Search
Close this search box.
Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Senarai Pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa komited bagi menggalakkan budaya menabung dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi produk Simpan SSPN.

Oleh itu, Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 yang diteruskan pada tahun ini adalah sebagai penghargaan kepada pendeposit yang sentiasa menjadikan Simpan SSPN sebagai pilihan utama simpanan pendidikan anak-anak.

Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 menawarkan hadiah lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai lebih RM1.3 juta untuk dimenangi oleh 938 pemenang. Cabutan ini terdiri daripada Cabutan Tahunan dan lima (5) Cabutan Siri yang diadakan dengan tema-tema tertentu seperti berikut:

KATEGORI CABUTAN TEMPOH KEMPEN
Cabutan Siri WOW! Gong Xi Ang Pow 1 Januari 2024 – 29 Februari 2024
WOW! Syoknya Raya 1 Mac 2024 – 30 April 2024
WOW! Kasih 1 Mei 2024 – 30 Jun 2024
WOW! Merdeka 1 Julai 2024 – 31 Ogos 2024
WOW! Superheroes 1 September 2024 – 31 Oktober 2024
Cabutan Tahunan 1 Januari 2024 – 31 Disember 2024

Berikut adalah senarai pemenang:

Cabutan Siri WOW! Gong Xi Ang Pow

PEMENANG HADIAH JUMLAH PEMENANG SENARAI PEMENANG
Utama Tunai bernilai RM10,000 1
Saguhati Tunai bernilai RM500 180

Cabutan Siri WOW! Syoknya Raya

PEMENANG HADIAH JUMLAH PEMENANG SENARAI PEMENANG
Utama Tunai bernilai RM10,000 1
Saguhati Tunai bernilai RM500 180

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Baca artikel Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024.