PRODUK SIMPANAN

Simpan SSPN Prime

Pengenalan Simpan SSPN Prime

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) juga dikenali sebagai SSPN-i telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.

Kini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i kini dikenali sebagai Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.

Jumlah Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime

Jumlah pembukaan akaun Simpan SSPN Prime dari 2004 sehingga Januari 2022 adalah sebanyak 4,524,048.

Daftar akaun Simpan SSPN Prime anda hari ini dan berpeluang nikmati pelbagai keistimewaan menarik

Saluran Simpanan
0
Pendeposit
0
Pembukaan Akaun
0

Jumlah Geran Sepadan
RM10,000

Jumlah geran sepadan RM10,000 yang telah dikemaskini pada penyata dari 2005 sehingga Januari 2022 bagi akaun Simpan SSPN Prime adalah sebanyak 2,165.

Pendeposit
0
Akaun
0

Keistimewaan

PATUH
Syariah

SIMPANAN
Dijamin Kerajaan

PELEPASAN
TAKSIRAN CUKAI
Sehingga RM 8,000

PERLINDUNGAN TAKAFUL
Percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas

LAYAK MEMOHON
Pinjaman PTPTN

GERAN SEPADAN
Sehingga RM10,000 untuk keluarga yang layak

DIVIDEN
Kompetitif

PATUH
syariah

SIMPANAN
dijamin Kerajaan

PERLINDUNGAN TAKAFUL
percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas

LAYAK MEMOHON
pinjaman PTPTN

GERAN SEPADAN
sehingga RM10,000 untuk keluarga yang layak

DIVIDEN
kompetitif

PELEPASAN
TAKSIRAN CUKAI
sehingga RM 8,000*

*Nota : Pelepasan taksiran cukai individu sehingga tahun taksiran 2024

Penama
Penama
  1. Memudahkan urusan pengeluaran simpanan Simpan SSPN Prime dan/ atau Simpan SSPN Plus apabila berlakunya kematian pendeposit;
  2. Membolehkan pihak PTPTN melepaskan simpanan Simpan SSPN Prime dan/ atau Simpan SSPN Plus ke atas akaun pendeposit yang telah meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) atau menerima (bagi orang yang bukan beragama Islam) dengan segera tanpa perlu mengemukakan Geran Probet/ Surat Kuasa Mentadbir/ Perintah Pembahagian;
  3. Menjimatkan kos dan masa semasa proses tuntutan dibuat.
  • Pendeposit boleh membuat penamaan sebaik sahaja membuka akaun simpanan PTPTN.
  • Pendeposit boleh menamakan sesiapa sahaja untuk menjadi penama dengan syarat-syarat berikut:-
    a. Penama hendaklah warganegara Malaysia;
    b. Tiada had umur; dan
    c. Penamaan adalah terhad kepada 2 orang sahaja pada satu masa. Jika pendeposit berhasrat untuk menukar penama, pendeposit boleh berbuat demikian dengan mengisi borang penamaan baharu atau apa-apa kaedah yang ditentukan oleh PTPTN. Penamaan baharu akan membatalkan penamaan terdahulu.
  • Pendeposit hendaklah membuat penamaan untuk setiap akaun secara berasingan.
  • Butiran penamaan adalah sulit. Pendeposit dinasihatkan untuk tidak mendedahkan maklumat penamaan kepada orang lain selain daripada penama.
  • Permohonan penamaan boleh dibuat dengan mengisi borang penamaan di kaunter PTPTN atau memuat turun borang penamaan daripada Portal PTPTN.
  • Pendeposit hendaklah hadir sendiri ke kaunter dengan membawa bersama Kad Pengenalan untuk pengesahan. Permohonan melalui wakil atau secara pos adalah tidak dibenarkan.
  • Tarikh kuatkuasa penamaan adalah pada tarikh penerimaan borang penamaan oleh PTPTN.
  • Pendeposit hendaklah memastikan maklumat penama adalah yang terkini dan memaklumkan kepada PTPTN sekiranya ada perubahan.
  • Penamaan akan terbatal sekiranya:
    a. Penama meninggal dunia;
    b. Pendeposit memohon pembatalan penamaan dengan hadir sendiri ke kaunter PTPTN;
    c. Melalui apa-apa penamaan yang dibuat terkemudian oleh pendeposit; atau
    d. Pendeposit telah menutup akaun simpanan.
  • Pendeposit hendaklah membuat penamaan semula jika membuka akaun simpanan baharu.
Semakan Penama
  • Sebelum waris membuat tuntutan pengeluaran simpanan, waris pendeposit hendaklah menyemak terlebih dahulu status penamaan yang dibuat oleh pendeposit semasa hayatnya dengan mengemukakan:-
    a. Sijil kematian pendeposit; dan
    b. Dokumen bukti hubungan (sijil lahir/ sijil perkahwinan/ dokumen yang berkaitan)
  • Maklumat penamaan boleh diberikan kepada waris tersebut sekiranya dokumen di atas membuktikan hubungan kekeluargaan.

