boleh didapati di cawangan PTPTN dan portal rasmi PTPTN. Pindahan boleh dilakukan berdasarkan situasi berikut:
Pindahan simpanan daripada akaun Simpan SSPN Prime ke akaun Simpan SSPN Prime atas pendeposit yang sama.
Pindahan simpanan daripada akaun Simpan SSPN Plus ke akaun Simpan SSPN Prime atas pendeposit yang sama.
Pindahan simpanan daripada akaun Simpan SSPN Prime ke akaun Simpan SSPN Plus atas pendeposit yang sama.
Pindahan lebihan bayaran balik pinjaman ke akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus atas peminjam / pendeposit yang sama.
Pindahan simpanan Simpan SSPN Prime untuk bayaran balik pinjaman atas peminjam / pendeposit yang sama.
Ya, pendeposit perlu membuat penutupan akaun atas nama penerima manfaat tersebut. Pendeposit mempunyai pilihan sama ada untuk menerima wang simpanan semasa membuat penutupan atau membuat pindahan wang simpanan ke akaun penerima manfaat yang lain.
Ada. Simpan SSPN Prime menyediakan perlindungan takaful secara percuma kepada pendeposit yang mempunyai baki simpanan RM1,000 dan ke atas serta berumur tidak melebihi 65 tahun. Perlindungan takaful ini merangkumi kematian pendeposit dan penerima manfaat serta keilatan kekal menyeluruh pendeposit. Sekiranya pendeposit mengalami keilatan kekal menyeluruh dan telah disahkan oleh pegawai perubatan, waris boleh membuat tuntutan takaful dengan mengisi Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.
Syarat tuntutan takaful bagi pendeposit yang telah meninggal dunia adalah baki simpanan mestilah RM1,000 dan ke atas dan berumur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh kematian. Waris hendaklah mengisi Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.
Bagi pendeposit yang telah meninggal dunia, waris hendaklah melengkapkan dokumen berikut berdasarkan jumlah simpanan Simpan SSPN Prime semasa kematian:
Kurang daripada RM3,000
Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan
Salinan Mykad pendeposit
Salinan Mykad pendeposit
Salinan sijil kematian pendeposit
Borang Pengesahan Waris
Borang Bon Tanggung Rugi dan dimatikan Setem Hasil bernilai RM10
Salinan muka hadapan buku bank/ penyata akaun waris (akaun persendirian sahaja).
Jumlah RM3,000 dan ke atas
Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan
Salinan Mykad pendeposit
Salinan MyKad waris
Salinan sijil kematian pendeposit
Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet/ Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya/ Pejabat Tanah dan Daerah/ Amanah Raya Berhad/ pihak berkuasa yang diiktiraf
Salinan muka hadapan buku bank/ penyata akaun waris (akaun persendirian sahaja)
Dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PTPTN melalui serahan tangan atau pos.
Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime untuk manfaat anak diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.
Kategori kelayakan adalah seperti berikut:
Individu yang menyimpan untuk diri sendiri TIDAK LAYAK untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.
Insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa, iaitu simpanan yang telah ditolak pengeluaran. Pendeposit boleh menyemak atau mencetak penyata ringkasan akaun Simpan SSPN Prime melalui e-Simpan SSPN Prime di portal rasmi PTPTN.
Geran sepadan memasuki IPT adalah insentif kewangan dalam bentuk tunai yang ditawarkan untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat tabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak. Pemberian geran sepadan bertujuan membantu keperluan anak-anak (penerima manfaat) yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.
Pemberian geran sepadan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) pendeposit tidak melebihi RM4,000 semasa permohonan dibuat.
Penerima manfaat telah mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diikitiraf oleh kerajaan di peringkat sijil dan ke atas.
Penerima manfaat belum mencecah umur 29 tahun semasa permohonan dibuat.
Jumlah keseluruhan geran sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga.
Kelayakan pemberian geran sepadan hanya kepada pendeposit (ibu/ bapa/ penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak jagaan yang sah. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri atau mana-mana orang lain tidak layak memohon geran sepadan ini.
Pendeposit hendaklah mengisi Borang Pengeluaran/Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakan bersama dokumen berikut:
*Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan penyata pencen/ salinan kad pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.
Salinan MyKad pasangan/ sijil kematian/ surat cerai.
