PINJAMAN 

Pinjaman Pendidikan

Pengenalan

Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.

Pinjaman Pendidikan Yang Ditawarkan
Pinjaman Pendidikan Yang Ditawarkan
PERINGKAT PENGAJIANKATEGORI IPT YANG DIBIAYAI
Diploma Sepenuh MasaIPTA, Politeknik dan IPTS
Diploma Separuh MasaIPTA, Politeknik dan IPTS*
Diploma PJJIPTA
Diploma LanjutanIPTA dan Politeknik
Ijazah Pertama Sepenuh MasaIPTA dan IPTS
Ijazah Pertama Separuh MasaIPTA dan IPTS*
Sarjana Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJIPTA
Doktor Falsafah Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJIPTA
Kursus Profesional Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJIPTA
Permohonan Pinjaman
Permohonan Pinjaman

Syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Pendapatan (kasar) bulanan ibu bapa atau penjaga tidak melebihi RM50,000 (setelah ditolak RM250 seorang tanggungan);
  4. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);*
  5. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan berdaftar dengan PTPTN*;
  6. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) semester;
  7. Telah membuka akaun Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus**

 

* Hanya kursus yang diluluskan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan kemudahan pinjaman PTPTN.

** Hanya akaun Simpan SSPN Prime yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun Simpan SSPN Prime 15 digit.

Peringkat jumlah pinjaman ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah:
PERINGKAT PINJAMAN KELAYAKAN

Maksimum

Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

75% daripada pinjaman maksimum

Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data STR)

50% daripada pinjaman maksimum

Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data STR)
Program Sepenuh Masa
Institusi Peringkat Pengajian Jumlah Pinjaman Setahun Mengikut Peringkat
Maksimum (RM) 75% (RM) 50% (RM)
Universiti Awam, Politeknik & Kolej komuniti Integrasi/ Diploma 4,750 3,560 2,380
Ijazah Sarjana Muda (Sains) 6,650 4,990 3,330
Ijazah Sarjana Muda (Sastera) 6,180 4,630 3,090
Ijazah Sarjana (Master) 9,500 7,130 4,750
Doktor Falsafah (PhD) 24,700 18,530 12,350
Kursus Profesional 5,700 4,280 2,850
IPTS Foundation 6,800 5,100 3,400
Diploma 6,800 5,100 3,400
Diploma (Farmasi, Pergigian & Sains Kesihatan) 12,750 9,560 6,380
Ijazah Sarjana Muda (Sains) 14,030 10,520 7,010
Ijazah Sarjana Muda (Sastera) 13,600 10,200 6,800
Ijazah Sarjana Muda (Farmasi, Pergigian & Sains Kesihatan) 17,000 12,750 8,500
Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS) * 50,000 * 37,500 * 30,000

Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN dengan perlindungan takaful berkelompok adalah bertujuan untuk melindungi amaun pinjaman yang telah dikeluarkan oleh PTPTN kepada peminjam untuk tempoh 24 jam sehari dan meliputi seluruh dunia sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh. Setiap pelajar dikehendaki menanggung kos perlindungan takaful seperti yang termaktub di dalam perjanjian pinjaman.

Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok ini, amaun Pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada semua pinjaman akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful yang dilantik oleh PTPTN.

Bagi kelulusan tawaran Pinjaman sebelum 6 April 2016, sumbangan takaful dibuat melalui potongan daripada wang Pinjaman yang dikeluarkan kepada peminjam pada setiap semester mengikut kadar yang ditetapkan.

Mulai kelulusan tawaran bertarikh 6 April 2016 sumbangan takaful merupakan sebahagian daripada jumlah pinjaman yang diluluskan dan perlu diselesaikan oleh peminjam.

Pinjaman pendidikan akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:

  1. Gagal/ berhenti pengajian pada peringkat/ jurusan/ IPT yang diluluskan semasa memohon pinjaman pendidikan;

  2. Pelajar membuat pembatalan pinjaman pendidikan PTPTN;

  3. Pemalsuan maklumat semasa permohonan; atau

  4. Peminjam diisytihar muflis.

Ingin Membuat Permohonan Pinjaman?

Ingin Membuat Semakan Jadual Permohonan/ Bayaran Pinjaman?

