BAYARAN BALIK

Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

Kemaskini terakhir pada 03 Mac 2022

Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.

Tempoh Mula Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat tempoh pengeluaran pinjaman TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN.

Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 13.

Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 12 bulan tersebut.

Tempoh bayaran balik bagi peminjam adalah berdasarkan baki pinjaman.

Soalan Lazim

Tidak. Peminjam bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN. Tiada suatu peruntukan di dalam perjanjian yang menyebut bahawa peminjam hanya perlu membuat bayaran selepas mendapat notis daripada PTPTN.

Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak dikenakan kos upah.

Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.

Tidak boleh. Bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran bulanan akan menyebabkan berlakunya tunggakan dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan. Peminjam disarankan hadir berunding untuk mengurangkan ansuran bulanan dengan membuat penstrukturan semula pinjaman.

Boleh. Pembayaran melebihi jumlah ansuran membolehkan peminjam menyelesaikan pinjaman lebih awal dan dapat menikmati penjimatan kos upah kerana kos upah dikenakan sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat.

Kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan seperti berikut:

i) Bayaran Balik Melalui Kaunter

SALURANKETERANGANCAJ (RM)TEMPOH KEMASKINI (HARI BEKERJA)
Kaunter PTPTN (seluruh negara)Bayaran tanpa tunai melalui Electronic Data Capture (EDC) Terminal menggunakan:

– Kad Debit Tempatan
– Kad Kredit Tempatan
– Kad Caj Tempatan

3 hari

Kaunter EjenBank Islam

Bank Rakyat

Pos Malaysia

CIMB Bank

Bank Simpanan Nasional (BSN)

1.00

0.50

2.00

2.00

0.50

3 hari

3 hari

7 hari

3 hari

3 hari

Kiosk PayQuik– Saluran bayaran balik pinjaman secara tunai.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

1.00

1 hari

Razer Cash di 7-Eleven– Saluran bayaran balik pinjaman secara tunai.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

– Pautan Razer Cash di 7-Eleven, KLIK DI SINI.

1.00

3 hari

Digi Kiosk– Saluran bayaran pinjaman secara tunai.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

1.00

3 hari

e-Pay– Saluran bayaran pinjaman secara tunai.

– Perkhidmatan e-Pay boleh didapati di tempat-tempat seperti Caltex, KK Mart 24 Jam, Mydin, myNEWS.com, PAK GROCER, Petron

1.00

1 hari

ii) Bayaran Balik Secara Dalam Talian

SALURANKETERANGANCAJ (RM)TEMPOH KEMASKINI (HARI BEKERJA)
Perbankan InternetBankManual
Bank Islam1.003 hari
Bank Rakyat1.003 hari
Maybank1.003 hari
Public Bank1.003 hari
RHB Bank1.003 hari
Pos Online0.503 hari
Affin Bank1.003 hari
AmBank1.003 hari
Agrobank1.003 hari
CIMB Bank0.503 hari
Bank Simpanan Nasional1.003 hari
JomPAY

– Kemudahan bayaran secara dalam talian melalui perbankan internet dan telefon mudah alih menggunakan akaun semasa, simpanan dan kad kredit.

– Dapatkan Biller Code dan Ref-1. KLIK DI SINI.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

– Soalan lazim, KLIK DI SINI.

3 hari
MyPay

– Bayaran balik secara dalam talian dengan menggunakan mobile web.

– Pautan MyPay, KLIK DI SINI.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

1.003 hari
Shopee

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi Shopee.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

1.003 hari
kiplePay

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi kiplePay.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

1.003 hari
BESTPay

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi BESTPay.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

1.003 hari
KelantanPAY

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui KelantanPAY.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

0.803 hari
AnsaraPay

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi AnsaraPay.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

1.00
PayHalal

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi PayHalal.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

1.00
SpayGlobal

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi SpayGlobal.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

0.80
IIMMPACT

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi IIMMPACT.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

1.003 hari
KioskMedia

– Kemudahan bayaran balik menggunakan kiosk layan diri.

1.00
Boost

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian menggunakan aplikasi Boost

1.00
Touch n Go
(TnG e-Wallet)

– Kemudahan bayaran balik menggunakan aplikasi Touch n Go.

1.00
Mcash

– Kemudahan bayaran balik menggunakan aplikasi Mcash.

1.00
Portal Rasmi PTPTN
FPX

Senarai bank terlibat:

– Bank Islam
– Bank Rakyat
– Maybank
– Public Bank
– RHB Bank
– AmBank
– Hong Leong Bank
– United Overseas Bank (UOB)
– Bank Muamalat
– Affin Bank
– Alliance Bank
– CIMB Bank

Senarai kredit kad:

– Visa
– MasterCard
– American Express

1 hari

iii) Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji

Untuk permohonan, klik di sini

iv) Bayaran Balik Melalui Debit Terus

Untuk permohonan, klik di sini

v) Bayaran Balik Melalui KWSP

Terdapat tiga (3) bayaran balik secara online iaitu:

  1. Melalui Portal Rasmi PTPTN (FPX)
  2. Melalui portal rasmi bank ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN.
  3. Melalui MypayPTPTN (www.mygovmobile.malaysia.gov.my)

Baki pinjaman pendidikan boleh disemak melalui menu e-Perkhidmatan > Bayaran Balik > Penyata Pinjaman Online di Portal Rasmi PTPTN.