Salinan sijil kelahiran/ surat akuan berkanun/ sijil anak angkat penerima manfaat.
*Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan resit bayaran daftar masuk ke IPT.
*Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4).
Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan.
Salinan buku bank persendirian pendeposit (jika ingin dikreditkan ke akaun)
*dokumen 1, 4 dan 5 perlu disahkan
Permohonan geran sepadan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian penerima manfaat dengan syarat akaun Simpan SSPN Prime semasa permohonan adalah aktif dan umur penerima manfaat belum mencapai 29 tahun semasa permohonan. Tuntutan geran sepadan selepas penutupan akaun tidak dibenarkan.
Ya, pemberian token bernilai RM100 akan diberikan sebagai dorongan dan penghargaan kerana menabung di dalam Simpan SSPN Prime.
Ya, sekiranya penerima manfaat meninggal dunia, akaun perlu ditutup.
SSPN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan penabungan untuk pendidikan tinggi. SSPN telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004. SSPN terdiri daripada dua komponen produk simpanan iaitu Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i) dan Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus).
Simpan SSPN Plus merupakan produk terbaru PTPTN dengan kerjasama Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful (SPT) bagi produk ini.
Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN iaitu di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).
PAKEJ | INTAN | DELIMA | TOPAS | ZAMRUD | NILAM | BERLIAN |
---|---|---|---|---|---|---|
Simpanan Bulanan Simpan SSPN Plus | RM20 | RM40 | RM90 | RM180 | RM270 | RM200 |
Sumbangan Takaful | RM10 | RM10 | RM10 | RM20 | RM30 | RM300 |
Jumlah Komitmen Bulanan | RM30 | RM50 | RM100 | RM200 | RM300 | RM500 |
Keistimewaan produk Simpan SSPN Plus adalah seperti berikut:
Produk patuh syariah;
Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM8,000 setahun (bersekali dengan produk Simpan SSPN Prime);
Pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful bagi tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM3,000 setahun (bagi pekerja swasta atau penjawat awam yang memilih KWSP) atau RM7,000 setahun (bagi Penjawat Awam memilih Pencen Kerajaan);
Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
Manfaat kematian dan ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000 bergantung kepada pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT);
Tiada pemeriksaan kesihatan.
Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
Khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak (maksimum 5 orang anak sahaja tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);
Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM250,000.00 bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih
Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih
Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;
Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
Simpanan dijamin Kerajaan
Perkara | Simpan SSPN Plus | Simpan SSPN Prime |
---|---|---|
Komitmen Minimum | Serendah RM30/ sebulan | Tiada |
Sumbangan Takaful | Serendah RM10 sebulan atau mengikut pakej yang dipilih. | Percuma *Layak hanya kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas |
Manfaat Takaful i. Mengikut pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih | Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000. | Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) Ringgit ke Ringgit. |
Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) sehingga RM1,000,000. | Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) Ringgit ke Ringgit. | |
Manfaat ilat kekal separa sehingga RM200,000 | Tiada | |
Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM200,000 | Tiada | |
Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari. | Tiada | |
Khairat kematian* : i. Pendeposit – sehingga RM25,000 ii. Pasangan – sehingga 12,500 dan iii. 5 anak – sehingga RM 5,000 seorang. | Khairat kematian bagi: i. Pendeposit – RM2,000, dan ii. Penerima manfaat – RM500 | |
Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan | i. Sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime tahun semasa. ii. Menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM7,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa. | i. Sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime tahun semasa. ii. Tiada |
Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT) | Tiada | Sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak. |
Syarat Pembukaan Akaun | Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
|
Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
|
Boleh. Pendeposit yang telah mempunyai akaun Simpan SSPN Prime boleh membuka akaun Simpan SSPN Plus tanpa perlu menutup akaun Simpan SSPN Prime.
Boleh dengan syarat akaun yang dibuka melibatkan penerima manfaat berbeza yang tidak pernah mempunyai akaun SSPN-i Plus sebelum ini.
Bagi akaun SSPN-i Plus sedia ada, ianya akan dipindahkan secara automatik ke akaun Simpan SSPN Plus di bawah Syarikat Pengendali Takaful (SPT) asal iaitu HLMT.
