Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan kemudahan pinjaman bagi program pensijilan profesional di bawah “Program Tauliah Industri dan Profesional Kementerian Pendidikan Tinggi Profesional and lndustrial Credential Programme (KPTiP)” yang dilaksanakan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Program ini menyasarkan latihan kompetensi/ pensijilan profesional berasaskan kepakaran untuk meningkatkan nilai tambah graduan bagi membantu meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan Institusi Pendidikan Tinggi, membantu graduan mendapatkan gaji yang setara dengan kelayakan pendidikan serta mengurangkan isu bekerja di bawah kelayakan pendidikan (underemployment) sekali gus dapat membantu menggalakkan graduan membuat bayaran balik pinjaman pendidikan kepada PTPTN.
Syarat-syarat permohonan KPTiP ini adalah seperti berikut:
- Pelajar Tahun Ketiga dan Akhir di Institusi Pendidikan Tinggi Awam;
- Program yang dilaksanakan hendaklah mendapat pengiktirafan daripada Badan Profesional atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
- Pendanaan program bagi peserta adalah berdasarkan kaedah pinjaman daripada pihak PTPTN; dan
- Pelajar yang berjaya menamatkan program dan menerima pensijilan profesional dalam tempoh program akan diberikan diskaun 50% atau maksimum sehingga RM5,000. Manakala bagi pelajar yang gagal, bayaran balik kos keseluruhan pinjaman PTPTN akan dikenakan.
Baca Soalan Lazim
Borang Permohonan
Garis Panduan Pelaksanaan Program Tauliah Industri dan Profesional Kementerian Pendidikan Tinggi (KPTiP)