Ya. PTPTN hanya akan mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran balik yang dibuat di kaunter PTPTN. Resit rasmi tidak akan dikeluarkan untuk transaksi melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN. Bukti bayaran melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan perlu dicetak dan disimpan untuk rujukan.

Kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan beserta dengan caj bank dan tempoh kemas kini maklumat pinjaman pendidikan adalah seperti jadual di bawah:
  1. Kaunter PTPTN dan Ejen-Ejen Pungutan:
    Bil Kaunter Bayaran Caj Bank (RM) Tempoh Kemaskini (Hari Bekerja)
    1 Kaunter PTPTN (Tunai) Tiada 1 hari
    2 Electronic Data Capture (EDC) Terminal Tiada 3 hari
    3 Bank Islam 1.00 3 hari
    4 Bank Rakyat 0.50 3 hari
    5 Kaunter Pos Malaysia Berhad 2.00 7 hari
    6 CIMB Bank 2.00 3 hari
    7 Bank Simpanan Nasional (BSN) 0.50 3 hari
  2. Perbankan Internet:
    Bil Kaunter Bayaran Caj Bank (RM) Tempoh Kemaskini (Hari Bekerja)
    1 FPX di Portal Rasmi PTPTN Tiada 1 hari
    2 Bank Islam (www.bankislam.biz) 1.00 3 hari
    3 Ambank (www.ambankgroup.com.my) 0.50 3 hari
    4 Maybank (www.maybank2u.com.my) 1.00 3 hari
    5 MypayPTPTN melalui www.mygovmobile.malaysia.my 0.50 3 hari
    6 Bank Rakyat (www.irakyat.com.my) 0.50 3 hari
    7 Agrobank (www.agronet.com.my) 0.50 3 hari
    8 Public Bank (www.pbebank.com.my) 1.00 3 hari
    9 Affin Bank (www.affinonline.com) 1.00 3 hari
    10 RHB Bank (www.rhb.com.my) 1.00 3 hari
    11 CIMB Bank (www.cimbclicks.com.my) 0.50 3 hari
    12 Bank Simpanan Nasional (www.mybsn.com.my) 0.50 3 hari
Nota:
  • Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.

Peminjam perlu mengisi Borang Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman yang boleh dimuat turun di Portal Rasmi PTPTN/ kaunter PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN. Bayaran balik selain di kaunter PTPTN hendaklah dimaklumkan kepada PTPTN untuk pengeluaran Surat Pelepasan Hutang (SPH).

Bagi kes kematian peminjam, kaedah pemulangan lebihan bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

  1. Bagi jumlah lebihan bayaran balik yang kurang daripada RM3,000 – Waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi Lebihan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; dan

  2. Bagi lebihan bayaran balik berjumlah RM3,000 dan ke atas – Waris hendaklah mengemukakan dokumen asal atau salinan dokumen berikut:

    • Geran Surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
    • Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
    • Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).

Bayaran Balik
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)

Bayaran Balik
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)

  • Potongan maksimum sebanyak RM500.00 bagi setiap semester daripada jumlah pengeluaran pinjaman akan dibuat mulai pada semester pertama atau berikutnya untuk bayaran balik WPP.

  • Jumlah WPP yang belum diselesaikan akan dianggap sebahagian daripada pinjaman.

  • Penerima WPP yang tidak memohon pinjaman PTPTN hendaklah menjelaskan keseluruhan WPP sebelum bulan ke 9 dari tarikh waran.

  • Ta’widh sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan bermula bulan ke 9 daripada tarikh waran.

  • Penangguhan bayaran balik WPP tidak akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, penerima WPP boleh membuat rayuan bayaran balik secara ansuran maksimum 24 kali bayaran.

Pengecualian Bayaran Balik
Pinjaman Pendidikan
Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

Peminjam PTPTN yang menerima Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya dengan Kepujian Kelas Pertama secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

  • Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa;
  • Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
  • Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
  • Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
  • Kursus/ program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan; dan
  • Mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.
  1. Semua peminjam PTPTN yang menamatkan pengajian mulai 1 Januari 2019 yang sebelum ini tidak layak memohon pengecualian bayaran balik Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama boleh membuat permohonan secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN.
  1. Tempoh permohonan dibuka mulai 15 September 2022 hingga 31 Disember 2022. Selepas tempoh tersebut, permohonan tidak akan diterima kecuali yang dikemukakan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol);
  2. Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan;
  3. Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS);
  4. Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah); dan
  5. Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).

Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT) dengan cop pengesahan mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

Ingin Mohon Pengecualian Bayaran Balik?

Soalan Lazim

Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

  1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa;
  2. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
  5. Kursus/ program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan; dan
  6. Mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

Penentuan Kelas Pertama diberikan oleh senat Institut Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.

Kaedah permohonan adalah secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama) yang dibuat dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen. Permohonan selepas daripada tempoh tersebut tidak diterima.

Boleh. Selaras dengan pengumuman YAB PM sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022 yang lalu, insentif pengecualian bayaran balik ini telah diperluaskan semula kepada semua peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama. Ia adalah sebagai dorongan kepada semua peminjam untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka. Sehubungan itu peminjam boleh mengemukakan permohonan sehingga 31 Disember 2022.