Manfaat takaful bagi setiap pakej adalah berbeza mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) seperti berikut:
PAKEJ INTAN (RM30) | |||
PERKARA | MANFAAT TAKAFUL | ||
GETB | HLMT | TIFB | |
Kematian Biasa (RM) Kemalangan – Kemalangan di Malaysia (RM) – Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM) – Kemalangan di luar Malaysia (RM) | 25,000.00
50,000.00 50,000.00 75,000.00 | 30,000.00
60,000.00 60,000.00 60,000.00 | 24,000.00
48,000.00 48,000.00 48,000.00 |
Keilatan Ilat Kekal Biasa (RM) Ilat Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Biasa (RM) |
25,000.00 50,000.00 25,000.00 – |
30,000.00 60,000.00 10,000.00 10,000.00 |
24,000.00 48,000.00 – – |
Penyakit Kritikal Amaun perlindungan (RM) Jumlah penyakit dilindungi |
12,500.00 45 |
12,000.00 36 |
12,000.00 36 |
Manfaat Pendapatan Hospital Amaun perlindungan/ sehari (RM) Bilangan minggu |
25.00 52 |
25.00 52 |
20.00 52 |
Khairat Kematian 1. Pendeposit (RM) 2. Pasangan (RM) 3. Anak Amaun perlindungan (RM) Bilangan anak yang dilindungi |
2,800.00 2,800.00
1,200.00 5 |
3,000.00 3,000.00
1,500.00 3 |
4,000.00 4,000.00
2,000.00 3 |
Lain-lain manfaat Penyakit Terminal Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan |
12,500.00 – |
– – |
– 100.00 |
PAKEJ DELIMA (RM50) | |||
PERKARA | MANFAAT TAKAFUL | ||
GETB | HLMT | TIFB | |
Kematian Biasa (RM) Kemalangan – Kemalangan di Malaysia (RM) – Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM) – Kemalangan di luar Malaysia (RM) | 25,000.00
50,000.00 50,000.00 75,000.00 | 30,000.00
60,000.00 60,000.00 60,000.00 | 24,000.00
48,000.00 48,000.00 48,000.00 |
Keilatan Ilat Kekal Biasa (RM) Ilat Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Biasa (RM) |
25,000.00 50,000.00 25,000.00 – |
30,000.00 60,000.00 10,000.00 10,000.00 |
24,000.00 48,000.00 – – |
Penyakit Kritikal Amaun perlindungan (RM) Jumlah penyakit dilindungi |
12,500.00 45 |
12,000.00 36 |
12,000.00 36 |
Manfaat Pendapatan Hospital Amaun perlindungan/ sehari (RM) Bilangan minggu |
25.00 52 |
25.00 52 |
20.00 52 |
Khairat Kematian 1. Pendeposit (RM) 2. Pasangan (RM) 3. Anak Amaun perlindungan (RM) Bilangan anak yang dilindungi |
2,800.00 2,800.00
1,200.00 5 |
3,000.00 3,000.00
1,500.00 3 |
4,000.00 4,000.00
2,000.00 3 |
Lain-lain manfaat Penyakit Terminal Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan |
12,500.00 – |
– – |
– 100.00 |
PAKEJ TOPAS (RM100) | |||
PERKARA | MANFAAT TAKAFUL | ||
GETB | HLMT | TIFB | |
Kematian Biasa (RM) Kemalangan – Kemalangan di Malaysia (RM) – Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM) – Kemalangan di luar Malaysia (RM) | 25,000.00
50,000.00 50,000.00 75,000.00 | 30,000.00
60,000.00 60,000.00 60,000.00 | 24,000.00
48,000.00 48,000.00 48,000.00 |
Keilatan Ilat Kekal Biasa (RM) Ilat Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Biasa (RM) |
25,000.00 50,000.00 25,000.00 – |
30,000.00 60,000.00 10,000.00 10,000.00 |
24,000.00 48,000.00 – – |
Penyakit Kritikal Amaun perlindungan (RM) Jumlah penyakit dilindungi |
12,500.00 45 |
12,000.00 36 |
12,000.00 36 |
Manfaat Pendapatan Hospital Amaun perlindungan/ sehari (RM) Bilangan minggu |
25.00 52 |
25.00 52 |
20.00 52 |
Khairat Kematian 1. Pendeposit (RM) 2. Pasangan (RM) 3. Anak Amaun perlindungan (RM) Bilangan anak yang dilindungi |
2,800.00 2,800.00
1,200.00 5 |
3,000.00 3,000.00
1,500.00 3 |
4,000.00 4,000.00
2,000.00 3 |
Lain-lain manfaat Penyakit Terminal Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan |
12,500.00 – |
– – |
– 100.00 |
PAKEJ ZAMRUD (RM200) | |||
