BAYARAN BALIK
Saluran Bayaran Balik
- Bayaran Balik Melalui Kaunter
- Bayaran Balik Secara Dalam Talian
- Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji
- Bayaran Balik Melalui Debit Terus
- Bayaran Balik Melalui KWSP
Saluran Bayaran Balik
Melalui Kaunter
Saluran Bayaran Balik
Melalui Kaunter
SALURAN | KETERANGAN | CAJ (RM) | TEMPOH KEMASKINI (HARI BEKERJA) |
---|---|---|---|
Kaunter PTPTN (seluruh negara) | Bayaran tanpa tunai melalui Electronic Data Capture (EDC) Terminal menggunakan: - Kad Debit Tempatan - Kad Kredit Tempatan - Kad Caj Tempatan | - | 3 hari |
Kaunter Ejen | Bank Islam Bank Rakyat Pos Malaysia CIMB Bank Bank Simpanan Nasional (BSN) | 1.00 | 3 hari |
Kiosk PayQuik | - Saluran bayaran balik pinjaman secara tunai. - Panduan bayaran, KLIK DI SINI. | 1.00 | 1 hari |
Razer Cash di 7-Eleven | - Saluran bayaran balik pinjaman secara tunai. - Panduan bayaran, KLIK DI SINI. - Pautan Razer Cash di 7-Eleven, KLIK DI SINI. | 1.00 | 3 hari |
Digi Kiosk | - Saluran bayaran pinjaman secara tunai. - Panduan bayaran, KLIK DI SINI. | 1.00 | 3 hari |
e-Pay | - Saluran bayaran pinjaman secara tunai. - Perkhidmatan e-Pay boleh didapati di tempat-tempat seperti Caltex, KK Mart 24 Jam, Mydin, myNEWS.com, PAK GROCER, Petron | 1.00 | 1 hari |
Nota :
Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.
Saluran Bayaran Balik
Secara Dalam Talian
Saluran Bayaran Balik
Secara Dalam Talian
SALURAN | KETERANGAN | CAJ (RM) | TEMPOH KEMASKINI (HARI BEKERJA) | |
---|---|---|---|---|
Perbankan Internet | Bank | Manual | - | - |
Bank Islam | | 1.00 | 3 hari | |
Bank Rakyat | | 1.00 | 3 hari | |
Maybank | | 1.00 | 3 hari | |
Public Bank | | 1.00 | 3 hari | |
RHB Bank | | 1.00 | 3 hari | |
Pos Online | | 0.50 | 3 hari | |
Affin Bank | | 1.00 | 3 hari | |
AmBank | | 1.00 | 3 hari | |
Agrobank | | 1.00 | 3 hari | |
CIMB Bank | | 0.50 | 3 hari | |
Bank Simpanan Nasional | | 1.00 | 3 hari | |
myPTPTN | - Kemudahan bayaran secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN | - | 3 hari | |
MBSB(MBSB Bank e-wallet) | - Kemudahan bayaran secara dalam talian melalui MBSB Bank e-wallet | 0.50 | 3 hari | |
JomPAY | - Kemudahan bayaran secara dalam talian melalui perbankan internet dan telefon mudah alih menggunakan akaun semasa, simpanan dan kad kredit | - | 3 hari | |
MyPay | - Bayaran balik secara dalam talian dengan menggunakan mobile web | 1.00 | 3 hari | |
Shopee | - Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi Shopee. | 1.00 | 3 hari | |
kiplePay | - Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi kiplePay | 1.00 | 3 hari | |
BESTPay | - Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi BESTPay | 1.00 | 3 hari | |
KelantanPAY | - Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui KelantanPAY | 0.80 | 3 hari | |
AnsaraPay | - Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi AnsaraPay | 1.00 | - | |
PayHalal | - Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi PayHalal | 1.00 | - | |
SpayGlobal | - Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi SpayGlobal | 0.80 | - | |
IIMMPACT | - Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi IIMMPACT | 1.00 | 3 hari | |
OneCALL | - Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi OneCALL | 1.00 | 3 hari | |
KioskMedia | - Kemudahan bayaran balik menggunakan kiosk layan diri | 1.00 | - | |
Boost | - Kemudahan bayaran balik secara dalam talian menggunakan aplikasi Boost | 1.00 | - | |
Touch n Go(TnG e-Wallet) | - Kemudahan bayaran balik menggunakan aplikasi Touch n Go | 1.00 | - | |
Mcash | - Kemudahan bayaran balik menggunakan aplikasi Mcash | 1.00 | - | |
Portal Rasmi PTPTN FPX | Senarai bank terlibat: | - | 1 hari |
Nota :
Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.