Bagi peminjam yang telah membuat bayaran balik, pemulangan semula (refund) akan dibuat sekiranya permohonan pengecualian bayaran balik dipertimbangkan. Peminjam boleh memohon di Portal Rasmi PTPTN di capaian https://www.ptptn.gov.my/lebihanbayaran/Utama.

Tidak layak. Hanya pinjaman peringkat Ijazah Sarjana Muda akan dikecualikan bayaran balik. Peminjam masih tertakluk untuk membayar balik pinjaman peringkat Diploma.

Salinan transkrip dan Ijazah hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT). Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

Tidak boleh. Pengesahan dokumen hanya boleh dilakukan di Bahagian Akademik IPT atau bahagian yang mengeluarkan transkrip/ skrol mengikut cawangan IPT peminjam mengikuti pengajian sahaja. Dalam kes ini, peminjam perlu mendapatkan pengesahan daripada Bahagian Akademik UPM.

Boleh. Pertimbangan pengecualian bayaran balik akan diberikan ke atas jumlah pinjaman yang tidak bertindih dengan penaja lain. Penjadualan semula akan dilakukan dan peminjam boleh membuat bayaran ansuran mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB).

Layak. Pertimbangan pengecualian bayaran balik boleh diberikan ke atas jumlah pinjaman yang diterima dalam tempoh pengajian sahaja. Bagi pinjaman yang diterima selepas tamat pengajian, jumlah tersebut perlu dibayar balik kepada PTPTN.

Peminjam tidak mendapat pengecualian bayaran balik ke atas keseluruhan jumlah pinjaman yang diterima sekiranya:

  1. Menerima pinjaman selepas tamat pengajian;
  2. Bertindih tajaan; dan
  3. Mempunyai hutang Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) yang masih belum diselesaikan.

2 kaedah bayaran balik disediakan, iaitu:-

  1. Penjadualan semula pinjaman ke atas jumlah pinjaman yang tidak layak dikecualikan dan peminjam adalah tertakluk untuk membuat bayaran balik secara konsisten mengikut ansuran bulanan dan tempoh bayaran balik yang baharu. Surat tawaran penjadualan semula pinjaman akan dikeluarkan kepada peminjam dalam tempoh sebulan selepas pertimbangan diberikan; atau
  2. Penyelesaian penuh pinjaman sekiranya peminjam tidak mahu membuat penjadualan semula pinjaman.

Status permohonan boleh disemak dalam tempoh 60 hari daripada tarikh permohonan melalui 2 kaedah di bawah:

  1. Semak di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama)
  2. Hubungi Careline PTPTN (03-2193 3000) untuk mendapatkan No. Pinjaman atau;
  3. Surat makluman akan dihantar ke alamat surat menyurat peminjam.
Penangguhan Bayaran Balik
Pinjaman Pendidikan
Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

Peminjam PTPTN yang telah tamat pengajian terdahulu dan masih menyambung pengajian secara sepenuh masa layak untuk memohon penangguhan bayaran balik pinjaman pendidikan.

   KATEGORI KELAYAKAN  TEMPOH PENANGGUHAN
Peminjam yang telah menamatkan pengajian terdahulu dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa.Sepanjang tempoh pengajian baru.
Peminjam yang mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2 yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian di luar negara.Sepanjang tempoh pengajian di luar negara.
Peminjam yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester)Sepanjang tempoh perlanjutan yang dibenarkan oleh IPT.
Tidak bekerja.Tempoh penangguhan hanya diberikan 6 bulan pada setiap permohonan dan tidak melebihi tempoh maksimum 24 bulan.

*Nota: Peminjam yang tidak termasuk dalam kategori di atas, tidak akan dipertimbangkan penangguhan.

  1. Permohonan perlu dikemukakan kepada PTPTN melalui Borang Permohonan Penangguhan.

  2. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

    1. Surat tawaran pengajian terkini daripada IPT menyatakan tarikh sebenar tamat pengajian;
    2. Surat akuan sumpah tidak bekerja;
    3. Penyata KWSP terkini atau Surat pengesahan dari KWSP yang mengesahkan peminjam belum mencarum.

    Nota:

    • Bagi pemohon yang masih belajar dokumen yang diperlukan adalah item (i) sahaja.
    • Bagi pemohon yang belum bekerja dokumen yang diperlukan adalah item (ii) dan (iii).

  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

  4. Kos upah dikenakan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik.

  5. Tempoh penangguhan bayaran balik ditetapkan oleh PTPTN.

  6. Permohonan penangguhan hanya akan diluluskan setelah pertukaran Ujrah dilakukan.

  7. Adalah dimaklumkan penangguhan yang diberikan hanya mengecualikan daripada tindakan penguatkuasaan sahaja dan tidak menghalang PTPTN mengambil tindakan berikut, iaitu:

    1. Menyenaraikan nama peminjam di dalam rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS); dan
    2. Menyalurkan nama kepada pihak ketiga lain bagi maksud pemantauan.

  8. Ansuran bulanan dan kos upah sepanjang tempoh penangguhan adalah jumlah tertunggak yang perlu dibayar sebaik sahaja tempoh penangguhan tamat/batal.