PERKARA | MANFAAT TAKAFUL | ||
GETB | HLMT | TIFB | |
Kematian Biasa (RM) Kemalangan – Kemalangan di Malaysia (RM) – Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM) – Kemalangan di luar Malaysia (RM) | 50,000.00
100,000.00 100,000.00 150,000.00 | 60,000.00
120,000.00 120,000.00 120,000.00 | 48,000.00
96,000.00 96,000.00 96,000.00 |
Keilatan Ilat Kekal Biasa (RM) Ilat Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Biasa (RM) |
50,000.00 100,000.00 50,000.00 – |
60,000.00 120,000.00 20,000.00 20,000.00 |
48,000.00 96,000.00 – – |
Penyakit Kritikal Amaun perlindungan (RM) Jumlah penyakit dilindungi |
25,000.00 45 |
24,000.00 36 |
24,000.00 36 |
Manfaat Pendapatan Hospital Amaun perlindungan/ sehari (RM) Bilangan minggu |
50.00 52 |
50.00 52 |
40.00 52 |
Khairat Kematian 1. Pendeposit (RM) 2. Pasangan (RM) 3. Anak Amaun perlindungan (RM) Bilangan anak yang dilindungi |
3,000.00 3,000.00
1,500.00 5 |
3,000.00 3,000.00
1,500.00 3 |
4,000.00 4,000.00
2,000.00 3 |
Lain-lain manfaat Penyakit Terminal Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan |
25,000.00 – |
– – |
– 200.00 |
PAKEJ NILAM (RM300) | |||
PERKARA | MANFAAT TAKAFUL | ||
GETB | HLMT | TIFB | |
Kematian Biasa (RM) Kemalangan – Kemalangan di Malaysia (RM) – Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM) – Kemalangan di luar Malaysia (RM) | 75,000.00
150,000.00 150,000.00 225,000.00 | 90,000.00
180,000.00 180,000.00 180,000.00 | 72,000.00
144,000.00 144,000.00 144,000.00 |
Keilatan Ilat Kekal Biasa (RM) Ilat Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Biasa (RM) |
75,000.00 150,000.00 75,000.00 – |
90,000.00 180,000.00 30,000.00 30,000.00 |
72,000.00 144,000.00 – – |
Penyakit Kritikal Amaun perlindungan (RM) Jumlah penyakit dilindungi |
37,500.00 45 |
36,000.00 36 |
36,000.00 36 |
Manfaat Pendapatan Hospital Amaun perlindungan/ sehari (RM) Bilangan minggu |
70.00 52 |
75.00 52 |
60.00 52 |
Khairat Kematian 1. Pendeposit (RM) 2. Pasangan (RM) 3. Anak Amaun perlindungan (RM) Bilangan anak yang dilindungi |
3,000.00 3,000.00
1,500.00 5 |
3,000.00 3,000.00
1,500.00 3 |
4,000.00 4,000.00
2,000.00 3 |
Lain-lain manfaat Penyakit Terminal Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan |
37,500.00 – |
– – |
– 300.00 |
PAKEJ BERLIAN (RM500) | |||
PERKARA | MANFAAT TAKAFUL | ||
GETB | HLMT | TIFB | |
Kematian Biasa (RM) Kemalangan – Kemalangan di Malaysia (RM) – Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM) – Kemalangan di luar Malaysia (RM) | 1,000,000.00
1,000,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00 | 600,000.00
1,200,000.00 1,200,000.00 1,200,000.00 | 500,000.00
1,000,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00 |
Keilatan Ilat Kekal Biasa (RM) Ilat Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Biasa (RM) |
1,000,000.00 1,000,000.00 200,000.00 200,000.00 |
600,000.00 1,200,000.00 100,000.00 100,000.00 |
500,000.00 1,000,000.00 200,000.00 200,000.00 |
Penyakit Kritikal Amaun perlindungan (RM) Jumlah penyakit dilindungi |
200,000.00 45 |
120,000.00 36 |
200,000.00 36 |
Manfaat Pendapatan Hospital Amaun perlindungan/ sehari (RM) Bilangan minggu |
250.00 52 |
250.00 52 |
200.00 52 |
Khairat Kematian 1. Pendeposit (RM) 2. Pasangan (RM) 3. Anak Amaun perlindungan (RM) Bilangan anak yang dilindungi |
25,000.00 12,500.00
5,000.00 5 |
20,000.00 10,000.00
3,000.00 3 |
25,000.00 12,500.00
5,000.00 3 |
Lain-lain manfaat Penyakit Terminal Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan Manfaat penghantaran balik jenazah |
200,000.00 – 10,000.00 |
