Sebagai usaha memperkukuh budaya menabung untuk pendidikan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkenalkan pelbagai inisiatif melalui Simpan SSPN bagi memberi manfaat kepada pendeposit di seluruh negara. Selaras dengan usaha tersebut, PTPTN memperkenalkan Kempen Simpan SSPN Baru Slay!, iaitu kempen simpanan yang memberi nilai tambah kepada generasi muda berusia 16 hingga 29 tahun untuk mula menyimpan di Simpan SSPN demi perancangan pendidikan masa depan.
Melalui kempen ini, pendeposit yang membuka akaun baharu atau menambah simpanan di Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus melalui myPTPTN berpeluang memenangi hadiah tunai keseluruhan lebih RM400,000 untuk 530 pemenang sepanjang tempoh kempen dari 1 Januari hingga 30 Jun 2026.
Kempen ini terbahagi kepada cabutan berikut:
| Kategori Cabutan | Tempoh Kempen | Tempoh Pengekalan |
| Cabutan Slay 1 | 1 Januari – 31 Mac 2026 | 1 April – 30 April 2026 |
| Cabutan Slay 2 | 1 April – 30 Jun 2026 | 1 Julai – 31 Julai 2026 |
Selepas proses pemilihan dijalankan mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan, PTPTN dengan sukacitanya mengumumkan senarai rasmi pemenang Kempen Simpan SSPN Baru Slay! seperti berikut:
Senarai Pemenang Kempen Simpan SSPN Baru Slay! – Cabutan Slay 1
| Pemenang | Hadiah | Jumlah Pemenang | Senarai Pemenang |
| Utama | Yamaha NVX 155 | 1 | |
| Kedua | iPhone 17 Pro | 4 | |
| Ketiga | DJI Osmo Pocket 3 Creator Combo | 10 | |
| Saguhati | Tunai bernilai RM500 | 250 |
PTPTN merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang. Kemenangan ini menjadi bukti bahawa amalan menabung sejak muda merupakan langkah bijak dalam membina asas kewangan yang lebih kukuh untuk masa depan pendidikan yang lebih terancang.




