Tempoh kempen:

1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024

Syarat kelayakan

Terbuka kepada pendeposit sedia ada dan baharu bagi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.

Pendeposit perlu memastikan akaun Simpan SSPN kekal aktif dan akaun Simpan SSPN Plus tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan.

Pendeposit tidak boleh membuat pengeluaran atau pindahan simpanan semasa tempoh pengekalan.

Cabutan WOW! Tahunan

Bermimpi ingin memiliki kereta mewah? Inilah peluang anda! Menangi kereta, motosikal dan tunai lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM842,000 untuk dimenangi oleh 78 pemenang.

Tempoh kempen:

1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024

untuk dimenangi oleh

untuk dimenangi oleh

Cabutan Siri WOW!

Gapai peluang emas anda di 2024! Sertai lima (5) Cabutan Siri sepanjang tahun 2024 dan nikmati peluang menang besar dengan jumlah tunai keseluruhan RM500,000 untuk dimenangi oleh 905 pemenang. Betul-betul WOW!

Tempoh kempen:

1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024

Cabutan WOW!
Gong Xi Ang Pow

Tempoh kempen: 1 Januari 2024 sehingga 29 Februari 2024

Tempoh Pengekalan:
1 Mac 2024 sehingga 31 Mac 2024

Cabutan WOW!
Syoknya Raya

Tempoh kempen: 1 Mac 2024 sehingga 30 April 2024

  • 00Hari
  • 00Jam
  • 00Minit
  • 00Saat

Tempoh Pengekalan:
1 Mei 2024 sehingga 31 Mei 2024

Cabutan WOW!
Kasih

Tempoh kempen: 1 Mei 2024 sehingga 30 Jun 2024

Tempoh Pengekalan:
1 Julai 2024 sehingga 31 Julai 2024

Cabutan WOW!
Merdeka

Tempoh kempen: 1 Julai 2024 sehingga 31 Ogos 2024

Tempoh Pengekalan:
1 September 2024 sehingga 30 September 2024

Cabutan WOW!
Superheroes

Tempoh kempen: 1 September 2024 sehingga 31 Oktober 2024

Tempoh Pengekalan:
1 November 2024 sehingga 30 November 2024

Ingin dapatkan cabutan berganda?

Muat turun dan log masuk myPTPTN

Buka akaun atau buat penambahan simpanan di Simpan SSPN melalui myPTPTN/ Potongan Gaji/ Debit Terus

Pastikan akaun Simpan SSPN kekal aktif dan akaun Simpan SSPN Plus tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan

Mereka sudah, anda bila lagi?

Simpan SSPN menjadi pilihan utama penabungan anak saya. Saya tidak menyangka niat untuk menabung dana pendidikan anak saya telah memberikan peluang untuk memenangi cabutan bertuah ini.

Encik Khang Tsung Fei

PEMENANG UTAMA CABUTAN WOW! SIMPAN SSPN PLUS 2021

Simpan lebih, peluang menang pun lebih!

Ada persoalan?

Apakah yang dimaksudkan dengan Tempoh Pengekalan?

Tempoh Pengekalan adalah tempoh di mana pendeposit tidak boleh membuat pengeluaran dan/atau pindahan simpanan semasa tempoh pengekalan daripada mana-mana akaun yang didepositkan dalam tempoh kempen untuk melayakkan cabutan.

Adakah permohonan perlu dibuat untuk melayakkan pendeposit menyertai Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024?

Tidak perlu kerana kelayakan Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 ini adalah automatik bagi pendeposit yang layak.

Jika pendeposit meninggal dunia, adakah akaun tersebut masih layak untuk menyertai cabutan?

LAYAK. Tertakluk kepada terma dan syarat simpanan.

Bilakah tarikh cabutan?

Secara tentatifnya, tarikh cabutan adalah 20 hari selepas tamat tempoh setiap cabutan. Walau bagaimanapun, tarikh ini mungkin akan berubah mengikut keperluan dan keadaan semasa.

Bagaimanakah makluman kepada pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 akan dibuat?

Pemenang akan dimaklumkan melalui surat/ emel/ panggilan telefon atau kaedah penyampaian lain yang bersesuaian. Nama-nama pemenang juga akan dipaparkan di laman portal rasmi PTPTN: www.ptptn.gov.my

Bilakah hadiah tunai akan dikreditkan kepada pemenang?

Hadiah berbentuk ganjaran tunai yang dimenangi akan dikreditkan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime dalam tempoh DUA (2) BULAN dari tarikh cabutan. Pelarasan hadiah tunai akan dikreditkan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime pendeposit yang dibuka untuk diri sendiri. Jika pemenang tidak mempunyai akaun Simpan SSPN Prime yang dibuka untuk diri sendiri, pembukaan akaun akan dibuat berdasarkan kepada butiran sedia ada pendeposit di dalam rekod PTPTN.

Terokai perkhidmatan myPTPTN dengan evolusi baharu

Muat turun myPTPTN hari ini dan nikmati pelbagai perkhidmatan hanya dengan sekali sentuhan. 

Mudah, cepat & selamat.

Hak Cipta Terpelihara  © Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional