PRODUK SIMPANAN

Simpan SSPN Plus

Pengenalan Simpan SSPN Plus

Simpan SSPN Plus ini merupakan kerjasama strategik di antara PTPTN dengan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful bagi produk ini.

Ia menjadikan produk Simpan SSPN Plus lebih kompetitif dan menjadi pilihan utama oleh rakyat Malaysia.

Jumlah Pembukaan Akaun Simpan SSPN Plus

Sehingga 31 Januari 2022, sebanyak 740,106 akaun Simpan SSPN Plus telah dibuka.

Daftar akaun Simpan SSPN Plus anda hari ini untuk menikmati pelbagai faedah dan manfaat takaful disamping memupuk amalan menyimpan demi pendidikan masa depan yang gemilang untuk anak-anak anda.

Saluran Simpanan
0
Pendeposit
0
Pembukaan Akaun
0

Pakej Simpanan

INTAN
RM30

Simpanan RM20
Takaful RM10
BUKA SEKARANG

DELIMA
RM50

Simpanan RM40
Takaful RM10
BUKA SEKARANG

TOPAS
RM100

Simpanan RM90
Takaful RM10
BUKA SEKARANG

ZAMRUD
RM200

Simpanan RM180
Takaful RM20
BUKA SEKARANG

INTAN
RM30

Simpanan RM20
Takaful RM10
BUKA SEKARANG

DELIMA
RM50

Simpanan RM40
Takaful RM10
BUKA SEKARANG

TOPAS
RM100

Simpanan RM90
Takaful RM10
BUKA SEKARANG

ZAMRUD
RM200

Simpanan RM180
Takaful RM20
BUKA SEKARANG

NILAM
RM300

Simpanan RM270
Takaful RM30
BUKA SEKARANG

BERLIAN
RM500

Simpanan RM200
Takaful RM300
BUKA SEKARANG

Syarikat Pengendali Takaful

Keistimewaan

DIVIDEN
kompetitif

MANFAAT PERLINDUNGAN
sehingga RM1.2 juta

ELAUN
kemasukan hospital

MANFAAT TAKAFUL
penyakit kritikal

KHAIRAT KEMATIAN
(pasangan & anak)

PELEPASAN TAKSIRAN CUKAI
dalam tabungan bersih*

TIADA PEMERIKSAAN
kesihatan

SIMPANAN
dijamin Kerajaan

LAYAK MEMOHON
pinjaman PTPTN

KOMITMEN
serendah RM30 sebulan

*Nota : Pelepasan taksiran cukai individu sehingga tahun taksiran 2024

Penama
Penama
  1. Memudahkan urusan pengeluaran simpanan Simpan SSPN Prime dan/ atau Simpan SSPN Plus apabila berlakunya kematian pendeposit;
  2. Membolehkan pihak PTPTN melepaskan simpanan Simpan SSPN Prime dan/ atau Simpan SSPN Plus ke atas akaun pendeposit yang telah meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) atau menerima (bagi orang yang bukan beragama Islam) dengan segera tanpa perlu mengemukakan Geran Probet/ Surat Kuasa Mentadbir/ Perintah Pembahagian;
  3. Menjimatkan kos dan masa semasa proses tuntutan dibuat.
  • Pendeposit boleh membuat penamaan sebaik sahaja membuka akaun simpanan PTPTN.
  • Pendeposit boleh menamakan sesiapa sahaja untuk menjadi penama dengan syarat-syarat berikut:-
    a. Penama hendaklah warganegara Malaysia;
    b. Tiada had umur; dan
    c. Penamaan adalah terhad kepada 2 orang sahaja pada satu masa. Jika pendeposit berhasrat untuk menukar penama, pendeposit boleh berbuat demikian dengan mengisi borang penamaan baharu atau apa-apa kaedah yang ditentukan oleh PTPTN. Penamaan baharu akan membatalkan penamaan terdahulu.
  • Pendeposit hendaklah membuat penamaan untuk setiap akaun secara berasingan.
  • Butiran penamaan adalah sulit. Pendeposit dinasihatkan untuk tidak mendedahkan maklumat penamaan kepada orang lain selain daripada penama.
  • Permohonan penamaan boleh dibuat dengan mengisi borang penamaan di kaunter PTPTN atau memuat turun borang penamaan daripada Portal PTPTN.
  • Pendeposit hendaklah hadir sendiri ke kaunter dengan membawa bersama Kad Pengenalan untuk pengesahan. Permohonan melalui wakil atau secara pos adalah tidak dibenarkan.
  • Tarikh kuatkuasa penamaan adalah pada tarikh penerimaan borang penamaan oleh PTPTN.
  • Pendeposit hendaklah memastikan maklumat penama adalah yang terkini dan memaklumkan kepada PTPTN sekiranya ada perubahan.
  • Penamaan akan terbatal sekiranya:
    a. Penama meninggal dunia;
    b. Pendeposit memohon pembatalan penamaan dengan hadir sendiri ke kaunter PTPTN;
    c. Melalui apa-apa penamaan yang dibuat terkemudian oleh pendeposit; atau
    d. Pendeposit telah menutup akaun simpanan.
  • Pendeposit hendaklah membuat penamaan semula jika membuka akaun simpanan baharu.
Semakan Penama
  • Sebelum waris membuat tuntutan pengeluaran simpanan, waris pendeposit hendaklah menyemak terlebih dahulu status penamaan yang dibuat oleh pendeposit semasa hayatnya dengan mengemukakan:-
    a. Sijil kematian pendeposit; dan
    b. Dokumen bukti hubungan (sijil lahir/ sijil perkahwinan/ dokumen yang berkaitan)
  • Maklumat penamaan boleh diberikan kepada waris tersebut sekiranya dokumen di atas membuktikan hubungan kekeluargaan.

 

Pendeposit Yang Membuat Penamaan
  • Permohonan pengeluaran mestilah daripada penama yang dilantik oleh pendeposit.
  • Bayaran akan dibuat berdasarkan keutamaan berikut:-
    a. Keseluruhan jumlah simpanan akan dibayar kepada Penama Pertama sahaja.
    b. Sekiranya Penama Pertama telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan (dengan bukti), bayaran akan dibuat kepada Penama Kedua.
    c. Tuntutan boleh dibuat oleh Penama Kedua sekiranya Penama Pertama berumur kurang daripada 18 tahun.
    d. Jika kedua-dua penama berumur kurang daripada 18 tahun atau telah meninggal dunia semasa tuntutan dibuat, kaedah tuntutan daripada waris pendeposit adalah sama seperti kaedah tanpa penamaan.
    e. Sekiranya Penama Pertama atau Kedua diisytihar muflis, mereka perlu membawa surat kebenaran insolvensi semasa tuntutan dibuat supaya membolehkan pihak Insolvensi menguruskan aliran wang penama tersebut.
  • Penama hendaklah membawa dokumen berikut semasa membuat permohonan penutupan akaun:
    a. Borang Penutupan Akaun yang lengkap diisi
    b. Salinan MyKad penama
    c. Salinan sijil kematian pendeposit

 

Tuntutan Daripada Penama Yang Tidak Berkemampuan Fizikal Dan Mental
  • Sekiranya Penama Pertama mengalami masalah kesihatan (tidak berkemampuan fizikal dan mental), maka Penama Kedua boleh membuat tuntutan.
  • Jika Penama Pertama meninggal dunia, manakala Penama Kedua tidak berkemampuan fizikal dan mental dan disahkan tidak boleh mentadbir simpanan tersebut, maka waris lain berhak membuat tuntutan.
  • Jika kedua-dua penama tidak berkemampuan fizikal dan mental, maka waris lain berhak membuat tuntutan tersebut.
  • Ketiga-tiga keadaan di atas hendaklah dibuktikan dengan sijil kematian
    penama atau laporan perubatan penama oleh Pengamal Perubatan Berdaftar sebelum tuntutan oleh waris dibuat.
  • Kaedah tuntutan oleh waris adalah sama dengan kaedah tuntutan tanpa penamaan atau mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa.

