Integriti
- Maklumat Ringkas Bahagian Pengurusan Integriti
- Polisi
- Info Integriti
- Aduan
Bahagian Pengurusan Integriti ditubuhkan selaras dengan keputusan Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 (digantikan oleh Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Tahun 2022, Ceraian SP.1.2.1) dan berperanan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Penubuhan Bahagian ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh.
FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN INTEGRITI

POLISI PENGURUSAN HADIAH, KERAIAN DAN TAJAAN
Mengawal penerimaan dan pemberian hadiah, tajaan serta keraian secara telus, berintegriti dan bebas daripada konflik kepentingan.
POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT (WHISTLEBLOWING)
Menyediakan saluran selamat untuk melaporkan salah laku, melindungi pemberi maklumat dan memastikan tindakan berintegriti dan telus.
POLISI KONFLIK KEPENTINGAN
Memastikan keputusan dibuat secara adil, telus dan bebas daripada kepentingan peribadi yang boleh menjejaskan integriti dalam kalangan warga PTPTN.
Cara Membuat Aduan Ke Bahagian Pengurusan Integriti
Hadir ke Bahagian Pengurusan Integriti
Bahagian Pengurusan Integriti
Tingkat 20, Menara PTPTN
Blok D, Megan Avenue II
No 12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Telefon
Bahagian Pengurusan Integriti
03 – 2193 1103 : Puan Aisafari binti Suparman
03 – 2193 1090 : Encik Muhammad Danial bin Mohamad Saharil
E-mel
Rasuah:
whistleblowing@ptptn.gov.my
Bukan Rasuah:
integriti@ptptn.gov.my