Saluran Bayaran Balik
Melalui Potongan Gaji
Saluran Bayaran Balik
Melalui Potongan Gaji
- Mulai September 2015, semua penjawat awam yang menerima pinjaman PTPTN DIWAJIBKAN membuat bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji.
- Mulai 1 November 2015, potongan gaji untuk bayaran balik pinjaman diuruskan oleh PTPTN dan tidak melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Klik di sini untuk info bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji terus kepada PTPTN.
- Potongan gaji HENDAKLAH berdasarkan Jadual Bayaran Balik (JBB) yang ditetapkan. Potongan gaji kurang daripada jadual adalah TIDAK DIBENARKAN. Potongan melibatkan amaun melebihi jadual yang ditetapkan perlu dimaklumkan kepada PTPTN.
- Potongan gaji adalah untuk bulanan semasa sahaja dan sebarang tunggakan perlu dijelaskan melalui kaedah lain.
- Jumlah baki pinjaman minimum untuk permohonan potongan gaji adalah RM500.00 dan baki tempoh bayaran balik yang dibenarkan untuk permohonan potongan gaji ialah 6 bulan.
- Peminjam TIDAK DIBENARKAN memberhentikan potongan gaji selagi hutang masih berbaki.
- Pembatalan potongan gaji akan dilaksanakan bagi kes-kes berikut:
- Peminjam telah membuat penyelesaian penuh pinjaman;
- Peminjam disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia; atau
- PTPTN mendapat makluman daripada peminjam atau majikan mengenai pemberhentian peminjam dalam perkhidmatan atau telah bertukar tempat kerja.
- Peminjam perlu melengkapkan Borang Permohonan Pembatalan Potongan Gaji dan mengemukakan kepada PTPTN.
Kegagalan majikan menguruskan potongan gaji
Adalah menjadi kesalahan bagi majikan yang gagal menguruskan potongan gaji. Tindakan penguatkuasaan akan diambil berdasarkan Seksyen 29, Akta PTPTN di mana hendaklah menjadi suatu tanggungjawab majikan selepas dimaklumkan secara bertulis oleh PTPTN untuk membuat potongan gaji peminjam bagi maksud menyelesaikan pinjaman PTPTN secara ansuran bulanan. Mana-mana majikan yang gagal mematuhi makluman berkenaan boleh disabitkan di bawah Subsekyen 2 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
Ingin Mohon Potongan Gaji?
Soalan Lazim
Peminjam boleh memohon secara online untuk membuat potongan gaji atau hadir ke kaunter PTPTN yang berdekatan.
Bayaran balik melalui potongan gaji dapat mengelakkan tunggakan kerana dibuat secara konsisten sekaligus mengelakkan peminjam daripada sebarang tindakan penguatkuasaan seperti senarai hitam dan saman. Rekod pinjaman di CCRIS juga akan menjadi baik. Bagi penjawat awam, bayaran balik melalui potongan gaji adalah wajib selaras dengan arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada September 2015.
Langkah pertama, peminjam dikehendaki melengkapkan Borang Kebenaran Potongan Gaji yang terdapat di Portal Rasmi PTPTN dan menyerahkannya bersama-sama salinan slip gaji terkini di mana-mana cawangan PTPTN. Seterusnya, PTPTN akan mengemas kini rekod potongan gaji ke dalam sistem PTPTN dan mengemukakan jumlah potongan gaji tersebut kepada majikan. Setelah majikan melaksanakan potongan gaji, PTPTN akan mengemas kini maklumat pembayaran di dalam penyata. Semakan rekod bayaran balik yang telah dikemaskini boleh dibuat di Penyata Pinjaman.
PTPTN melaksanakan potongan gaji mandatori sekiranya tidak menerima sebarang bayaran balik daripada peminjam dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat Arahan Rundingan Untuk Bayaran Balik Pinjaman PTPTN. Ruang rundingan masih dibuka sekiranya peminjam tidak mampu dengan amaun ansuran yang dinyatakan dan mereka perlu hadir ke PTPTN dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat.