Soalan Lazim

Permohonan Pinjaman Pendidikan

Mulai 1 Januari 2024, pinjaman pendidikan PTPTN dihadkan kepada pendapatan kasar ibu bapa/ penjaga tidak melebihi RM50,000 sebulan. Syarat-syarat terkini pinjaman yang layak pinjaman PTPTN adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Pendapatan (kasar) bulanan ibu bapa atau penjaga tidak melebihi RM50,000 (setelah ditolak RM250 seorang tanggungan);
  4. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  5. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan berdaftar dengan PTPTN;
  6. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) semester; dan
  7. Telah membuka akaun SIMPAN SSPN Prime/ SIMPAN SSPN Plus

Contoh 1: Layak Pinjaman PTPTN:

BilPendapatanRM
1.Gaji pokok47,500.00
2.Elaun 11,000.00
3.Elaun 21,000.00
4.Elaun 31,000.00
5.Jumlah pendapatan kasar50,500.00
6.( – ) Tanggungan 3 orang adik beradik (RM250 seorang)750.00
7.Baki pendapatan kasar

49,750.00

(LAYAK PINJAMAN PTPTN)

Contoh 2 : Tidak Layak Pinjaman PTPTN:

BilPendapatanRM
1.Gaji pokok47,500.00
2.Elaun 11,000.00
3.Elaun 21,000.00
4.Elaun 31,000.00
5.Jumlah pendapatan kasar50,500.00
6.( – ) Tanggungan 1 orang adik beradik (RM250 seorang)250.00
7.Baki pendapatan kasar

50,250.00

(TIDAK LAYAK PINJAMAN PTPTN)

Ya, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti penyata gaji dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Sebarang pertimbangan tertakluk kepada dokumen sokongan dan dana peruntukan pinjaman yang mencukupi.

Tidak boleh. Tempoh pinjaman pendidikan adalah berdasarkan kepada tempoh program pengajian diluluskan oleh JPT, KPT. Tempoh pinjaman pendidikan diluluskan merujuk kepada semester semasa permohonan dibuat. Sekiranya anda memohon pada semester kedua, pinjaman pendidikan akan diluluskan mulai semester kedua hingga tamat tempoh pengajian lazim anda.

Boleh, dengan syarat anda telah menyelesaikan sepenuhnya jumlah pinjaman pendidikan yang telah diterima sebelum ini (jumlah keseluruhan pinjaman yang perlu diselesaikan adalah tertakluk kepada pengesahan daripada PTPTN).

Anda tidak perlu menyelesaikan hutang pinjaman terdahulu sekiranya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu. Bayaran balik hutang pinjaman terdahulu boleh ditangguhkan sehingga selesai pengajian baharu.

Tidak boleh. PTPTN hanya menyediakan pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana/ Doktor Falsafah (PhD) Kursus Profesional di Universiti Awam sahaja.

Ya, anda layak memohon sekiranya mengikuti pengajian separuh masa di Universiti Awam dan Politeknik. Bagi pengajian di IPTS, pinjaman PTPTN hanya disediakan di IPT berikut:

  1. Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
  2. Universiti Terbuka Wawasan
  3. Asia E Universiti
  4. Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR)
  5. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

Ya, jika anda mengikuti pengajian di:

  1. Universiti Multimedia (MMU)
  2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  3. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  4. Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR)
  5. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
Tawaran Pinjaman Pendidikan
Tawaran Pinjaman Pendidikan
  • Tawaran pinjaman pendidikan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh PTPTN. Klik di sini
  • Tempoh pinjaman ditentukan mengikut semester semasa permohonan lengkap diterima.
  • Keputusan permohonan pinjaman. Klik di sini
  • Panduan mencetak dan mengisi dokumen perjanjian tawaran pinjaman. Klik di sini.
  • Tempoh sah laku tawaran pinjaman adalah 14 hari dari tarikh kelulusan.
  • Dokumen perjanjian lengkap perlu dilekatkan setem hasil dan dihantar bersama salinan surat pengajian.
  • Peminjam yang ingin menolak tawaran pinjaman perlu menghantar Borang Pembatalan dan Penolakan
    Tawaran Pinjaman Pendidikan PTPTN di mana-mana Pejabat PTPTN Negeri.

Tawaran pinjaman kali kedua akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut;

  • Tamat pengajian bagi pinjaman terdahulu.
  • Telah menyelesaikan baki pinjaman bagi mereka yang membatalkan pinjaman, gagal atau berhenti pengajian untuk pinjaman terdahulu.
  • Kelulusan hanya diberikan kepada peminjam yang melanjutkan pengajian di peringkat yang sama atau lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu.