  9. Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan melalui surat kepada peminjam.

  10. Bagi peminjam yang telah diluluskan penangguhan tetapi berhasrat untuk memulakan bayaran balik pinjaman lebih awal, peminjam boleh berunding untuk penstrukturan semula pinjaman.

  11. PTPTN berhak membatalkan kelulusan penangguhan ini sekiranya:

    1. Didapati peminjam menerima gaji atau elaun dalam tempoh penangguhan.
    2. Didapati peminjam memberikan maklumat palsu untuk mendapatkan kelulusan permohonan penangguhan.
Penjadualan dan Penstrukturan
Semula Pinjaman
Penjadualan dan Penstrukturan Semula Pinjaman

Penjadualan Semula Pinjaman

Kaedah penjadualan semula memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula Jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan

Penstrukturan Semula Pinjaman

Kaedah penstrukturan semula memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur Jadual Bayaran Balik (JBB) dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam.

Melalui kaedah ini, tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.

Ansuran bulanan minimum ditetapkan berdasarkan anggaran penentuan 5% – 8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan tempoh bayaran balik dan kelulusan PTPTN.

Syarat- syarat Umum Permohonan Penstrukturan/ Penjadualan Semula

  1. Terbuka kepada pinjaman Ujrah sahaja. Peminjam konvensional boleh memohon penstrukturan/ penjadualan semula semasa permohonan pertukaran Ujrah.

  2. Berkuatkuasa 1 Julai 2015, bagi permohonan penstrukturan semula, peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, serta kos pelbagai (jika ada) terlebih dahulu seperti kos penguatkuasaan, WPP (sekiranya tidak dijelaskan akan dikira sebagai prinsipal baru), hutang duti setem, hutang takaful dan yuran pemprosesan.

  3. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya.

  4. Tiada caj pemprosesan dikenakan bagi penstrukturan/ penjadualan semula pada kali pertama, manakala bagi kali kedua dan seterusnya, caj yang dikenakan adalah seperti berikut:

    1. Kali kedua : RM50;
    2. Kali ketiga : RM100;
    3. Kali keempat : RM150; dan
    4. Kali kelima dan seterusnya : RM200

Peminjam yang ingin memohon penstrukturan/penjadualan semula dikehendaki hadir sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN untuk memudahkan rundingan, penjelasan dan penerimaan dokumen tawaran.

Soalan Lazim

Penjadualan ialah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula Jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.

Penstrukturan pula adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam. Melalui kaedah ini, tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.

Syarat-syarat dan garis panduan bagi permohonan penjadualan/ penstrukturan semula pinjaman seperti jadual di bawah:

Bil.PerkaraPenjadualanPenstrukturan
1.Kategori PinjamanTerbuka kepada semua peminjam pinjaman Ujrah sahaja
2.Yuran Pemprosesan
  1. Kali pertama : dikecualikan
  2. Kali kedua : RM50;
  3. Kali ketiga : RM100;
  4. Kali keempat : RM150
  5. Kali kelima dan seterusnya : RM200
  1. Kali pertama : dikecualikan
  2. Kali kedua : RM50;
  3. Kali ketiga : RM100;
  4. Kali keempat : RM150
  5. Kali kelima dan seterusnya : RM200

Tambahan

  • Upah bagi tambahan tempoh bayaran balik pinjaman pendidikan
  • Perlindungan Takaful baru; dan
  • Duti Setem
  • Berkuatkuasa 1 Julai 2015, peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, serta kos pelbagai (jika ada) terlebih dahulu seperti kos penguatkuasaan, WPP (sekiranya tidak dijelaskan akan dikira sebagai prinsipal baru), hutang duti setem, hutang takaful dan yuran pemprosesan.
3.Tempoh PermohonanPermohonan boleh dibuat pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya.
4.Tunggakan Bayaran BalikYaYa dan/atau tidak mampu bayar mengikut JBB yang ditetapkan.
5.Tempoh Bayaran Balik PinjamanBerdasarkan baki tempoh pinjaman asal.Tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga had umur peminjam mencapai 60 tahun.
6.Ansuran BulananBerdasarkan baki tempoh jadual bayaran balik sedia ada.

Ansuran bulanan minimum berdasarkan anggaran penentuan 5% sehingga 8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan tempoh bayaran balik (sehingga umur 60 tahun).

Walau bagaimanapun, jumlah minimum ansuran bulanan tersebut adalah tertakluk kepada persetujuan PTPTN.

7.Formula PengiraanAnsuran Bulanan Baharu = Hutang Pinjaman – Bayaran Balik Yang Telah Diterima Baki Tempoh Bayaran Balik

Penentuan Prinsipal Baharu

  • Prinsipal Baharu = Baki Pinjaman Semasa + WPP (jika ada) + Takaful Baharu
  • Upah Baharu = Prinsipal Baharu *1%*Tempoh Bayaran Balik Baharu (Tahun)

Penentuan Ansuran Bulanan

Ansuran Prinsipal Baharu + Upah Baharu Bulanan = Tempoh Bayaran Balik Baharu

Nota:
Baki Pinjaman Semasa = Prinsipal Yang Patut Bayar Balik + Upah Yang Telah Dikenakan-Bayaran Balik Yang Telah Diterima

8.Dokumen PenawaranSurat Makluman Kelulusan akan dikeluarkanSurat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Penstrukturan Semula akan dikeluarkan.