– – – |
– 3,000.00 – |
Syarat bagi Pendeposit :
Syarat bagi Penerima Manfaat :
Syarikat Pengendali Takaful | Had Umur Maksimum Pendeposit bagi Pembukaan Akaun |
HLMT TIFB | Sehingga sebelum mencapai 65 tahun |
GETB | Sehingga sebelum mencapai 69 tahun |
Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun. Namun begitu bagi pembukaan akaun Pakej Berlian, bakal pendeposit perlu menjawab tiga (3) soalan kesihatan yang terdapat pada borang pembukaan akaun. Jika terdapat jawapan YA bagi salah satu soalan, bakal pendeposit TIDAK LAYAK menyertai Pakej Berlian dan dinasihatkan untuk menyertai pakej yang lain yang ditawarkan.
SPT | HAD BILANGAN AKAUN PAKEJ BERLIAN |
HLMT | Dua (2) |
GETB TIFB | Satu (1) |
SPT | HAD UMUR PERLINDUNGAN |
HLMT TIFB | Sehingga sehari sebelum mencapai 66 tahun |
GETB | Sehingga sehari sebelum mencapai 70 tahun |
Saluran Simpanan | Caj |
---|---|
Kaunter PTPTN
|
Tiada |
Potongan Gaji
|
Tiada |
Auto Debit
|
|
Perbankan Internet
|
Tiada |
JomPay
|
Tiada |
SSPN-i Plus online
|
Tiada |
Direct Debit
|
Tiada |
Bahagian simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun daripada tarikh pembukaan akaun. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dengan jumlah minimum simpanan yang perlu dikekalkan dalam akaun adalah sebanyak RM1,000 (tertakluk syarat-syarat lain yang ditetapkan dari masa ke semasa).
Kaunter | Permohonan Online |
---|---|
Perlu mengisi:
|
Membuat permohonan pengeluaran deposit secara atas talian melalui Portal Rasmi PTPTN. |
Pendeposit diberikan tempoh ihsan selama 60 hari untuk menyelesaikan tunggakan tersebut. Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima selepas tempoh ihsan, akaun akan ditutup serta-merta.
Sekiranya penerima manfaat meninggal dunia, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal kecuali manfaat khairat kematian.
Tidak. Pendeposit tidak akan menerima apa-apa penentusahan keahlian daripada PTPTN. Walau bagaimanapun, pendeposit akan menerima Sijil Takaful (Certificate Schedule) yang dihantar oleh Syarikat Pengendali Takaful (SPT) secara e-mel dalam tempoh 30 hari (sebulan) daripada tarikh pembukaan akaun
Bil. | Syarikat Pengendali Takaful (SPT)/ Penyakit Kritikal | GETB | HLMT | TIFB |
1 | Alzheimer/ dementia teruk/ gangguan otak degeneratif organik tidak boleh pulih | / | / | / |
2 | Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari | / | / | / |
3 | Meningitis Bakteria | / | / | / |
4 | Tumor Otak Benigna – Keterukan tertentu | / | / | / |
5 | Buta – kekal dan tidak boleh pulih | / | / | / |
6 | Pembedahan otak | / | / | / |
7 | Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal | / | / | / |
8 | Kardiomiopati – keterukan tertentu | / | / | / |
9 | Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan kekal sumsum tulang | / | / | / |
10 | Koma – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan symptom klinikal yang berterusan | / | / | / |
11 | Pembedahan pintasan arteri koronari | / | / | / |
12 | Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih | / | / | / |
13 | Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian | / | / | / |
14 | Kegagalan hati tahap akhir | / | / | / |
15 | Penyakit paru-paru tahap akhir | / | / | / |
16 | AIDS dengan gejala penuh | / | ||
17 | Hepatitis Viral/Virus Fulminan | / | / | / |
18 | Serangan jantung – keterukan tertentu | / | / | / |
19 | Pembedahan Injap Jantung | / | / | / |
20 | Jangkitan HIV melalui Transfusi Darah | / | / | / |
21 | Kegagalan buah pinggang – memerlukan dialysis atau transplan buah pinggang | / | / | / |
