PRODUK KAMI

Program Mencari Pekerjaan

Pengenalan

Program mencari pekerjaan ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN. Program ini bertujuan membantu peminjam PTPTN mencari peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh rakan strategik PTPTN melalui sistem padanan kerja yang disediakan. Melalui program ini diharapkan peminjam dapat memperolehi pekerjaan dan selanjutnya dapat melaksanakan tanggungjawab membayar balik pinjaman pendidikan PTPTN demi kelangsungan dana pendidikan generasi akan datang. Rakan strategik PTPTN juga memperolehi manfaat daripada program ini kerana tidak perlu lagi mengeluarkan kos pengiklanan untuk mencari pekerja, di samping dapat memilih pekerja mengikut kriteria yang diperlukan dengan mudah berdasarkan maklumat yang boleh disediakan oleh PTPTN.

Soalan Lazim

Program Mencari Pekerjaan
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit. Optio, neque qui velit. Magni dolorum quidem ipsam eligendi, totam, facilis laudantium cum accusamus ullam voluptatibus commodi numquam, error, est. Ea, consequatur.

Program Kerjaya Perwarisan Syariah

Program Kerjaya Pewarisan Syariah yang dianjurkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) merupakan satu program yang menawarkan peluang pekerjaan secara ‘freelancer’ dalam bidang pewarisan dan perancangan harta secara Syariah di Malaysia. Peserta yang berminat akan dilatih dengan ilmu-ilmu berkaitan pewarisan Syariah dan keusahawanan secara intensif dan komprehensif untuk mempromosi dan menyebarluaskan ilmu Fiqh Mawarith kepada masyarakat di Malaysia. Peserta akan menjana pendapatan sampingan melalui komisen yang dibayar atas transaksi yang berjaya.

Program Penjana KPT CAP Keusahawanan

Program Keusahawanan: Professional Certificate in Digital Business Development adalah program keriasama PTPTN dengan UTMSpace yang diteraju oleh Digital Way Academy Sd Bhd. Program ini adalah dibawah, Program Peniana KPT-CAP yang bertujuan untuk melatih peminiam PTPTN meniadi usahawan digital bagi menjual produk redONE. Peserta program akan diberi latihan dan bimbingan.

Program GEMS

Program GEMS atau dikenali sebagai Program Graduate Executive Marketer for Simpan SSPN Plus adalah dibawah Program Dana PENJANA KPT-CAP bertujuan untuk melatih peminjam PTPTN dalam ilmu keusahawanan dan pemasaran digital disamping menjana pendapatan. Melalui program ini, PTPTN berkerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang mana peserta program akan diberi latihan dan elaun bulanan serta komisen atas jualan dengan memasarkan dan mempromosikan produk Simpan SSPN Plus.