 

Pendeposit Tanpa Penamaan
  • Waris yang membuat tuntutan perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut kepada PTPTN untuk diproses:
    a. Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet/ Perintah Pembahagian
    b. Borang Penutupan Akaun yang lengkap diisi
    c. Salinan MyKad pemohon
    d. Salinan sijil kematian pendeposit
  • Walau bagaimanapun, PTPTN boleh membayar tuntutan kepada pemohon tanpa Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet/ Perintah Pembahagian sekiranya simpanan tidak melebihi RM3,000 dengan mengisi Borang Bon Tanggung Rugi serta Borang Pengesahan Waris dan permohonan tersebut dibuat selepas tempoh 2 bulan dari tarikh kematian pendeposit.
  • PTPTN akan membayar tuntutan dengan mengkreditkannya ke akaun bank pemohon.
  • Bayaran tuntutan bagi wang simpanan kepada penama merupakan satu pelepasan yang sah oleh pihak PTPTN, segala tindakan waris-waris ke atas penama iaitu wasi adalah di luar bidang kuasa pihak PTPTN. Walau bagaimanapun, pihak PTPTN hanya boleh menasihati penama (wasi) supaya mengagihkan simpanan mengikut Hukum Syarak (bagi pendeposit beragama Islam). Manakala penama bagi bukan beragama Islam merupakan benefisiari kepada simpanan pendeposit.
  • Sekiranya simpanan tidak dituntut oleh penama/ waris selepas 7 tahun daripada tarikh layak tuntutan (penama berumur 18 tahun), PTPTN berhak menguruskan akaun pendeposit di bawah Akta Wang Tidak Dituntut atau mengikut undang-undang dan peraturan yang bersesuaian.
Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Hingga RM8,000*
Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Hingga RM8,000
  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan maksimum hingga RM8,000 bagi simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime (dulu dikenali sebagai SSPN-i) tahun semasa di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

  2. Melalui Simpan SSPN Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful maksimum hingga RM7,000 di bawah Insuran Nyawa dan KWSP.

  3. Jika berlaku kematian ke atas penerima manfaat, pendeposit tidak lagi layak menuntut pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih yang dibuat selepas tarikh kematian penerima manfaat.

*Nota : Pelepasan taksiran cukai individu sehingga tahun taksiran 2024

Pengeluaran/ Penutupan Akaun Simpan SSPN Plus
Pengeluaran/ Penutupan Akaun Simpan SSPN Plus
    1. Pendeposit hanya boleh membuat pengeluaran selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun; dan
    2. Mempunyai jumlah minimum yang perlu ada didalam akaun simpanan adalah sebanyak RM1,000.00
    3. Kaedah pengeluaran adalah seperti berikut :

 

KaunterPermohonanOnline

Perlu mengisi:

  • Slip Pengeluaran akaun Simpan SSPN Plus
  • Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Pejabat PTPTN Negeri/ Cawangan
Membuat permohonan pengeluaran deposit secara atas talian melalui Portal Rasmi PTPTN.

Pendeposit dibenarkan menutup akaun pada bila-bila masa dengan mengemukakan permohonan kepada PTPTN.

Kaedah Tuntutan Manfaat Perlindungan Takaful
Kaedah Tuntutan Manfaat Perlindungan Takaful
  1. Muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan Tuntutan Takaful.

    1. Sila pilih jenis permohonan yang ingin dituntut

    2. Sila pastikan semua dokumen sokongan disediakan.

  2. Hantar Borang Permohonan Tuntutan Takaful beserta semua dokumen yang berkaitan ke mana-mana Pejabat PTPTN Negeri atau Pejabat PTPTN Cawangan.