Tidak boleh. Ansuran bulanan bayaran balik melalui potongan gaji adalah berdasarkan Jadual Bayaran Balik yang telah dibina. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui lain-lain saluran yang disediakan.
Di antara sebab potongan gaji gagal dibuat ialah kerana maklumat potongan gaji yang diberikan peminjam seperti No Gaji dan Kod Pejabat Perakaunan berbeza dengan pengkalan data majikan. Sehubungan dengan itu, peminjam dikehendaki menyerahkan salinan slip gaji yang terkini dengan PTPTN bersama-sama Borang Kebenaran Potongan Gaji yang telah lengkap.
Di antara sebab potongan gaji gagal dibuat ialah kerana maklumat potongan gaji yang diberikan peminjam seperti No Gaji dan Kod Pejabat Perakaunan berbeza dengan pengkalan data majikan. Sehubungan dengan itu, peminjam dikehendaki menyerahkan salinan slip gaji yang terkini dengan PTPTN bersama-sama Borang Kebenaran Potongan Gaji yang telah lengkap.
Peminjam perlu memaklumkannya kepada PTPTN dengan mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji untuk potongan dengan majikan yang baharu. Rekod potongan gaji dengan majikan lama akan dibatalkan dan urusan potongan gaji seterusnya akan dibuat dengan majikan yang baharu.
Peminjam yang telah dikenakan senarai hitam dan saman perlu menyelesaikan urusan senarai hitam dan saman terlebih dahulu. Peminjam perlu hadir berunding ke mana-mana cawangan PTPTN jika telah disenarai hitam atau Bahagian Perundangan dan Pendakwaan di ibu pejabat Kuala Lumpur sekiranya telah disaman.
Boleh. Peminjam perlu melengkapkan Borang Kebenaran Potongan Gaji dengan jumlah potongan yang baharu.
Tidak boleh. Sekiranya tidak mampu membuat bayaran berdasarkan ansuran mengikut jadual yang ditetapkan, peminjam dicadangkan membuat penjadualan semula pinjaman.
Peminjam boleh membuat potongan gaji mengikut jadual ansuran bulanan asal tetapi perlu menyelesaikan tunggakan terlebih dahulu bagi memastikan rekod bayaran balik tiada tunggakan. Sekiranya tidak mampu, peminjam perlu membuat penjadualan semula pinjaman bagi mendapatkan jumlah ansuran baharu dengan mengambilkira jumlah tunggakan.
Peminjam perlu merujuk kepada majikan dengan kadar segera agar majikan boleh membuat semakan semula dengan PTPTN.
Peminjam dikehendaki menjelaskan ansuran bulanan melalui saluran lain bagi mengelakkan tunggakan dan tindakan penguatkuasaan.
Peminjam perlu membuat pindaan jumlah potongan gaji berdasarkan kepada jumlah di dalam perjanjian Ujrah dengan mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji yang baharu. Sekiranya jumlah di dalam perjanjian Ujrah lebih rendah daripada potongan gaji sedia ada, peminjam digalakkan untuk mengekalkan jumlah potongan tersebut bagi menikmati penjimatan kos upah dan menyelesaikan pinjaman lebih awal.
Jumlah ansuran potongan gaji terkini akan kekal mengikut potongan Konvensional. Sekiranya jumlah ansuran baharu (Ujrah) lebih tinggi, ia akan menyebabkan berlakunya tunggakan.
Bayaran balik melalui potongan gaji akan dikemaskini di dalam penyata pinjaman peminjam selewat-lewatnya pada bulan berikutnya setelah pembayaran diremitkan oleh majikan ke PTPTN.
Kegagalan majikan melaksanakan arahan potongan gaji adalah merupakan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 29, Akta PTPTN 1997 (Akta 566).
Melalui program Sahabat PTPTN, majikan yang membuat potongan gaji akan menikmati komisen sebanyak RM10.00 (one-off) bagi potongan kali pertama yang berjaya.
Tidak boleh. Berkuat kuasa mulai 1 November 2015, LHDNM tidak lagi menjadi ejen kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN. Sehubungan itu, majikan perlu berhubung terus dengan PTPTN.
Langkah-langkah yang terlibat bagi memastikan potongan gaji berjaya dilaksanakan adalah seperti berikut:
Majikan menyerahkan Borang Pendaftaran Majikan (Potongan Gaji PTPTN) yang lengkap kepada Pejabat PTPTN yang berhampiran.