 

Pendeposit Yang Membuat Penamaan
  • Permohonan pengeluaran mestilah daripada penama yang dilantik oleh pendeposit.
  • Bayaran akan dibuat berdasarkan keutamaan berikut:-
    a. Keseluruhan jumlah simpanan akan dibayar kepada Penama Pertama sahaja.
    b. Sekiranya Penama Pertama telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan (dengan bukti), bayaran akan dibuat kepada Penama Kedua.
    c. Tuntutan boleh dibuat oleh Penama Kedua sekiranya Penama Pertama berumur kurang daripada 18 tahun.
    d. Jika kedua-dua penama berumur kurang daripada 18 tahun atau telah meninggal dunia semasa tuntutan dibuat, kaedah tuntutan daripada waris pendeposit adalah sama seperti kaedah tanpa penamaan.
    e. Sekiranya Penama Pertama atau Kedua diisytihar muflis, mereka perlu membawa surat kebenaran insolvensi semasa tuntutan dibuat supaya membolehkan pihak Insolvensi menguruskan aliran wang penama tersebut.
  • Penama hendaklah membawa dokumen berikut semasa membuat permohonan penutupan akaun:
    a. Borang Penutupan Akaun yang lengkap diisi
    b. Salinan MyKad penama
    c. Salinan sijil kematian pendeposit

 

Tuntutan Daripada Penama Yang Tidak Berkemampuan Fizikal Dan Mental
  • Sekiranya Penama Pertama mengalami masalah kesihatan (tidak berkemampuan fizikal dan mental), maka Penama Kedua boleh membuat tuntutan.
  • Jika Penama Pertama meninggal dunia, manakala Penama Kedua tidak berkemampuan fizikal dan mental dan disahkan tidak boleh mentadbir simpanan tersebut, maka waris lain berhak membuat tuntutan.
  • Jika kedua-dua penama tidak berkemampuan fizikal dan mental, maka waris lain berhak membuat tuntutan tersebut.
  • Ketiga-tiga keadaan di atas hendaklah dibuktikan dengan sijil kematian
    penama atau laporan perubatan penama oleh Pengamal Perubatan Berdaftar sebelum tuntutan oleh waris dibuat.
  • Kaedah tuntutan oleh waris adalah sama dengan kaedah tuntutan tanpa penamaan atau mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa.

 

Pendeposit Tanpa Penamaan
  • Waris yang membuat tuntutan perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut kepada PTPTN untuk diproses:
    a. Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet/ Perintah Pembahagian
    b. Borang Penutupan Akaun yang lengkap diisi
    c. Salinan MyKad pemohon
    d. Salinan sijil kematian pendeposit
  • Walau bagaimanapun, PTPTN boleh membayar tuntutan kepada pemohon tanpa Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet/ Perintah Pembahagian sekiranya simpanan tidak melebihi RM3,000 dengan mengisi Borang Bon Tanggung Rugi serta Borang Pengesahan Waris dan permohonan tersebut dibuat selepas tempoh 2 bulan dari tarikh kematian pendeposit.
  • PTPTN akan membayar tuntutan dengan mengkreditkannya ke akaun bank pemohon.
  • Bayaran tuntutan bagi wang simpanan kepada penama merupakan satu pelepasan yang sah oleh pihak PTPTN, segala tindakan waris-waris ke atas penama iaitu wasi adalah di luar bidang kuasa pihak PTPTN. Walau bagaimanapun, pihak PTPTN hanya boleh menasihati penama (wasi) supaya mengagihkan simpanan mengikut Hukum Syarak (bagi pendeposit beragama Islam). Manakala penama bagi bukan beragama Islam merupakan benefisiari kepada simpanan pendeposit.
  • Sekiranya simpanan tidak dituntut oleh penama/ waris selepas 7 tahun daripada tarikh layak tuntutan (penama berumur 18 tahun), PTPTN berhak menguruskan akaun pendeposit di bawah Akta Wang Tidak Dituntut atau mengikut undang-undang dan peraturan yang bersesuaian.

Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan Simpan SSPN Prime :

  1. Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00* setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;
  2. Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan Simpan SSPN Prime berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00* seorang setahun;
  3. Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan Simpan SSPN Prime berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00* setahun; dan
  4. Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.

*Nota : Pelepasan taksiran cukai individu sehingga tahun taksiran 2024

Perlindungan Takaful
Perlindungan Takaful
  • Sumbangan takaful dibayar oleh PTPTN.
  • Perlindungan Ringit ke Ringgit bagi akaun am.
  • Perlindungan:
KematianKeilatan Kekal Menyeluruh (TPD)
  • Amaun Manfaat bersamaan dengan baki akaun (Ringgit  ke Ringgit)
  • Khairat Kematian bersamaan RM2,000.00 (pendeposit)
  • Khairat Kematian bersamaan RM500.00 (penerima manfaat)
  • Amaun Manfaat bersamaan dengan baki akaun (Ringgit ke Ringgit)

Nota : Bayaran manfaat takaful akan di bayar sekali sahaja bagi sesuatu akaun samada keilatan kekal atau kematian pendeposit mengikut tuntutan yang terdahulu tertakluk kepada syarat-syarat yang ditakrifkan di dalam Sijil Induk.

  1. Pendeposit yang layak mendapat perlindungan takaful ialah:
    i. Pendeposit yang berumur antara 16 tahun hingga 65 tahun;
    ii. Pendeposit yang mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM1,000.00 dan ke atas pada tarikh kejadian.
  2. Bagi tujuan tuntutan khairat kematian atas penerima manfaat hendaklah berumur 1 hari hingga 28 tahun.

*Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran.

Geran Sepadan
Geran Sepadan

Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit (ibu bapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang). Mulai 1 Januari 2015, pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan mengikut syarat-syarat seperti berikut:

  1. Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000.00 satu keluarga

  2. Pendeposit mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00.

  3. Penerima manfaat (anak) diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan pada peringkat sijil, foundation, matrikulasi, diploma dan ke atas adalah layak untuk dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan.

  4. Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran Geran Sepadan.

  5. Tuntutan Geran Sepadan mestilah dibuat dalam tempoh pengajian penerima manfaat.

 

Pendeposit hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang telah disahkan bagi tujuan tuntutan Geran Sepadan seperti berikut:

  1. Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan Penyata Pencen/ salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan;

  2. Salinan Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Surat Akuan Berkanun penerima manfaat;

  3. Salinan MyKad pasangan/ Sijil Kematian/ Surat Cerai;

  4. Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan resit bayaran daftar masuk ke IPT;

  5. Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/ Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4)

  6. Sekiranya penerima manfaat mendapat pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen (4) dan (5) tidak diperlukan.

 

Anggaran Simpanan Selama 17 Tahun Berdasarkan Deposit Bulanan

TAHUNDEPOSIT BULANAN
RM20.00RM30.00RM40.00RM50.00RM100.00
1245.20367.80490.40613.001,226.00
2500.21750.311,000.421,250.522,501.04
3765.421,148.121,530.831,913.543,827.08
41,041.231,561.852,082.472,603.08
5,206.16
51,328.081,992.122,656.163,320.216,640.41
61,626.412,439.613,252.81
4,066.01
8,132.03
71,936.662,904.993,873.324,841.659,683.31
82,259.333,388.994,518.66
5,648.3211,296.64
92,594.90
3,892.355,189.806,487.2512,974.51
102,943.904,415.855,887.797,359.7414,719.49
113,306.854,960.286,613.718,267.1316,534.27
123,684.335,526.497,368.659,210.8218,421.64
134,076.906,115.358,153.8010,192.2520,384.50
144,485.18
6,727.768,970.3511,212.9422,425.88
154,909.787,364.689,819.5712,274.4624,548.92
165,175.768,027.0610,702.7513,378.4426,756.88
175,627.998,715.9511,621.2614,526.5829,053.15