Senarai Borang Tuntutan Mengikut SPT
Borang Tuntutan GETB
PERKARAMUAT TURUN BORANG
Kematian Pendeposit - KEMALANGANAccidental Death Benefits Claim
Consent Letter
Kematian Pendeposit - BIASADeath - Claimant's Statement
Death - Doctor's Statement
Bereavement & Compassionate Benefit Form
Ilat Kekal dan Menyeluruh/ Total and Permanent Disability (TPD)TPD Claimant's Statement
TPD Doctor's Statement
Consent Letter
Ilat Kekal dan Sebahagian/ Total Partial and Permanent Disability (TPPD)TPPD Claimant's Statement
TPPD Doctor's Statement
Consent Letter
Manfaat Pendapatan Hospital/ Hospital Income Benefit (HIB)Hospitalisation and Surgical Claim Claimant Statement
45 Penyakit KritikalConsent Letter
CI Claimant's Statement
Alzheimer's Disease Severe Dementia
Apallic Syndrome
Bacterial Meningitis Kehidupan Harian
Benign Brain Tumor
Blindness
Brain Surgery/ Pembedahan Otak
Cardiomyopathy
Chronic Aplastic Anemia
Coma
Chronic Relapsing Pancreatitis / Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
Creutzfeldt-Jakob disease (CJD) (Mad Cow Disease)
Deafness
Elephantiasis / Elefantiasis (Penyakit Untut)
Encephalitis
End-Stage Liver Failure / Kegagalan Hati Tahap Akhir
End-Stage Lung Disease / Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
Full-Blown AIDS / AIDS Dengan Gejala Penuh
Fulminant Viral Hepatitis / Hepatitis Viral Fulminan
Heart Valve Surgery / Pembedahan Injap Jantung
HIV Infection Due to Blood Transfusion / Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
Kidney Failure - requiring dialysis or kidney transplant/ Kegagalan Buah Pinggang
Loss of Independent Existence/ Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
Loss of Speech/ Hilang Keupayaan Bertutur
Major Head Trauma
Major Organ/ Bone Marrow Transplant/ Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
Medullary Cystic Disease/ Penyakit Sistik Medular
Medullary Cystic Disease/ Penyakit Sistik Motor Neuron Disease
Multiple Sclerosis/ Sklerosis Multipel
Muscular Dystrophy/ Distrofi Otot
Occupationally Acquired Human Immunodeficiency Virus (HIV) Infection/ Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV)
Paralysis of Limbs/ Kelumpuhan Anggota
Parkinson's Disease
Poliomyelitis/ Poliomielitis
Primary Pulmonary Arterial Hypertension / Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
Progressive scleroderma / Skleroderma Progresif
Stroke/ Strok/ Angin Ahmar
Surgery to Aorta/ Pembedahan Aorta
Systemic Lupus Erythematosus / Lupus Eritematosus Sistemik
Third Degree Burns - of specified severity/ Kelecuran Tahap Ketiga
Terminal Illness/ Penyakit Terminal (Membawa Maut)
Angioplasty/ Angioplasti
Cancer/ Kanser
Coronary Artery By-Pass Surgery/ Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
Heart Attack/ Serangan Jantung
Serious Coronary Artery Disease/ Penyakit Arteri Koronari Serius

Syarat-Syarat

Pendeposit

Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas*

Penerima Manfaat

Warganegara Malaysia yang berumur 1 hari sehingga berumur sebelum mencapai umur 29 tahun

Terdiri daripada diri sendiri, anak kandung dan anak jagaan yang sah sahaja

Pendeposit boleh membuka satu akaun bagi satu penerima manfaat

Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun penerima manfaat yang sama

Pendeposit WAJIB** mengisi borang potongan gaji / auto debit / direct debit untuk bayaran komitmen bulanan

** Wajib membuat potongan gaji/ auto debit/ direct debit bagi pembukaan akaun Simpan SSPN dengan amaun deposit kurang daripada 6 bulan

Warganegara Malaysia yang berumur 1 hari sehingga berumur sebelum mencapai umur 29 tahun

Terdiri daripada diri sendiri, anak kandung dan anak jagaan yang sah sahaja

Langkah Pembukaan Akaun

Pendeposit boleh membuka satu akaun bagi satu penerima manfaat

Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun penerima manfaat yang sama

Pendeposit WAJIB mengisi borang potongan gaji / auto debit / direct debit untuk bayaran komitmen bulanan

Log masuk myPTPTN

Klik "PERKHIDMATAN" seterusnya klik "Pembukaan Akaun Simpan SSPN Plus" dan isi semua maklumat dengan lengkap