Kos Pelbagai ialah kos tindakan penguatkuasaan yang dikenakan ke atas peminjam seperti kos pengeluaran Notis Peringatan Terakhir, Notis Tuntutan (NOD) dan kos saman yang dibayar kepada panel peguam.

Selain yuran pemprosesan, kos pelbagai, hutang takaful dan hutang duti setem, berkuatkuasa 1 Julai 2015, peminjam juga perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan sebelum Surat Tawaran Penstrukturan Semula dikeluarkan. Dengan kata lain, Surat Tawaran Penstrukturan Semula hanya akan dikeluarkan setelah peminjam bersetuju dengan syarat-syarat penstrukturan semula dan membayar yuran pemprosesan, sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, kos pelbagai, hutang takaful dan hutang duti setem (jika ada).

Tidak boleh. Peminjam yang ingin memohon penjadualan/ penstrukturan semula dikehendaki hadir sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya. Ia bagi memudahkan rundingan, penjelasan dan urusan penerimaan dokumen tawaran.

Tiada had tempoh. Peminjam boleh memohon semula pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya.

Peminjam tidak layak untuk membuat penjadualan semula. Bagaimanapun, peminjam tersebut boleh dipertimbangkan bagi penstrukturan semula bayaran balik pinjaman.

Tempoh sahlaku dokumen tawaran penstrukturan/ penjadualan semula adalah dalam 14 hari atau bulan yang sama dengan tarikh kelulusan ATAU mana-mana yang terdahulu

Tidak boleh. Dokumen tawaran hendaklah dikembalikan kepada PTPTN dalam bulan yang sama dengan bulan kelulusan.

Ya. Pinjaman tersebut akan dibatalkan. Peminjam dikehendaki memohon semula sekiranya masih berminat untuk mendapatkan kemudahan tersebut.

Boleh. Walau bagaimanapun, syarat pengeluaran Akaun II KWSP merujuk kepada tarikh perjanjian asal.

Permohonan Pertukaran Ujrah
Permohonan Pertukaran Ujrah
  1. Permohonan Ujrah terbuka kepada semua peminjam konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam).

  2. Pertukaran pinjaman kepada pinjaman Ujrah (1%) layak kepada semua peminjam KECUALI;

    1. Peminjam disahkan meninggal dunia atau ilat; atau
    2. Peminjam yang telah mendapat pengecualian bayaran balik kerana mendapat Ijazah Kelas Pertama.

  3. Berkuatkuasa 1 Julai 2015 peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% jumlah tunggakan, kos penguatkuasaan dan kos pelbagai (sekiranya ada) terlebih dahulu sebagai komitmen peminjam untuk membolehkan tawaran Ujrah diproses. Peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN selepas bayaran dibuat.

  4. Bermula 13 Jun 2017 semua kos yang berbaki di dalam pinjaman Konvensional akan dimasukkan di dalam Jumlah Pinjaman semasa pertukaran pinjaman Konvensional kepada pinjaman Ujrah. Jumlah ini akan dikenakan takaful baharu. Sekiranya terdapat lebihan ke atas jumlah yang dikenakan, pemulangan akan dibuat kepada peminjam selepas penyelesaian penuh hutang pinjaman.

1. Asas tempoh bayaran balik adalah berdasarkan Jumlah Prinsipal Ujrah.

Jumlah Prinsipal UjrahTempoh Bayar Balik
RM 10,000.00 dan kebawah60 bulan (5 tahun)
Melebihi RM 10,000 hingga RM 22,000120 bulan (10 tahun)
Melebihi RM 22,000 hingga RM 50,000180 bulan (15 tahun)
Melebihi RM 50,000240 bulan (20 tahun)

2. Walau bagaimanapun, peminjam boleh membuat rundingan untuk melanjutkan tempoh bayaran balik melebihi tempoh yang telah ditetapkan dengan membuat penstrukturan semula. Kos upah 1% akan dikenakan sepanjang tempoh tersebut.

3. Bagi peminjam yang ingin memanjangkan tempoh bayaran balik, perlu mengemukakan salinan slip gaji terkini atau penyata KWSP atau penyata pendapatan (bagi yang bekerja sendiri).

4. Had umur maksimum bagi tempoh bayaran balik pinjaman pendidikan Ujrah adalah sehingga 60 tahun tertakluk kepada rundingan dan persetujuan PTPTN.

Permohonan pertukaran Ujrah boleh dilakukan melalui kaedah berikut:

BilKaedahTempoh Masa Pengeluaran Dokumen Tawaran
1.

Kaunter PTPTN

Borang Kemas Kini Pertukaran Pinjaman Ujrah

Dokumen Tawaran akan diserahkan pada hari yang sama ketika urusan permohonan ujrah dilakukan di kaunter.

*Dokumen tawaran hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan kepada PTPTN sebelum tamat tempoh sah laku.

Peminjam hendaklah memulangkan semula perjanjian yang telah dilengkapkan beserta Setem Hasil selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh tawaran pertukaran Ujrah.

