SIMPAN SSPN PRIME

Geran Sepadan

Pengenalan Geran Sepadan

Pemberian Geran Sepadan adalah berasaskan kepada pengumuman oleh YAB Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2003 pada 20 September 2002. Pada dasarnya, kerajaan telah bersetuju memperuntukkan RM1 bilion dalam bentuk Geran Sepadan sebagai insentif untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Keistimewaan Simpan SSPN Prime antaranya pemberian Geran Sepadan ada termaktub di dalam P.U.(A) 268 Peraturan-Peraturan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2004 walaupun ianya tidak dinyatakan secara jelas dan terperinci satu persatu di dalamnya. Peraturan 9.(1) menyebut “Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan, memberikan sesuatu insentif kepada mana-mana kategori atau kumpulan pendeposit yang dirasakan sesuai oleh Perbadanan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan”.

Ukuran Pendapatan Kelayakan Geran Sepadan

Gaji pokok (tidak termasuk elaun-elaun) adalah merupakan ukuran pendapatan bulanan keluarga bagi pengiraan Geran Sepadan:

  • Bagi pembukaan akaun sebelum 15 Januari 2010, pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 semasa membuka akaun Simpan SSPN Prime adalah layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

  • Bagi pembukaan akaun mulai 15 Januari 2010, pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 semasa pengeluaran/penutupan akaun adalah layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Syarat-Syarat

Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga

Pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) pendeposit tidak melebihi RM4,000 semasa permohonan dibuat.

Penerima manfaat telah mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diikitiraf oleh kerajaan di peringkat sijil dan ke atas.

Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran geran sepadan dilakukan.

Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran geran sepadan dilakukan.

Pemberian hanya layak kepada pendeposit (ibu/bapa/penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak di bawah jagaannya yang sah sahaja

Kaedah Tuntutan Geran Sepadan

Pendeposit hendaklah mengisi Borang Pengeluaran/Penutupan Akaun/Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakan bersama dokumen berikut:

Pengesahan pendapatan/salinan slip gaji/salinan Penyata Pencen/salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan

Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT

Salinan Sijil Kelahiran /Sijil Anak Angkat/Surat Akuan Berkanun penerima manfaat

Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi perkara 4)

Salinan MyKad pasangan/Sijil Kematian/Surat Cerai

Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pembiayaan pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan (PTPTN hendaklah mencetak maklumat pembiayaan daripada sistem)

*Perkara 1, 4 dan 5 hendaklah disahkan

Peraturan Agihan Geran Sepadan

Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga tanpa mengira jumlah akaun Simpan SSPN Prime yang dibuka.

Pengeluaran Geran Sepadan hanya akan dibenarkan apabila penerima manfaat berjaya diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Geran Sepadan layak diberikan ke atas akaun yang aktif ketika penerima manfaat mendaftar masuk ke IPT. Tuntutan geran sepadan selepas penutupan akaun tidak dibenarkan.

Bagi kes kematian pendeposit:

  • Permohonan Geran Sepadan hanya akan dipertimbangkan bagi permohonan yang tidak melebihi tempoh tiga (3) tahun dari tarikh kematian pendeposit. Namun begitu bagi kes pendeposit meninggal dunia sebelum penerima manfaat diterima masuk ke mana-mana IPT adalah TIDAK LAYAK untuk menerima Geran Sepadan;
  • Pembayaran akan dikira mulai dari tarikh pembukaan akaun sehingga tarikh kematian pendeposit;
  • Dokumen kematian boleh dianggap sebagai pengesahan pendapatan pendeposit. Sekiranya pasangan pendeposit berkahwin lain, pengesahan pendapatan pasangan perlu diambilkira.
Seseorang penerima manfaat hanya layak menerima pemberian geran sepadan daripada SATU (1) akaun Simpan SSPN Prime sahaja yang dinamakan ke atas beliau sepanjang tempoh menyimpan walaupun mempunyai lebih daripada satu (1) akaun. Pengeluaran Geran Sepadan dibenarkan bagi setiap peringkat pengajian yang layak. Walau bagaimanapun, kadar kelayakan bagi pengeluaran kali kedua adalah tertakluk kepada;
  • Amaun maksimum ialah baki kelayakan (RM10,000) selepas ditolak token RM100 dan pengeluaran geran pada kali pertama;
  • Kadar dan tempoh kelayakan geran akan dikira bermula pada tarikh selepas pengeluaran geran pada kali pertama dilakukan;
  • Baki akaun sebelum pengeluaran geran kali pertama tidak akan diambilkira di dalam pengiraan Geran Sepadan yang baru.

Kadar kelayakan Geran Sepadan adalah sebanyak RM10,000 bagi setiap akaun penerima manfaat yang dibuka oleh pengetua/pengurusan rumah anak yatim.