Semak Keputusan
Permohonan Pinjaman

Cetakan Kelulusan
Surat Tawaran

Soalan Lazim

Tawaran Pinjaman Pendidikan

Serahan dokumen tawaran hendaklah dibuat di IPT masing-masing atau mana-mana pejabat cawangan PTPTN yang berdekatan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kelulusan.

Syarat pinjaman kali kedua adalah seperti berikut:

  1. Melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu sahaja; dan

  2. Bagi pelajar yang menyambung pengajian di peringkat yang sama atau lebih rendah daripada pinjaman terdahulu hanya dipertimbangkan selepas pelajar menyelesaikan jumlah keseluruhan hutang terdahulu (termasuk apa-apa kos yang ditentukan oleh PTPTN).

Pengeluaran Pinjaman Pendidikan
Pengeluaran Pinjaman Pendidikan
  • Pengeluaran pinjaman pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada PTPTN.
  • Pengeluaran pinjaman kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut:
    1. Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan; dan
    2. Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas.
  • PTPTN tidak terlibat di dalam urusan pemotongan yuran pengajian IPT. Amaun pinjaman akan dikreditkan terus ke akaun pelajar mengikut semester tertakluk kepada pengesahan yang diberikan oleh IPT. Sebarang pertanyaan melibatkan pemotongan yuran pengajian perlu dirujuk kepada IPT masing-masing.

Soalan Lazim

Pengeluaran dan Pembatalan Pinjaman Pendidikan

Wang pinjaman akan dikreditkan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

Jumlah pinjaman yang diterima pada setiap semester telah dibuat potongan perlindungan takaful dan WPP (sekiranya telah menunaikan WPP).

Pengeluaran pinjaman bagi semester berikutnya adalah berdasarkan syarat-syarat berikut:

  1. Masih aktif meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan;

  2. Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG)/ Gred Point Average (GPA) 2.0 ke atas.

Tidak. Bayaran balik pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang diterima termasuk upah yang dikenakan.

Tidak layak. Pengeluaran pinjaman pendidikan akan dikeluarkan setakat tempoh anda menamatkan pengajian samada lebih awal atau mengikut tempoh pengajian lazim. Bayaran balik pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang diterima termasuk upah yang dikenakan.

Tidak boleh. Pengeluaran pinjaman pendidikan dikreditkan terus ke akaun persendirian pelajar sahaja.

Peminjam perlu mengisi Borang Pembatalan Pinjaman yang boleh diperolehi menerusi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)/ kaunter PTPTN/ Portal Rasmi PTPTN beserta surat permohonan rasmi pembatalan pinjaman pendidikan.Bagi peminjam yang menerima penaja lain, sila sertakan bersama salinan surat tawaran daripada penaja berkenaan.

Boleh, sekiranya peminjam telah menyelesaikan pinjaman terdahulu pada peringkat pengajian yang sama. Namun, pinjaman kali kedua untuk peringkat pengajian yang lebih tinggi akan dipertimbangkan walaupun pinjaman terdahulu belum diselesaikan.

Penahanan Pengeluaran Pinjaman Pendidikan
Penahanan Pengeluaran Pinjaman Pendidikan

Pengeluaran pinjaman pendidikan tidak akan dibuat pada mana-mana semester atas sebab-sebab berikut:

  1. Memperolehi keputusan peperiksaan PNG/ GPA kurang daripada 2.0;

  2. Menangguhkan pengajian; atau

  3. Digantung pengajian oleh IPT.

Contoh adalah seperti berikut:

Pelajar IPTA dan Politeknik
Contoh Semester PengajianPNG/ GPAStatus Bayaran

Semester 1

< 2.0

Dibayar

Semester 2

2.0 dan ke atas

Dibayar

Semester 3

< 2.0

Tidak dibayar berasaskan peperiksaan Semester 1

Semester 4

2.0 dan ke atas

Dibayar

Semester 5

2.0 dan ke atas

Tidak dibayar berasaskan peperiksaan Semester 3

Semester 6

2.0 dan ke atas

Dibayar

Pelajar IPTS
Contoh Semester PengajianPNG/ GPAStatus Bayaran

Semester 1

< 2.0

Dibayar

Semester 2

2.0 dan ke atas

Tidak dibayar berasaskan peperiksaan Semester 1

Semester 3

< 2.0

Dibayar

Semester 4

2.0 dan ke atas

Tidak dibayar berasaskan peperiksaan Semester 3

Bagi pelajar yang digantung pengajian, pengeluaran pinjaman hanya akan dibuat setelah pelajar disahkan mendaftar semula pengajian oleh IPT.