Jika gagal, peminjam hendaklah membuat permohonan semula pertukaran Ujrah dengan jumlah prinsipal berbeza disebabkan penambahan kos pentadbiran.

Soalan Lazim

Pinjaman Ujrah ialah pinjaman pendidikan PTPTN yang patuh syariah sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.

Ujrah ialah upah 1% setahun pada kadar rata yang dikenakan ke atas pinjaman.

Ujrah pada 1 % dikenakan adalah untuk menampung kos-kos bagi mengurus dan menyediakan pinjaman kepada peminjam.

Pinjaman Ujrah berkuatkuasa kepada permohonan baharu mulai Disember 2008. Bagi pinjaman sedia ada, proses pertukaran daripada pinjaman konvensional kepada pinjaman Ujrah telah dilaksanakan mulai 1 Ogos 2009.

TIDAK. Peminjam perlu membuat permohonan dan menandatangani dokumen tawaran baharu dengan jumlah pinjaman yang baharu. Ini perlu dilakukan kerana ia melibatkan dua (2) prinsip yang berbeza iaitu konvensional dan patuh syariah.

Anda dikehendaki meneruskan bayaran balik sepanjang tempoh proses penawaran Ujrah. Sebarang bayaran balik akan dikemas kini ke akaun pinjaman Ujrah selepas dokumen tawaran Ujrah yang lengkap dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sekiranya anda telah bertukar Ujrah tetapi masih tidak berkemampuan untuk membuat bayaran balik bulanan seperti yang ditetapkan, anda layak untuk membuat penstrukturan semula pinjaman bagi mendapatkan ansuran bulanan yang lebih rendah. (Rujuk Soalan Lazim (FAQ) Penjadualan/ Penstrukturan Semula Pinjaman).

Peminjam tidak dibenarkan membuat potongan gaji kurang daripada JBB baharu iaitu RM150 yang ditawarkan. Peminjam perlu membuat permohonan perubahan potongan gaji. Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh memohon penstrukturan semula pinjaman.

Peminjam perlu mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji Bayaran Balik yang baharu dan mengemukakannya kepada PTPTN. Walau bagaimanapun, pindaan amaun yang dibenarkan adalah bersamaan atau melebihi ansuran bulanan mengikut JBB baharu.

Peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, keseluruhan kos penguatkuasaan dan kos pelbagai terlebih dahulu sebelum permohonan pertukaran Ujrah dibuat.

Akaun pinjaman Ujrah anda akan dikemaskini dalam tempoh 7 hari selepas dokumen tawaran Ujrah yang lengkap diterima. Akaun pinjaman yang lama akan dikosongkan dan dikemaskini ke akaun pinjaman Ujrah.

Bayaran balik yang diterima selepas tarikh kuatkuasa akan dipindahkan ke akaun pinjaman Ujrah dan diselaraskan dengan jadual bayaran balik pinjaman yang baharu.

Tidak. Jumlah pinjaman semasa dikira berdasarkan baki akhir bulan sebelum tarikh kuatkuasa pertukaran Ujrah. Bayaran yang dibuat akan dikemaskini dalam rekod akaun pinjaman Ujrah selepas dokumen tawaran yang lengkap diterima.

Polisi asas yang digunakan untuk pengiraan pertukaran Ujrah adalah seperti berikut:

  1. Jumlah prinsipal : Merujuk kepada baki pinjaman semasa keseluruhan (termasuk baki Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) sekiranya ada) pada akhir bulan sebelum tarikh kuatkuasa tawaran pertukaran Ujrah.

    Contoh : Sekiranya tarikh kuatkuasa tawaran Ujrah adalah pada 1 Oktober 2014, maka baki pinjaman yang digunakan ialah baki akhir 30 September 2014.

  2. Tempoh bayaran balik baharu : Ditentukan berdasarkan kepada jumlah prinsipal seperti berikut (tertakluk kepada had umur maksimum 60 tahun).

BilJumlah PrinsipalTempoh Bayaran Balik Baharu
1Sehingga RM10,00060 Bulan (5 tahun)
2Melebihi RM10,000 hingga RM22,000120 Bulan (10 tahun)
3Melebihi RM22,000 hingga RM50,000180 Bulan (15 tahun)
4Melebihi RM50,000240 Bulan (20 tahun)

Formula pengiraan Ujrah adalah seperti berikut:

Jumlah Ujrah keseluruhan=Baki pinjaman semasa* x Kadar Ujrah (1%) x Tempoh bayaran balik (tahun)
Jumlah pinjaman Ujrah=Baki pinjaman semasa* + Jumlah Ujrah keseluruhan
Jumlah Ujrah sebulan=Baki pinjaman semasa* x Kadar Ujrah 1%
12 bulan
Jumlah ansuran bulanan=Jumlah pinjaman Ujrah
Tempoh bayaran balik baharu (bulan)

Nota: * Baki pinjaman semasa = Prinsipal baharu bagi pinjaman Ujrah

Contoh pengiraan:

Baki pinjaman semasa permohonan dibuat:RM19,432
Tempoh bayaran balik baharu:10 tahun (120 bulan)
Jumlah Ujrah keseluruhan:RM19,432 x 1% x 10 tahun = RM1,943.20
Jumlah pinjaman Ujrah:RM19,432 + RM1,943.20 = RM21,375.20
Jumlah Ujrah sebulan:

