Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan, termasuklah peminjam PTPTN.
Sejajar dengan komitmen tersebut, PTPTN telah memperkenalkan inisiatif #PTPTNSediaBantu bagi mempermudahkan urusan berkaitan pinjaman dan bayaran balik. Inisiatif ini menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan yang mudah, cepat dan selamat untuk memastikan peminjam mendapat bantuan dan panduan daripada barisan frontliners PTPTN yang berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik.
Saluran Perkhidmatan #PTPTNSediaBantu
Terdapat lima (5) kategori frontliners yang boleh dihubungi peminjam untuk berurusan dengan PTPTN tanpa perlu hadir ke kaunter PTPTN iaitu:
i) Careline
Hubungi Careline PTPTN di talian 03 – 2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat, bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang (kecuali cuti umum).
ii) Live Chat
Klik pada ikon Live Chat di portal rasmi PTPTN yang beroperasi Isnin hingga Jumaat, bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang (kecuali cuti umum).
iii) e-Aduan
Salurkan aduan, maklum balas atau pertanyaan anda melalui sistem e-Aduan di portal rasmi PTPTN. Setiap aduan akan diambil perhatian untuk tindakan sewajarnya dalam tempoh yang ditetapkan.
iv) Eksekutif Jualan PTPTN
Untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman dan bayaran balik, hubungi Eksekutif Jualan PTPTN yang sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat profesional kepada anda. Maklumat perhubungan boleh dirujuk melalui portal rasmi PTPTN.
v) Media Sosial Rasmi PTPTN
Ikuti dan hubungi PTPTN melalui platform media sosial rasmi @PTPTNOfficial untuk mendapatkan maklumat terkini, notis penting dan berinteraksi secara terus dengan pegawai PTPTN. Pastikan anda berhubung hanya melalui akaun yang disahkan sahaja.
Selain itu, peminjam juga boleh berurusan secara terus dengan pegawai PTPTN di kaunter Pejabat Cawangan PTPTN seluruh negara untuk penyelesaian urusan berkaitan pinjaman dan bayaran balik.
Melalui pelaksanaan inisiatif #PTPTNSediaBantu, PTPTN terus komited untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memastikan setiap pelanggan mendapat akses kepada perkhidmatan yang terbaik serta menyeluruh.