PTPTN mengemas kini rekod potongan gaji ke dalam sistem.
PTPTN akan mengemukakan rekod potongan gaji baharu kepada majikan pada setiap bulan (sekiranya ada)
Majikan melaksanakan potongan gaji bulanan. Majikan mengemukakan data (Borang Potongan Gaji PTPTN Oleh Majikan) dan bayaran potongan gaji kepada PTPTN sebelum 15 hari bulan pada bulan berikutnya.
PTPTN akan mengemas kini maklumat pembayaran di dalam penyata peminjam.
Maklumat data (Borang Potongan Gaji PTPTN Oleh Majikan) yang perlu dikemukakan oleh majikan kepada PTPTN mengandungi:
- Maklumat majikan;
- Maklumat pembayaran; dan
- Maklumat pekerja (no kp, nama, jumlah potongan dan no. gaji/ pekerja).
Data (Borang Potongan Gaji PTPTN Oleh Majikan) tersebut perlu dikemukakan kepada PTPTN dalam bentuk softcopy (Ms Excel).
Majikan perlu mengemukakan data potongan gaji kepada PTPTN dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas potongan gaji diproses atau sebelum 15 hari bulan pada bulan berikutnya.
Pihak majikan boleh memilih untuk menerima dan menghantar data potongan gaji sama ada melalui File Transfer Protocol (FTP) atau e-mel. Bagi majikan yang memilih kaedah FTP, PTPTN akan mengemukakan host name, user name dan password server FTP PTPTN kepada majikan untuk akses ke server tersebut.
PTPTN akan menghantar data potongan gaji melalui e-mel. Majikan perlu mengemukakan semula data potongan gaji yang telah diproses ke alamat e-mel PTPTN iaitu aduan_BPG@ptptn.gov.my.
Data potongan gaji pekerja yang diperlukan oleh PTPTN hanya terdiri daripada empat (4) maklumat iaitu :
- Nombor Kad Pengenalan;
- Nama Pekerja;
- Jumlah Potongan (RM); dan
- No. Gaji/ Pekerja
Data tersebut perlu dikemukakan kepada PTPTN secara softcopy (Ms Excel).
Sekiranya data yang dikeluarkan melalui sistem payroll mempunyai empat (4) maklumat yang dinyatakan tersebut, PTPTN akan menerima dan memproses potongan gaji daripada majikan. PTPTN akan memaklumkan dari semasa ke semasa kepada majikan sekiranya memerlukan sebarang maklumat tambahan.
PTPTN akan membuat penghantaran data pada setiap akhir bulan kepada majikan sekiranya terdapat sebarang potongan baharu, perubahan amaun dan tamat potongan. Majikan perlu melakukan proses potongan gaji pekerja tersebut pada bulan berikutnya.
Pekerja baharu tersebut perlu melengkapkan Borang Kebenaran Potongan Gaji Bagi Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN dan menyerahkan kepada PTPTN. PTPTN akan mengemukakan data potongan gaji kepada majikan pada setiap akhir bulan untuk diproses oleh pihak majikan.
Majikan perlu memaklumkan secara bertulis kepada PTPTN.
Ya. PTPTN akan mengemukakan maklumat pekerja yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pada setiap akhir bulan bersama-sama data potongan baharu dan perubahan amaun (sekiranya ada). Bagi pekerja yang telah selesai membayar balik, data yang dikemukakan mempunyai jumlah potongan (RM) sebanyak sembilan (9) sifar seperti contoh berikut:
NO. KP | NAMA | JUMLAH POTONGAN (RM) | NO. GAJI/ PEKERJA |
---|---|---|---|
821011045131 | SHAH JEHAN BIN SHAHRUDIN | 000000000 | 34254 |
Majikan tidak perlu membuat potongan gaji pekerja tersebut pada bulan berikutnya memandangkan pekerja telah menyelesaikan kesemua bayaran balik pinjaman.
Tidak boleh. Pembatalan atau penamatan potongan gaji hanya boleh dibuat sekiranya peminjam telah melangsaikan keseluruhan hutang atau telah berhenti kerja atau disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sahaja.
Pihak majikan boleh memilih untuk membuat bayaran bagi potongan gaji pekerja sama ada melalui Electronic Fund Transfer (EFT) atau cek.
