Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) amat menghargai peminjam yang telah berusaha dan berjaya melaksanakan tanggungjawab mereka dalam membayar balik pinjaman PTPTN. Usaha dan komitmen peminjam dalam menguruskan kewangan pendidikan adalah sesuatu yang patut dicontohi dan diraikan.
Bersempena dengan itu, PTPTN menganjurkan Peraduan Kongsi Kisah Anda, sebuah inisiatif yang bertujuan untuk mendorong para peminjam berkongsi pengalaman mereka dalam perjalanan sebagai peminjam melalui penyertaan yang dalam bentuk video kreatif. Peraduan ini bukan sahaja menjadi platform untuk memupuk nilai-nilai murni, tetapi juga berperanan dalam memberi inspirasi kepada masyarakat luas.
Peraduan ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN untuk mengungkapkan pengalaman mereka dengan cara yang menarik dan memberi makna, sekaligus mempromosikan nilai-nilai positif kepada masyarakat. Peraduan ini berlangsung dari 1 November 2024 hingga 30 November 2024, memberi ruang kepada peserta untuk menggunakan daya kreativiti mereka dalam menghasilkan video yang bukan sahaja menarik, tetapi juga mampu memberi impak yang mendalam kepada penonton.
Bagaimana Cara Nak Sertai?
Langkah 1: Muat Naik Video
- Peserta perlu menghasilkan video kreatif yang berdurasi tidak melebihi 3 minit.
- Video tersebut boleh dihasilkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan mesti memaparkan pengalaman sebagai peminjam PTPTN serta mengandungi nilai-nilai positif.
- Peserta perlu memuat naik video ke akaun media sosial Facebook/ Instagram/ TikTok beserta hashtag #KongsiKisahAnda dan #CeritaPTPTN.
- Video perlu dimuat naik sebelum atau selewat-lewatnya 30 November 2024.
Langkah 2: Tag Media Sosial Rasmi PTPTN
- Pastikan akaun media sosial ditetapkan dalam mod Public dan tag akaun media sosial rasmi PTPTN di @PTPTNOfficial.
Langkah 3: Isi Borang Penyertaan
- Peserta perlu mengisi borang penyertaan melalui Google Form di pautan: https://bit.ly/PeraduanKongsiKisahAnda selewat-lewatnya 30 November 2024.
Tawaran Hadiah Menarik
PTPTN menawarkan hadiah wang tunai yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun pinjaman peminjam. Berikut adalah hadiah menarik yang ditawarkan:
Pemenang | Hadiah | Bil. Pemenang |
Pertama | RM3,000 | 1 |
Kedua | RM2,000 | 1 |
Ketiga | RM1,000 | 1 |
Saguhati | RM400 | 10 |
Ini adalah peluang bagi peminjam PTPTN untuk berkongsi pengalaman berharga, menyebarkan inspirasi kepada orang lain, dan berpeluang meraih hadiah tunai. Siapa tahu, mungkin kisah anda akan memberi impak yang mendalam serta mencetuskan perubahan positif kepada masyarakat.