RM19,432 x 1%
12

RM16.19

Jumlah ansuran bulanan:

RM21,375.20
120 bulan

RM178.13

Formula pengiraan ujrah adalah seperti berikut:

  1. Jumlah Pinjaman Setakat 01/05/2017
    PerkaraAmaun (RM)
    Pinjaman Diploma20,625.22
    Kos Pelbagai516.00
    Jumlah Pinjaman21,141.22
  2. Jumlah Sumbangan Takaful baharu

    Jumlah Sumbangan Takaful Baharu = Jumlah Pinjaman x (0.59/1000) x Tempoh

    = (RM21,141.22) x (0.59/1000) x (120/12)
    RM124.73

  3. Jumlah Keseluruhan Pinjaman

    Formula:

    Jumlah Keseluruhan Pinjaman = Jumlah Pinjaman + Jumlah Sumbangan Takaful Baharu

    = RM 21,141.22+ RM124.73
    RM 21,265.95

  4. Tempoh Bayaran Balik

    Formula:

    Tempoh bayaran balik adalah berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman.

    BilJumlah Keseluruhan PinjamanTempoh
    1<RM10,00160 bulan/ 5 tahun
    2RM10,001 – RM22,000120 bulan/ 10 tahun
    3RM22,001- RM50,000180 bulan/ 15 tahun
    4>RM50,000240 bulan/ 20 tahun

    Jumlah Keseluruhan Pinjaman RM 21,265.95. Tempoh Bayaran Balik adalah 10 tahun (120 bulan)

  5. Upah Pengurusan Pinjaman

    Formula:

    Upah Pengurusan Pinjaman = Jumlah Keseluruhan Pinjaman x 1% x Tempoh Bayaran Balik

    = RM 21,265.95 x 1% x 10 tahun
    RM 2,126.60

  6. Ansuran Bulanan

    Formula:

    Ansuran Bulanan = (Jum. Keseluruhan Pinjaman + Upah Pengurusan Pinjaman) /Tempoh Bayaran Balik

    = (RM 21,265.95 + RM 2126.60) / 120 bulan
    RM 194.94

Penggabungan pinjaman ialah menggabungkan lebih dari satu pinjaman menjadi satu pinjaman sahaja. Penggabungan pinjaman adalah syarat wajib bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada satu pinjaman yang ingin memohon pertukaran Ujrah mulai 1 Oktober 2014. Melalui kaedah ini, peminjam akan mempunyai satu rekod pinjaman sahaja.

Semua pinjaman yang telah tamat pengeluaran pinjaman dan masih mempunyai baki perlu digabungkan. Pinjaman yang masih dalam tempoh pengeluaran pinjaman dikecualikan daripada penggabungan ini.

Melalui kaedah penggabungan ini, peminjam akan mempunyai satu rekod pinjaman sahaja. Ini memudahkan bayaran balik pinjaman kerana ia dibuat berdasarkan satu amaun ansuran bulanan sahaja

Tidak layak. Penggabungan pinjaman adalah syarat wajib bagi peminjam yang ingin memohon pertukaran Ujrah mulai 1 Oktober 2014 sekiranya peminjam mempunyai lebih daripada satu pinjaman.

Tidak layak. Penggabungan pinjaman hanya terbuka kepada peminjam yang bersetuju bertukar kepada pinjaman Ujrah sahaja.

Boleh. Pinjaman konvensional A dan B perlu ditukarkan kepada pinjaman ujrah terlebih dahulu sebelum digabungkan dengan pinjaman Ujrah C.

Ya. Satu permohonan Ujrah adalah memadai bagi kesemua pinjaman tanpa mengira peringkat pengajian. Kesemua pinjaman tersebut akan digabungkan pinjaman sahaja

Penggabungan pinjaman boleh dibuat melalui permohonan pertukaran Ujrah.

Ingin Mohon Pertukaran Ujrah?

Notis Bayaran Balik
Pinjaman Pendidikan
Notis Bayaran Balik
Pinjaman Pendidikan

Peringatan Pertama akan dikeluarkan sekiranya peminjam tidak memberi maklum balas dalam tempoh 30 hari (1 bulan) dari tarikh Notis Bayaran Balik dikeluarkan.

Peringatan Kedua akan dikeluarkan kepada peminjam jika tidak membuat bayaran dan tidak memberi maklum balas dalam tempoh 30 hari (1 bulan) dari tarikh Peringatan Pertama dikeluarkan.

  • Peminjam perlu mengemukakan permohonan rayuan rasmi besertakan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan seperti berikut:
    1. Surat Rayuan; dan
    2. Salinan Slip Gaji terkini; atau
    3. Salinan Penyata KWSP terkini;
    4. Surat Tawaran Belajar daripada IPT;
    5. Surat pengesahan daripada IPT menyatakan bila tarikh sebenar/ dijangka tamat pengajian; atau
    6. Surat pengesahan bekerja.

  • Pertanyaan atau serahan dokumen berkenaan boleh diajukan kepada:
    Bahagian Perundangan dan Pendakwaan PTPTN/ Semua Pejabat PTPTN Negeri/ Cawangan.