Pembayaran hendaklah dibuat kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Akaun Pungutan Potongan Gaji Agensi (Bank Islam). Majikan juga perlu mengemukakan maklumat berikut melalui e-mel (aduan_BPG@ptptn.gov.my) dalam tempoh sehari selepas pindahan bayaran potongan gaji dilakukan:
- Tarikh pindahan;
- Jumlah pindahan;
- No. rujukan pindahan; dan
- Keterangan pindahan (contoh: Oktober UKM)
Cek dibuat atas nama ‘Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional’ atau ‘PTPTN’. Cek tersebut perlu dihantar kepada PTPTN melalui serahan tangan, secara pos atau didepositkan di kaunter bank atau cheque deposit machine (Bank Islam sahaja).Maklumat nombor Akaun Pungutan Potongan Gaji Agensi hendaklah dicatatkan di belakang cek tersebut.
Majikan perlu mengemukakan data potongan gaji pekerja dalam bentuk softcopy (Ms Excel) melalui e-mel (aduan_BPG@ptptn.gov.my) sebaik sahaja cek dihantar kepada PTPTN.
Ya. Resit akan dikeluarkan setelah bayaran diterima dan data dikemaskini ke dalam penyata pinjaman.
Saluran Bayaran Balik Melalui
Debit Terus
Saluran Bayaran Balik Melalui Debit Terus
1. Mempunyai Akaun Semasa/ Simpanan daripada bank – bank yang seperti di bawah dan berdaftar untuk perkhidmatan perbankan elektronik.
|
|
2. Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) di PTPTN.
3. Untuk Bayaran Balik Pinjaman, anda dikehendaki untuk mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun pinjaman Islamik (Ujrah) atau akaun pinjaman Konvensional.
4. Transaksi yang berjaya akan dikemaskini di penyata pinjaman dalam masa 3 hari bekerja.
5. Untuk manual permohonan debit terus, KLIK DI SINI.
Ingin Mohon Debit Terus?
Soalan Lazim
Debit Terus adalah kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan deposit Simpan SSPN Prime yang mana peminjam/ pendeposit memberi kebenaran kepada PTPTN membuat sejumlah potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan/ Akaun Semasa mereka.
Mulai 19 April 2017, permohonan Debit Terus adalah secara online. Kaedah online ini adalah merupakan penambahbaikan yang dibuat menggantikan kaedah sedia ada yang menggunakan borang. Melalui kaedah ini, verification of authorization pemegang akaun adalah melalui Internet Banking yang menggunakan platform FPX.
Langkah-langkah permohonan:
- Layari Portal Rasmi PTPTN
- Klik pada ikon Permohonan Direct Debit
a) Permohonan Direct Debit Pinjaman
- Klik Mohon Direct Debit Pinjaman
- Masukkan No Kad Pengenalan > Klik link Penyata Pinjaman yang dipaparkan
Penyata Kira-Kira Pinjaman Ujrah Penyata Kira-Kira Pinjaman Konvensional Masukkan Nombor Kad Pengenalan. Masukkan Nombor Kad Pengenalan. Masukkan Kata Laluan. Klik TERLUPA KATA LALUAN untuk mendapatkan Kata Laluan baharu.
Kata Laluan baharu akan dihantar ke alamat emel yang wujud di dalam sistem PTPTN. Sila kemaskini alamat emel baru di Portal PTPTN sekiranya emel tersebut tidak aktif dan ulangi langkah diatas
Masukkan No Pinjaman.
Sila hubungi Khidmat Pelanggan PTPTN untuk mendapatkan Nombor Pinjaman 03 – 2193 3000
Setelah login ke penyata kira-kira berjaya, klik Penyata Baki Setelah login ke penyata kira-kira berjaya, klik Permohonan Direct Debit Klik Permohonan Direct Debit b). Permohonan Direct Debit SSPN-i
- Klik Mohon Direct Debit Deposit SSPN-i
- Masukkan No Kad Pengenalan Pendeposit
- Klik Semakan Penyata SSPN-i
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pendeposit
- Masukkan Kata Laluan
- Klik TERLUPA KATA LALUAN untuk mendapatkan Kata Laluan baharu pada alamat emel yang dimasukkan
- Setelah login ke penyata simpanan berjaya, klik Pendaftaran Debit Terus.
Berikut adalah bank-bank yang menyediakan kemudahan Pendaftaran Debit Terus secara online.
