Korporat


Info Korporat
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
- PTPTN berfungsi untuk menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;
- Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan
- Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Visi PTPTN
Menjadi peneraju tabung pendidikan tinggi negara.
Misi PTPTN
Menguruskan dana simpanan dan pinjaman secara efektif berlandaskan tadbir urus yang cemerlang, berintegriti dan strategik.
Moto PTPTN
Peluang Kejayaan Anda
Objektif PTPTN
Membuka peluang masa depan yang lebih cemerlang menerusi manfaat dan nilai tambah yang diperoleh daripada pendidikan tinggi.


Lembaga Pengurusan
YBhg. Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
YBhg. Dato' Nik Suhaimi bin Nik Sulaiman
Jabatan Peguam Negara
Puan Afidah Azwa binti Abdul Aziz
Mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan Malaysia
YBhg. Dato' Seri Abdul Razak bin Jaafar
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof
Kementerian Pendidikan Malaysia
YBhg. Datuk Mohd Nizom bin Sairi
Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Sulaiman Mahbob
YB Datuk Rosni binti Sohar
YBhg. Dato' Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya
YBhg. Dato' Norasni binti Ayob
Puan Hajah Rohani binti Datuk Hj. Mohd Shahir
YBrs. Encik Ahmad Dasuki bin Abdul Majid
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Piagam Pelanggan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited untuk menguruskan Skim Pinjaman Pendidikan kepada pelajar, menerima deposit untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional dan lain-lain fungsi mengikut Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dengan profesionalisma serta akauntabiliti yang tinggi dan berkesan.
Kami berjanji akan :


Memproses permohonan pinjaman yang lengkap dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan mengikut kelompok yang ditetapkan;


Memastikan pengeluaran pinjaman baharu dibuat tidak melebihi 20 hari bekerja selepas dokumen perjanjian pinjaman yang sempurna diterima mengikut kelompok ditetapkan;


Memastikan pengeluaran pinjaman berikutnya dibuat tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pemprosesan pengeluaran pinjaman;


Memproses permohonan pembukaan akaun Simpan SSPN Prime tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap;


Memproses permohonan pengeluaran/ penutupan akaun Simpan SSPN Prime tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap; dan


Memberi maklum balas segera ke atas semua pertanyaan dan aduan pelanggan dalam tempoh tidak lewat dari tujuh (7) hari bekerja selepas pertanyaan dan aduan diterima