Soalan Lazim

Semakan saman boleh dilakukan dengan menghubungi Hotline PTPTN di talian 03-2193 3000.

Peminjam hendaklah menghubungi Bahagian Perundangan dan Pendakwaan PTPTN di talian 03-2193 1155 atau hadir ke cawangan PTPTN terdekat untuk rundingan bagi penarikan balik saman dengan membayar keseluruhan hutang pinjaman. Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN bagi membuat bayaran keseluruhan tunggakan atau apa-apa jumlah yang dipersetujui PTPTN termasuk semua kos pendakwaan.

Penyenaraian Peminjam Dalam CCRIS

Penyenaraian Peminjam Dalam CCRIS

  • Semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik selepas 12 bulan tamat tempoh pinjaman akan disenaraikan dalam CCRIS. Semakan hendaklah dibuat secara terus di kaunter dan kiosk mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja.

  • Peminjam perlu membuat bayaran secara konsisten mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan oleh PTPTN bagi mengelakkan tunggakan demi memastikan rekod CCRIS berada dalam keadaan baik. Sekiranya rekod di CCRIS menunjukkan terdapat sebarang bulan tunggakan, berkemungkinan permohonan pinjaman tidak dipertimbangkan oleh institusi kewangan. Walau bagaimanapun, kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.

  • Semua rundingan mengenai pinjaman PTPTN sama ada penyelesaian hutang pinjaman atau penstrukturan semula pinjaman hendaklah dibuat dengan PTPTN melalui saluran berikut:

Soalan Lazim

Semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik selepas 12 bulan tamat tempoh pinjaman akan disenaraikan di dalam CCRIS.

Tidak boleh. Semakan hendaklah dibuat terus di kaunter dan kiosk mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) di seluruh negara.

Maklumat yang direkodkan di dalam CCRIS adalah rekod bayaran ansuran bulanan bagi tempoh 12 bulan yang lepas.

Peminjam perlu membuat bayaran secara konsisten mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan tunggakan demi memastikan rekod CCRIS berada di dalam keadaan baik. Sekiranya rekod di CCRIS menunjukkan terdapat sebarang bulan tunggakan, berkemungkinan permohonan pinjaman tidak dipertimbangkan oleh institusi kewangan. Walau bagaimanapun, kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.

Peminjam tidak boleh berunding dengan BNM atau institusi kewangan lain mengenai rekod pinjaman PTPTN di CCRIS. Semua rundingan mengenai pinjaman PTPTN sama ada penyelesaian hutang pinjaman atau penjadualan semula pinjaman hendaklah dibuat dengan PTPTN. Peminjam boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000 atau hadir berunding di mana-mana cawangan PTPTN di seluruh negara.

Peminjam hendaklah membuat penyelesaian penuh hutang pinjaman dan rekod di dalam CCRIS akan dikemaskini kepada ‘SELESAI’ dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh bayaran dikemaskini dalam penyata PTPTN.

Peminjam hendaklah menyelesaikan keseluruhan tunggakan dan membuat bayaran balik bulanan secara teratur (konsisten) mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) yang telah ditetapkan. Peminjam yang mempunyai masalah kewangan dinasihatkan berunding dengan PTPTN untuk penjadualan semula hutang dan seterusnya membuat bayaran bulanan secara teratur.

Rekod kredit peminjam akan menunjukkan kedudukan yang lebih baik apabila membuat bayaran secara teratur selama 6 bulan berturut-turut tanpa tunggakan.

Rekod pada bulan semasa akan menjadi baik. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai bilangan ansuran tertunggak selama 12 bulan yang lepas masih dipaparkan dalam laporan kredit CCRIS. Kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.

Bayaran balik pinjaman hendaklah dibuat pada bulan berkenaan. Bagi memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa, transaksi melalui agen/pihak ketiga hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 27 haribulan setiap bulan. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.

Rekod bayaran akan dikemas kini oleh PTPTN pada tarikh penghantaran laporan berikutnya, iaitu tidak lewat daripada 15 haribulan pada bulan berikutnya.

Rekod CCRIS masih buruk kerana peminjam mempunyai tunggakan yang disebabkan oleh:

  1. Bayaran dibuat lewat daripada jadual yang ditetapkan. Sebagai contoh, bayaran mula dibuat selepas 2 tahun tamat pinjaman sedangkan peminjam sepatutnya mula membuat bayaran selepas 1 tahun tamat pinjaman.

  2. Bayaran kurang daripada jumlah yang ditetapkan di dalam Jadual Bayaran Balik (JBB).

Penyelesaian
Pinjaman Pendidikan
Penyelesaian
Pinjaman Pendidikan

Peminjam boleh  memuat turun Surat Pengesahan Baki Pinjaman di Portal Rasmi PTPTN/ kaunter PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN. Setelah penyelesaian pinjaman dibuat, peminjam akan menerima e-mel makluman untuk memuat turun Surat Pelepasan Hutang (SPH) di Portal Rasmi PTPTN. Sehubungan itu, peminjam perlu mengemaskini dan memastikan alamat e-mel adalah yang terkini. 

Pengesahan Baki Pinjaman/
Surat Penyelesaian Hutang

Semakan Serahan Wang Tidak Dituntut (WTD)