Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Langkah Mudah Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Melalui KWSP

Ramai di antara kita yang tidak menyedari bahawa terdapat alternatif lain untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN, iaitu dengan menggunakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun II.

Apakah maksud pengeluaran KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN?

KWSP membenarkan pencarum atau ahli keluarga pencarum mengeluarkan wang dari Akaun II KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN. Permohonan tersebut boleh dibuat secara dalam talian melalui e-Pengeluaran di laman web rasmi KWSP.

Kelebihan bayar balik pinjaman PTPTN melalui KWSP

  • Peminjam dibenarkan menggunakan simpanan daripada Akaun II KWSP peminjam/ pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).
  • Tiada had pengeluaran, peminjam boleh membayar amaun tunggakan, sebahagian atau sekaligus baki pinjaman pendidikan PTPTN.
  • Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali, selagi Akaun II masih berbaki.
  • Tiada caj pemprosesan dikenakan.
  • Nikmati penjimatan kos ujrah serta memendekkan tempoh bayaran balik.
  • Walaupun anda telah membayar balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji atau debit terus, bayaran balik melalui KWSP juga masih dibenarkan.
  • Tidak memerlukan dokumen sokongan bagi pengeluaran seterusnya.

Berbaloi bukan?

Mula bayar balik pinjaman sekarang!

Bayar balik pinjaman PTPTN lebih mudah dengan pengeluaran KWSP Akaun II

Cara bayaran balik pinjaman PTPTN melalui pengeluaran KWSP

Peminjam boleh memohon pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN melalui i-Akaun KWSP. Di sini kami kongsikan enam (6) langkah untuk membuat permohonan:​

Langkah 1: Log masuk i-Akaun KWSP​:

  • Masukkan ID Pengguna dan klik Log Masuk
  • Masukkan Kata Laluan dan klik Teruskan

Langkah 2: Permohonan Pengeluaran:

  • Pilih PENGELUARAN pada menu utama​
  • Klik Permohonan Baharu
  • Pilih jenis pengeluaran Pendidikan dan lengkapkan maklumat pengajian anda​
  • Klik Seterusnya

Langkah 3: Lengkapkan Maklumat Ahli dan Amaun Kelayakan​

  • Lengkapkan maklumat peribadi, maklumat perhubungan, maklumat pengeluaran dan butiran pembayaran balik.
  • Klik Seterusnya

Langkah 4: Semakan Ringkasan Permohonan Pengeluaran ​

  • Semak maklumat permohonan dan klik Permohonan TAC
  • Masukkan nombor TAC di SMS dan klik Hantar​
  • Jika maklumat anda lengkap, klik Setuju untuk membuat perakuan diri

Langkah 5: Pengesahan Permohonan Pengeluaran ​

  • Permohonan berjaya dihantar ​
  • Status permohonan akan dihantar melalui SMS atau melalui mesej sekuriti inbox di i-Akaun KWSP 

Langkah 6: Hadir ke Pejabat Cawangan KWSP ​​

  • Proses pengesanan Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP ​
  • Setelah PTPTN telah memproses maklumat ini, transaksi akan mengambil masa dalam tempoh 7-14 hari bekerja​

Selesai.

Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Careline PTPTN di 03–21933000 atau Khidmat Pelanggan KWSP di 03–89226000 untuk bantuan lanjut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu anda untuk menyelesaikan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN. Di samping itu, dapat membantu generasi akan datang melanjutkan pengajian mereka di peringkat lebih tinggi.