Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp
Poster pengumuman senarai pemenang Peraduan Kongsi Kisah Anda #CeritaPTPTN dengan visual berkaitan penceritaan dan produksi video.

Senarai Pemenang Peraduan Kongsi Kisah Anda

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah berjaya menganjurkan Peraduan Kongsi Kisah Anda yang berlangsung dari 1 hingga 30 November 2024. Peraduan ini memberi ruang kepada peminjam PTPTN untuk berkongsi pengalaman sebenar mereka dalam membayar balik pinjaman pendidikan melalui penghasilan video kreatif di media sosial. Ia merupakan inisiatif yang bertujuan untuk menyemai nilai positif tentang kepentingan pengurusan kewangan, tanggungjawab sosial, dan semangat untuk terus berusaha mencapai matlamat hidup.

Penyertaan yang diterima sangat memberangsangkan dan pelbagai video bersifat motivasi, penceritaan peribadi, sehinggalah gaya sinematik yang sangat menarik. Ini menunjukkan bahawa peminjam PTPTN bukan sahaja komited dalam membayar balik pinjaman, malah kreatif dalam menyampaikan mesej penting berkaitan kesedaran kewangan. Kandungan-kandungan ini juga telah berjaya mendapat perhatian umum dan mendorong lebih ramai untuk celik kewangan.

Berikut ialah senarai pemenang Peraduan Kongsi Kisah Anda yang telah berjaya memenangi jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM10,000 hasil daripada kreativiti dan usaha luar biasa mereka:

Pemenang Hadiah Bil. Pemenang Senarai Nama & Video Pemenang
Pertama RM3,000 1
Kedua RM2,000 1
Ketiga RM1,000 1
Saguhati RM400 10

PTPTN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang atas usaha gigih mereka dalam menghasilkan video yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberi inspirasi kepada masyarakat. PTPTN turut menghargai setiap penyertaan yang diterima kerana semuanya memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej betapa pentingnya menyelesaikan hutang pendidikan demi masa depan yang lebih terjamin.

Melalui peraduan ini, PTPTN berharap agar lebih ramai peminjam akan terdorong untuk berkongsi pengalaman positif mereka dan menjadi inspirasi kepada peminjam lain. Inisiatif sebegini bukan sekadar tentang ganjaran, tetapi sebagai satu langkah untuk memperkasakan komuniti dalam membina masa depan kewangan yang lebih stabil dan bertanggungjawab.

Teruskan mengikuti kempen dan program anjuran PTPTN yang akan datang. Jadikan pengalaman anda satu kisah yang boleh dikongsi dan memberi makna kepada orang ramai terutama kepada peminjam agar memberi kesedaran dalam membuat bayaran balik.

#KongsiKisahAnda #CeritaPTPTN

Baca Artikel Peraduan Kongsi Kisah Anda.