BANK TEMPATAN | |||
---|---|---|---|
Bil | Nama Bank | Bil | Nama Bank |
1. | Bank Islam | 9. | Public Bank |
2. | Maybank | 10. | Public Islamic Bank |
3. | Maybank Islamic | 11. | RHB Bank |
4. | Bank Rakyat | 12. | RHB Islamic Bank |
5. | CIMB | 13. | Affin Bank |
6. | CIMB Islamic | 14. | Ambank |
7. | Hong Leong Bank | 15. | Alliance |
8. | Hong Leong Islamic Bank | 16. | Bank Pertanian Malaysia (Agrobank) |
BANK ANTARABANGSA | |||
---|---|---|---|
Bil | Nama Bank | Bil | Nama Bank |
1. | HSBC | 10. | Al-Rajhi Bank |
2. | OCBC | 11. | BNP Paribas |
3. | OCBC Al-Amin | 12. | Bank Of China ( Malaysia) Berhad |
4. | Standard Chartered | 13. | Bank Of America (M) Berhad |
5. | Standard Chartered Saadiq | 14. | Bank Of Tokyo (MUFG) |
6. | Deutsche Bank | 15. | Industrial and Commercial Bank Of China |
7. | UOB Bank | 16. | J.P Morgan Chase Bank |
8. | Kuwait Finance House | 17. | Mizuho Bank (Malaysia) Berhad |
9. | Sumitomo Mitsui Banking Corporation |
Ya, kemudahan Debit Terus adalah PERCUMA. Tiada caj dikenakan untuk permohonan dan setiap transaksi Debit Terus yang berjaya. Walau bagaimanapun, bayaran/ deposit pendaftaran dikenakan sebanyak RM1.00 pada setiap kali permohonan dibuat dan akan dipulangkan ke akaun pinjaman/ simpanan PTPTN dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
Syarat-syarat permohonan Debit Terus adalah seperti berikut:
Permohonan Debit Terus bagi bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang/ Akaun Simpanan yang masih aktif.
Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansuran bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit simpanan, amaun minimum yang dibenarkan adalah RM20.
Akaun bank yang dipilih untuk perlaksanaan Debit Terus mestilah berstatus Aktif.
Tempoh proses permohonan akan mengambil masa 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap.
Permohonan Debit Terus tidak berjaya diproses jika:
Akaun pemohon tidak aktif
Kegagalan semasa proses log masuk ke sistem perbankan internet bank pembayar
Kegagalan semasa proses pengesahan bayaran/ deposit RM1 melalui sistem perbankan internet bank pembayar
Baki akaun tidak mencukupi semasa proses pengesahan bayaran/deposit RM1 melalui sistem perbankan internet bank pembayar
Sebab-sebab lain yang ditentukan oleh pihak bank pemohon
Potongan bayaran balik dan deposit Simpan SSPN Prime akan berlaku pada 1hb, 10hb atau 27hb setiap bulan tertakluk kepada tarikh kelulusan permohonan kebenaran Debit Terus oleh pihak bank pemohon.
Transaksi potongan Debit Terus gagal dilakukan kerana sebab-sebab berikut:
- Baki di dalam akaun tidak mencukupi
- Akaun pemohon tutup/ Akaun tidak aktif
- Sebab-sebab lain yang ditentukan oleh pihak bank pemohon
PTPTN akan membuat potongan pada 1hb, 10hb atau 27hb setiap bulan. Sekiranya potongan tidak berjaya dilakukan pada salah satu tarikh tersebut, ini bermakna tiada bayaran balik/ deposit Simpan SSPN Prime daripada peminjam/ pendeposit bagi bulan tersebut. Peminjam dikehendaki membuat bayaran balik melalui saluran lain bagi mengelakkan pinjaman menjadi tertunggak sekaligus memberi kesan kepada rekod CCRIS.
Pendeposit juga digalakkan membuat simpanan melalui saluran lain bagi menikmati dividen yang diberikan.
Tidak. Setiap potongan adalah di atas jumlah ansuran bayaran balik sebulan sahaja. Sekiranya tiada potongan berjaya dilakukan dalam bulan tersebut, ini bermakna tiada bayaran balik daripada peminjam bagi bulan tersebut.
Oleh itu, peminjam hendaklah memastikan baki dalam akaun bank adalah mencukupi untuk memastikan potongan dapat dibuat sekaligus dapat menikmati kelebihan Debit Terus.