22 | Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (berdikari) | / | ||
23 | Hilang keupayaan bertutur | / | / | / |
24 | Trauma Kepala Major (Teruk) – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian | / | / | / |
25 | Transplan Organ Utama/ Sumsum tulang | / | / | / |
26 | Penyakit neuron motor – defisit neurologi kekal dengan symptom klinikal berterusan | / | / | / |
27 | Sklerosis Multipel | / | / | / |
28 | Distrofi otot | / | / | / |
29 | Kelumpuhan anggota | / | / | / |
30 | Penyakit Parkinson – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian | / | / | / |
31 | Hipertensi Arteri Pulmunori Primer – keterukan tertentu | / | / | / |
32 | Penyakit arteri koronari serius | / | / | / |
33 | Strok/ Angin Ahmar – mengakibatkan deficit neurologi kekal dengan symptom-simptom klinikal berterusan | / | / | / |
34 | Pembedahan Aorta | / | / | / |
35 | Lupus Eritematosus Sistematik dengan komplikasi buah pinggang yang teruk | / | / | / |
36 | Kelecuran tahap ketiga – keterukan tertentu | / | / | / |
37 | Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui pekerjaan | / | ||
38 | Penyakit Terminal (membawa maut) | / | / | / |
39 | Penyakit Sistik Medular | / | / | / |
40 | Sindrom Apallic (iaitu keadaan Vegetatif Berterusan) | / | ||
41 | Poliomielitis | / | ||
42 | Skleroderma Progresif | / | ||
43 | Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik | / | ||
44 | Elefantiasis (PenyaKit Untut) | / | ||
45 | Penyakit Creutzfeldt- Jakob (Penyakit Lembu Gila) | / |
Boleh terhad kepada pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam sahaja serta tertakluk kepada tempoh menunggu yang ditetapkan oleh Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih.
MANFAAT | TEMPOH MENUNGGU MENGIKUT SPT | ||
HLMT | GETB | TIFB | |
Kematian Biasa | – Perlindungan serta merta – Pakej Berlian : 3 bulan dari tarikh kuat kuasa. | – Perlindungan Serta Merta | -Selain Pakej Berlian 12 bulan untuk penyakit sedia ada – Perlindungan serta merta (selain untuk penyakit sedia ada) – Pakej Berlian 3 bulan |
Kematian Akibat Kemalangan | – Perlindungan Serta Merta | – Perlindungan Serta Merta | – Perlindungan Serta Merta |
Keilatan Kekal Biasa | – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa untuk keadaan sedia ada | – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (keadaan sedia ada) | – 6 bulan untuk penyakit sedia ada |
Keilatan Kekal Akibat Kemalangan | – Perlindungan Serta Merta | – Perlindungan Serta Merta | – Perlindungan Serta Merta |
Keilatan Separa Kekal Biasa | – Biasa– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa untuk keadaan sedia ada – Kemalangan– Perlindungan Serta Merta | – Pakej Berlian sahaja: 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (keadaan sedia ada) | – Pakej Berlian perlindungan serta merta – Selain Pakej Berlian 12 bulan untuk penyakit sedia ada – Perlindungan serta merta (selain untuk penyakit sedia ada). |
Keilatan Separa Kekal Akibat Kemalangan | – Perlindungan Serta Merta | – Tiada | |
Penyakit Kritikal | – Kanser dan Penyakit Berkaitan – Jantung– 60 hari dari tarikh kuat kuasa – Penyakit Lain– 30 hari dari tarikh kuat kuasa – Keadaan Sedia Ada– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa | – 30 hari dari tarikh kuat kuasa (untuk Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, Kanser, Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain untuk Penyakit Arteri Koronari Utama, Penyakit Koronari Arteri Lain yang Serius) – 60 hari dari tarikh kuat kuasa (untuk penyakit kritikal lain) | – 30 hari dari tarikh kuat kuasa bulan untuk (penyakit khusus) – 60 hari dari tarikh kuat kuasa bulan untuk (penyakit khusus) |
