Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menganjurkan Peraduan Kongsi Kisah Anda dari 1 hingga 30 November 2024 yang memberi peluang kepada peminjam PTPTN untuk berkongsi pengalaman mereka dalam membayar balik pinjaman PTPTN melalui penghasilan video kreatif di media sosial.
Peraduan ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dengan pelbagai penyertaan kreatif yang memaparkan kisah inspirasi yang dikongsikan oleh para peserta. Ini membuktikan dedikasi dan komitmen luar biasa dalam menyampaikan mesej bermakna tentang pentingnya pengurusan kewangan yang bijak.
Berikut adalah senarai pemenang Peraduan Kongsi Kisah Anda yang berjaya memenangi hadiah tunai keseluruhan RM10,000 atas kreativiti dan usaha luar biasa mereka dalam berkongsi kisah inspirasi:
Pemenang | Hadiah | Bil. Pemenang | Senarai Nama & Video Pemenang |
Pertama | RM3,000 | 1 | |
Kedua | RM2,000 | 1 | |
Ketiga | RM1,000 | 1 | |
Saguhati | RM400 | 10 |
PTPTN merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang atas kreativiti dan usaha luar biasa mereka dalam berkongsi kisah inspirasi kepada masyarakat. PTPTN juga menghargai sokongan dan penyertaan semua peserta yang menjayakan inisiatif ini. Semoga kisah-kisah yang dikongsikan menjadi dorongan dan motivasi kepada rakyat Malaysia untuk terus berusaha mencapai kestabilan dan kebebasan kewangan.
#KongsiKisahAnda #CeritaPTPTN