Semak maklumat akaun dan buat pengesahan akad pendeposit

Buat bayaran dan sistem akan menjana resit yang boleh disimpan dan dicetak sekiranya transaksi berjaya

Borang Tuntutan

Kaedah Tuntutan Manfaat
Perlindungan Takaful
Kaedah Tuntutan Manfaat
Perlindungan Takaful
  1. Muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan Tuntutan Takaful.
  2. Sila pilih jenis permohonan tuntutan.
  3. Sila pastikan semua dokumen sokongan disediakan.
  4. Hantar Borang Permohonan Tuntutan Takaful beserta semua dokumen yang berkaitan ke mana-mana Pejabat PTPTN Negeri atau Pejabat PTPTN Cawangan.
  5.  
Senarai Borang Tuntutan
Mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT)
Senarai Borang Tuntutan
Mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT)
Borang Tuntutan GETB
PERKARAMUAT TURUN BORANG
Kematian Pendeposit - KEMALANGANAccidental Death Benefits Claim
Consent Letter
Kematian Pendeposit - BIASADeath - Claimant's Statement
Death - Doctor's Statement
Bereavement & Compassionate Benefit Form
Ilat Kekal dan Menyeluruh/ Total and Permanent Disability (TPD)TPD Claimant's Statement
TPD Doctor's Statement
Consent Letter
Ilat Kekal dan Sebahagian/ Total Partial and Permanent Disability (TPPD)TPPD Claimant's Statement
TPPD Doctor's Statement
Consent Letter
Manfaat Pendapatan Hospital/ Hospital Income Benefit (HIB)Hospitalisation and Surgical Claim Claimant Statement
45 Penyakit KritikalConsent Letter
CI Claimant's Statement
Alzheimer's Disease Severe Dementia
Apallic Syndrome
Bacterial Meningitis Kehidupan Harian
Benign Brain Tumor
Blindness
Brain Surgery/ Pembedahan Otak
Cardiomyopathy
Chronic Aplastic Anemia
Coma
Chronic Relapsing Pancreatitis / Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
Creutzfeldt-Jakob disease (CJD) (Mad Cow Disease)
Deafness
Elephantiasis / Elefantiasis (Penyakit Untut)
Encephalitis
End-Stage Liver Failure / Kegagalan Hati Tahap Akhir
End-Stage Lung Disease / Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
Full-Blown AIDS / AIDS Dengan Gejala Penuh
Fulminant Viral Hepatitis / Hepatitis Viral Fulminan
Heart Valve Surgery / Pembedahan Injap Jantung
HIV Infection Due to Blood Transfusion / Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
Kidney Failure - requiring dialysis or kidney transplant/ Kegagalan Buah Pinggang
Loss of Independent Existence/ Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
Loss of Speech/ Hilang Keupayaan Bertutur
Major Head Trauma
Major Organ/ Bone Marrow Transplant/ Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
Medullary Cystic Disease/ Penyakit Sistik Medular
Medullary Cystic Disease/ Penyakit Sistik Motor Neuron Disease
Multiple Sclerosis/ Sklerosis Multipel
Muscular Dystrophy/ Distrofi Otot
Occupationally Acquired Human Immunodeficiency Virus (HIV) Infection/ Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV)
Paralysis of Limbs/ Kelumpuhan Anggota
Parkinson's Disease
Poliomyelitis/ Poliomielitis
Primary Pulmonary Arterial Hypertension / Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
Progressive scleroderma / Skleroderma Progresif
Stroke/ Strok/ Angin Ahmar
Surgery to Aorta/ Pembedahan Aorta
Systemic Lupus Erythematosus / Lupus Eritematosus Sistemik
Third Degree Burns - of specified severity/ Kelecuran Tahap Ketiga
Terminal Illness/ Penyakit Terminal (Membawa Maut)
Angioplasty/ Angioplasti
Cancer/ Kanser
Coronary Artery By-Pass Surgery/ Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
Heart Attack/ Serangan Jantung
Serious Coronary Artery Disease/ Penyakit Arteri Koronari Serius

e-Book Percuma

Bagaimana Cara Mendapatkan Pelepasan Cukai dengan Simpan SSPN?