Nota : Andaian pemberian dividen sebanyak 4% sepanjang tempoh simpanan

Kategori Had Umur Bagi Tujuan Pembukaan Akaun
Kategori Had Umur Bagi Tujuan Pembukaan Akaun

Akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain untuk penerima manfaat yang berumur 1 hari sehingga mencapai umur 29 tahun.

Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun sehingga mencapai 29 tahun mempunyai pilihan samada untuk membuka akaun individu atau menjadi penerima manfaat dimana akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain.

Warganegara Malaysia yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun individu.

Pengeluaran / Penutupan Akaun Simpan SSPN Prime
Pengeluaran / Penutupan Akaun Simpan SSPN Prime

Pendeposit boleh membuat pengeluaran/ penutupan akaun pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN. Bermula 02 Ogos 2023, had pengeluaran/ pindahan dalam talian (online) melalui Portal Rasmi PTPTN adalah sehingga RM1,000 sehari per akaun (termasuk amaun kelayakan pengekalan Geran Sepadan RM500 dan lain-lain syarat pengekalan simpanan yang ditetapkan). Sekiranya pendeposit berhasrat untuk membuat pengeluaran/ pindahan deposit melebihi had yang ditetapkan, pendeposit boleh membuat permohonan pengeluaran/ pindahan di kaunter pejabat PTPTN.

Dokumen yang diperlukan:

  1. Slip Pengeluaran Deposit/ Tuntutan Geran Sepadan atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.

  2. Mengemukakan nombor akaun bank pendeposit sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun pendeposit. Akaun mestilah atas nama pendeposit dan bukan akaun bersama.

Dokumen yang diperlukan:

  1. Slip Pengeluaran Deposit/ Tuntutan Geran Sepadan atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan;
  2. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera Pendeposit;
  3. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera Waris; dan
  4. Sijil Kematian Pendeposit.

Sekiranya Simpanan Kurang Daripada RM3,000.00

Dokumen yang diperlukan:

  1. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan;
  2. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris;
  3. Salinan Sijil Kematian pendeposit;
  4. Borang Pengesahan Waris kepada pendeposit Simpan SSPN Prime (si mati);
  5. Borang Bon Tanggung Rugi yang disediakan oleh PTPTN serta dimatikan Setem Hasil bernilai RM10.00;
  6. Nombor akaun bank peribadi waris sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun waris.

Bagi Simpanan Berjumlah RM3,000.00 dan Ke Atas

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh waris:

  1. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan;
  2. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris yang disahkan oleh pihak yang diberi kuasa;
  3. Salinan Sijil Kematian pendeposit;
  4. Mengemukakan salah satu dokumen berikut daripada mana-mana badan yang dilantik (asal dan salinan):
    1. Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
    2. Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah; atau
    3. Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).

Nota:
Butiran perihal wang simpanan Simpan SSPN Prime hendaklah disenaraikan atau dinyatakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet bagi membolehkan pengeluaran wang Simpan SSPN Prime dari akaun pendeposit (simati).

Syarat-Syarat

Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas

Penerima manfaat berumur 1 hari sehingga sebelum 29 tahun

Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/ anak kandung/ anak jagaan yang sah sahaja

Penerima manfaat yang telah mencapai umur 18 tahun boleh memilih untuk membuka akaun bagi diri sendiri

Langkah Pembukaan Akaun

Log masuk myPTPTN

Klik "PERKHIDMATAN" seterusnya klik "Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime" dan isi semua maklumat dengan lengkap

Semak maklumat akaun dan buat pengesahan pengakuan diri

Buat bayaran dan sistem akan menjana resit yang boleh disimpan dan dicetak sekiranya transaksi berjaya

e-Book Percuma

Bagaimana Cara Mendapatkan Pelepasan Cukai dengan Simpan SSPN?