Pembatalan secara automatik akan dibuat sekiranya baki hutang keseluruhan pinjaman telah diselesaikan. Pembatalan di atas sebab-sebab lain adalah tertakluk persetujuan pihak PTPTN.
Tidak boleh. Debit Terus untuk bayaran balik PTPTN/ deposit Simpan SSPN Prime adalah menggunakan Akaun Simpanan/ Akaun Semasa sahaja.
Kelebihan bagi peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman melalui Debit Terus adalah seperti berikut:
Peminjam boleh memastikan bayaran balik pinjaman dibuat secara konsisten.
Peminjam boleh mengelakkan hutang pinjaman menjadi tertunggak sekaligus mengelakkan tindakan penguatkuasaan seperti senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan saman.
Peminjam boleh mengelakkan rekod buruk dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) apabila tiada tunggakan pinjaman.
Memastikan simpanan secara konsisten setiap bulan.
*Tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Boleh. Walau bagaimanapun permohonan Debit Terus tidak membenarkan lebih dari satu pemegang akaun bank yang berlainan membuat potongan ke atas akaun pinjaman/ simpanan yang sama.
Contoh:
Bil | Situasi | Status Permohonan | Catatan |
---|---|---|---|
1 | Ibu membuat bayaran balik melalui Debit Terus bagi anak | Permohonan Debit Terus dibenarkan | Satu pemegang akaun bank membuat potongan ke atas akaun pinjaman Pemegang Akaun Bank: Ibu |
2 | Ibu dan Bapa membuat bayaran balik bagi anak yang sama | Permohonan Debit Terus tidak dibenarkan | Lebih dari satu pemegang akaun bank membuat potongan ke atas akaun pinjaman yang sama. Pemegang Akaun Bank :
|
Saluran Bayaran Balik
Melalui Pengeluaran KWSP
Saluran Bayaran Balik
Melalui Pengeluaran KWSP


Peminjam/ibu bapa peminjam (ahli akaun) boleh mengeluarkan Akaun II KWSP untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN


Peminjam boleh memilih untuk membuat pengeluaran keseluruhan/sebahagian dari Akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman


Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara dalam talian dengan melalui e-Pengeluaran
Boleh menggunakan Akaun II KWSP peminjam atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).
Tiada had pengeluaran.
Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali selagi Akaun II masih berbaki.
Tiada caj pemprosesan dikenakan
Menikmati penjimatan kos upah/ pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik
- Terbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
- Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.
Secara Dalam Talian (e-Pengeluaran)
e-Pengeluaran merupakan penghantaran permohonan pengeluaran secara online melalui Laman Web KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun.
Langkah permohonan melalui e-Pengeluaran adalah seperti berikut:
Langkah 1:
Login ke i-Akaun ahli, klik Tab Pengeluaran, e-Pengeluaran dan klik Permohonan Baru untuk memulakan transaksi.Langkah 2:
Semak status permohonan melalui SMS atau Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun.Langkah 3:
Hadir di mana-mana cawangan KWSP bagi pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Tujuan pengecaman ini adalah bagi menentukan kesahihan identiti ahli sebagai pemohon dan menurunkan CIJ pada notis pengesahan sebagai bukti mengemukakan permohonan.
Nota: Ahli diberi tempoh selama empat belas (14) hari untuk hadir di kaunter KWSP dari tarikh Mesej Sekuriti yang di hantar ke inbox i-Akaun dan tarikh akhir untuk proses pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) juga dimaklumkan melalui SMS. Jika ahli tidak hadir dalam tempoh tersebut, permohonan akan dibatalkan secara automatik.
KWSP akan memproses permohonan yang lengkap dalam tempoh tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh ahli hadir ke Kaunter KWSP untuk pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) dan penyerahan dokumen sokongan.
- Untuk pendaftaran i-Akaun, dapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun (6 digit) melalui :
- Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000
- Kiosk KWSP
- Kaunter KWSP
- Aktifkan i-Akaun menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.
Soalan Lazim
Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
- Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.
Permohonan pengeluaran Akaun II KWSP bagi bayaran balik pinjaman PTPTN hendaklah dibuat secara online melalui e-Pengeluaran di laman web KWSP. Peminjam hendaklah mempunyai i-Akaun KWSP untuk menggunakan e-Pengeluaran.