Elaun Kemasukan Hospital | – Kemalangan– Perlindungan Serta Merta – Penyakit Khusus– 120 hari dari tarikh kuat kuasa – Penyakit Lain– 30 hari dari tarikh kuat kuasa – Keadaan Sedia Ada– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa | – 30 hari dari tarikh kuat kuasa (disebabkan oleh secara semula jadi)- 120 hari hari dari tarikh kuat kuasa ( penyakit khusus) – Perlindungan serta-merta (akibat kemalangan) | – Kemalangan- Perlindungan serta-merta – Penyakit – 30 hari dari tarikh kuat kuasa – Penyakit Khusus – 120 hari dari tarikh kuat kuasa – 180 hari untuk setiap satu kemasukkan hospital – 365 hari untuk sepanjang tempoh perlindungan |
Khairat Kematian | – Keadaan Sedia Ada – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (hanya untuk Pendeposit). Anak dan pasangan tiada tempoh menunggu | – Perlindungan Serta Merta | – Keadaan Sedia Ada – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (hanya untuk Pendeposit). Anak dan pasangan tiada tempoh menunggu |
Penyakit Terminal | – Tidak berkaitan | – 30 hari dari tarikh kuat kuasa | – Tidak berkaitan |
Tidak. Elaun kemasukan hospital tidak terhad dalam Malaysia sahaja. Elaun juga layak dituntut bagi kemasukan hospital di luar negara selagi kunjungan tersebut bukan atas tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, kemasukan hospital di Singapura dibayar bagi tujuan perubatan.
Ya, selagi anggota beruniform tidak terlibat secara langsung dalam tugasan peperangan/ rusuhan, rusuhan awam sama ada diisytihar atau tidak.
Boleh. Pendeposit boleh membuka akaun untuk diri sendiri tertakluk kepada syarat pembukaan akaun yang ditetapkan.
Tidak boleh. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri hanya boleh mempunyai satu akaun sahaja.
Ya. Penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun dengan syarat akaun dibuka oleh pendeposit berbeza sama ada ibu atau bapa atau penjaga yang sah (ibu bapa tiri/ ibu bapa angkat).
Tidak dilindungi.
Tidak boleh. Pendeposit hendaklah menutup akaun sedia ada dan membuka akaun yang baharu dengan pakej yang hendak dipilih.
Ya. Pendeposit akan dilindungi serta-merta bagi manfaat takaful disebabkan kemalangan.
Manfaat kematian akan dibayar bagi kelima-lima akaun yang dibuka oleh pendeposit.
Contoh:
Bagi kematian biasa, sekiranya kelima-lima akaun tersebut adalah akaun Delima di bawah syarikat pengendali takaful HLMT, jumlah keseluruhan manfaat kematian yang dibayar adalah sebanyak RM150,000 (RM30,000 x 5 akaun). Manfaat tersebut akan dimasukkan semula ke dalam akaun masing-masing dan bayaran kepada waris akan dibuat mengikut proses penutupan
Waris atau Penama (yang didaftar di PTPTN) boleh membuat tuntutan.
Pasangan hendaklah memenuhi syarat berikut:
Hubungan adalah sah dan diiktiraf dari segi undang-undang;
Berumur 18 tahun sehingga sebelum mencapai had umur perlindungan 70 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);
Bagi tuntutan atas isteri (jika mempunyai lebih dari seorang isteri yang sah), khairat diberikan ke atas isteri yang mana meninggal dahulu.
Anak hendaklah memenuhi syarat berikut:
Hubungan adalah sah dan diiktiraf dari segi undang-undang;
Berumur 18 tahun sehingga sebelum mencapai had umur perlindungan 70 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);
Bagi tuntutan atas isteri (jika mempunyai lebih dari seorang isteri yang sah), khairat diberikan ke atas isteri yang mana meninggal dahulu.
