Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para peminjam sambil menggalakkan masyarakat memanfaatkan teknologi digital untuk menguruskan kewangan pendidikan mereka. Bersempena usaha ini, PTPTN dengan sukacitanya memperkenalkan Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! yang berlangsung dari 1 Januari 2025 hingga 31 Mac 2025.

Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para peminjam yang menunjukkan komitmen dan dedikasi mereka dalam memenuhi tanggungjawab pembayaran balik pinjaman pendidikan. Pada masa yang sama, kempen ini juga menggalakkan lebih ramai peminjam untuk menggunakan myPTPTN, platform digital yang lebih mudah, cepat dan selamat.

 

Bagaimana Nak Sertai?

Peminjam berpeluang memenangi hadiah wang tunai menarik dengan ikuti syarat mudah penyertaan seperti berikut:

Kategori PemenangPengguna Baharu myPTPTNPengguna Sedia Ada myPTPTN
Syarat PenyertaanTerbuka kepada peminjam PTPTN yang memuat turun myPTPTN dan membuat pengesahan identiti (eKYC) sehingga berjaya dalam tempoh kempen.Terbuka kepada peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman minimum RM100 melalui myPTPTN dalam tempoh kempen.
Kelayakan Cabutan
  • 20 kelayakan cabutan bagi peminjam yang berjaya memuat turun myPTPTN dan membuat pengesahan identiti (eKYC) sehingga berjaya dalam tempoh kempen.
  • 10 kelayakan* cabutan bagi peminjam yang membuat bayaran balik minimum RM100 dalam satu transaksi melalui myPTPTN dalam tempoh kempen.
  • 10 kelayakan* cabutan bagi peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman minimum RM100 dalam satu transaksi melalui myPTPTN dalam tempoh kempen.

*Kelayakan cabutan diberi sekali setiap bulan apabila peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman pendidikan minimum RM100 dalam satu transaksi.

 

Tawaran Hadiah Menarik

PTPTN menawarkan hadiah tunai yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun pinjaman peminjam seperti berikut:

Kategori PemenangHadiah TunaiBil. Pemenang
Cabutan myPTPTN Anytime, Anywhere!RM1,00025
Kategori Khas

Pengguna baharu myPTPTN yang ke 2.5 juta berjaya muat turun myPTPTN dan membuat pengesahan identiti (eKYC) sehingga berjaya
RM2,5001

Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah! Bersama-sama manfaatkan teknologi untuk pengurusan kewangan pendidikan yang lebih baik. Muat turun myPTPTN hari ini untuk transaksi yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Baca Terma & Syarat Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere!

Baca Soalan Lazim Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere!

Baca artikel berkaitan di sini