Bagi kes kematian pendeposit, kaedah pemulangan simpanan dan pembayaran manfaat takaful oleh syarikat pengendali takaful adalah seperti berikut:
Bagi jumlah simpanan atau manfaat yang kurang daripada RM3,000 – waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; atau
Bagi jumlah simpanan atau manfaat takaful RM3,000 dan ke atas – Pengeluaran wang deposit dari akaun si mati bagi baki semasa simpanan berjumlah RM3,000 dan ke atas (termasuk manfaat takaful dan dividen) dengan mengemukakan dokumen asal atau salinan
Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dan diserahkan kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT).
Sekiranya pendeposit telah mencapai had umur maksimum perlindungan tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT), akaun pendeposit akan ditutup.
Pendeposit yang mempunyai akaun SSPN yang berstatus aktif semasa proses agihan dividen dilakukan adalah layak menerima dividen pada kadar yang diisytiharkan.
Tidak layak.
Layak selagi tidak membuat penutupan akaun.
Dividen akan dikreditkan terus ke akaun Simpan SSPN.
Ya. Pendapatan dari dividen Simpan SSPN dikecualikan daripada cukai.
Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime atau/dan Simpan SSPN Plus untuk manfaat anak (penerima manfaat) diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.
Ya. Pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih Simpan SSPN adalah bagi kedua-dua produk Simpan SSPN iaitu akaun Simpan SSPN Prime dan akaun Simpan SSPN Plus.
Tidak. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih bagi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus hanya diberikan sehingga RM8,000. Walau bagaimanapun bagi akaun Simpan SSPN Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM7,000 ke atas caruman sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful di bawah kategori pelepasan bagi Insuran/Takaful Nyawa dan Caruman KWSP.
Tidak. Deposit simpanan yang dibuat pada tahun semasa tahun taksiran cukai sahaja yang layak mendapat pelepasan taksiran cukai Simpan SSPN
Kategori kelayakan adalah seperti berikut:
Pendeposit Ayah : Syamel bin Yusoff | Pendeposit Ibu : Farrah binti Mustafa |
Membuka akaun Simpan SSPN Prime : Penerima manfaat : Eyman bin Syamel | Membuka akaun Simpan SSPN Prime : Penerima manfaat : Eyman bin Syamel |
Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa bagi setiap seorang pendeposit. | Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa bagi setiap seorang pendeposit. |
Pendeposit Ayah : Ameer bin Adnan | Pendeposit Ibu : Raihana binti Rahman |
Membuka akaun Simpan SSPN Prime : Penerima manfaat : Aqil bin Ameer | Membuka akaun Simpan SSPN Prime : Penerima manfaat : Aqil bin Ameer |
Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa atas taksiran bersama. |
Akaun Simpan SSPN yang dibuka untuk penerima manfaat (anak) dan umur penerima manfaat belum mencapai umur 29 tahun (mengikut tahun tarikh lahir anak) adalah layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ini.
Tidak. Akaun Simpan SSPN bagi penerima manfaat (anak) yang telah mencapai umur 29 tahun (mengikut kiraan tahun umur anak mencapai 29 tahun) adalah tidak layak pelepasan taksiran cukai pendapatan bagi simpanan yang dibuat pada tahun taksiran anak akan mencapai umur 29 tahun.
Tidak layak. Jika berlaku kematian penerima manfaat, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal.
Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak layak untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN.
Tidak layak. Dividen Simpan SSPN tidak layak pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN. Namun begitu, dividen Simpan SSPN dikecualikan dikenakan cukai pendapatan.
Tidak layak. Sebarang hadiah berbentuk simpanan Simpan SSPN bagi sebarang peraduan atau pertandingan anjuran PTPTN adalah tidak layak pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN.
Pendeposit akan layak pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN sekiranya PTPTN menerima deposit simpanan tersebut tidak melepasi 31 Disember. Bagi pendeposit yang membuat deposit simpanan melalui saluran selain daripada kaunter PTPTN, adalah disarankan membuat deposit simpanan selewat-lewatnya 25 Disember setiap tahun.
Pendeposit akaun Simpan SSPN boleh menyemak simpanan bersih deposit simpanan yang layak pelepasan taksiran cukai pendapatan melalui portal rasmi laman web PTPTN atau aplikasi myPTPTN. Melalui aplikasi myPTPTN juga, pendeposit boleh mencetak atau menyimpan Penyata Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Simpan SSPN.
a) Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000;
b) Live chat di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my);
c) Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn);
d) e-AduanPTPTN (https://eaduan.ptptn.gov.my); dan
e) Media sosial (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)