Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Program Bulan Mesra Peminjam 2026

Setiap peminjam mempunyai situasi dan komitmen kewangan yang berbeza. Justeru, perancangan bayaran balik pinjaman yang teratur amat penting bagi memastikan komitmen kewangan dapat diurus dengan lebih baik, sekali gus membantu peminjam mengelakkan tunggakan yang berpanjangan.

Menyedari keperluan ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kembali menganjurkan Bulan Mesra Peminjam (BMP) 2026 bermula 1 November hingga 15 Disember 2026 di Pejabat PTPTN Negeri dan Cawangan seluruh negara.

Penganjuran program ini merupakan antara inisiatif berterusan PTPTN dalam mendekati peminjam dengan menyediakan ruang rundingan, khidmat nasihat serta pelbagai kemudahan bagi membantu mereka mengurus bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan dan keadaan kewangan masing-masing.

Sepanjang BMP 2026, pelbagai kemudahan disediakan bagi membantu peminjam mendapatkan penyelesaian bayaran balik yang lebih mudah dan teratur, antaranya:

Rundingan & Khidmat Nasihat Kewangan

Rundingan dan khidmat nasihat kewangan di kaunter PPN sempena Kempen Lestari Pendidikan.

Bayaran Tunggakan Serendah 20%

Tawaran bayaran serendah 20% atau RM1,000.00 daripada keseluruhan tunggakan yang mana lebih tinggi bagi tujuan penstrukturan semula/ penggabungan pinjaman dan pertukaran Ujrah.

Tawaran ini tidak terpakai bagi peminjam yang telah disenaraikan dalam Agensi Perunding Hutang (APH).

Cabutan Hadiah BMP PTPTN 2026

Cabutan hadiah dengan bayaran balik serendah RM500 untuk melayakkan 1 cabutan dan berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM70,000.

Melalui kemudahan ini, peminjam khususnya yang mempunyai tunggakan digalakkan untuk hadir mendapatkan khidmat rundingan secara terus bersama pegawai PTPTN. Setiap rundingan membuka ruang kepada peminjam untuk mengenal pasti pilihan bayaran balik yang bersesuaian, sekali gus membantu mereka merancang komitmen kewangan dengan lebih berkesan.

Cabutan Hadiah BMP PTPTN 2026

Lebih menarik, peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman sepanjang tempoh program turut berpeluang menyertai Cabutan Hadiah BMP PTPTN 2026 dengan tawaran hadiah tunai menarik keseluruhan bernilai RM70,000 kepada 140 orang pemenang.

Sebanyak 10 pemenang bagi setiap negeri berpeluang menerima hadiah seperti berikut:

PemenangHadiah TunaiBilangan Pemenang
UtamaRM2,000.001 Pemenang × 14 Negeri
KeduaRM1,000.001 Pemenang × 14 Negeri
KetigaRM500.003 Pemenang × 14 Negeri
SaguhatiRM100.005 Pemenang × 14 Negeri

Hadiah berbentuk ganjaran tunai yang dimenangi akan dikreditkan ke dalam akaun pinjaman pemenang sebagai bayaran balik pinjaman mengikut terma dan syarat.

Kelayakan penyertaan cabutan ditentukan berdasarkan amaun bayaran balik pinjaman seperti berikut:

Saluran BayaranBayaran MinimumCabutan
myPTPTNRM500.002 cabutan
Selain myPTPTNRM500.001 cabutan

Peminjam akan mendapat tambahan bilangan cabutan untuk setiap gandaan transaksi bayaran balik yang bernilai RM500.00 dalam tempoh kempen.

Waktu Operasi Pejabat PTPTN Negeri & Cawangan

Bagi memberikan lebih fleksibiliti kepada pelanggan, PTPTN turut melanjutkan waktu operasi kaunter di Pejabat PTPTN Negeri dan cawangan seluruh negara mulai 1 hingga 15 Disember 2026.

Inisiatif ini membolehkan lebih ramai peminjam mendapatkan khidmat rundingan dan menyelesaikan urusan bayaran balik secara bersemuka pada waktu yang lebih fleksibel.

Pejabat PTPTN NegeriTarikhHariMasa
Semua negeri kecuali Terengganu, Kedah, Kelantan & Sabah1 – 15 Disember 2026Isnin – Jumaat8.30 pagi – 6.00 petang
Terengganu, Kedah, Kelantan sahaja

1 – 15 Disember 2026

Ahad – Khamis8.30 pagi – 6.00 petang

Pejabat PTPTN Negeri dan Cawangan Terpilih

5 & 12 Disember 2026Sabtu9.00 pagi – 5.00 petang

Melalui BMP 2026, peminjam berpeluang mengambil langkah pertama ke arah pengurusan kewangan yang lebih terancang. Jangan biarkan tunggakan terus bertambah. Rebut peluang untuk berunding, susun semula komitmen bayaran balik dan nikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan sepanjang program ini.

Tindakan anda bukan sahaja membantu mengurus kewangan dengan lebih baik, malah memastikan peluang pendidikan yang sama dapat dinikmati oleh generasi seterusnya.

Jom kunjungi Pejabat PTPTN Negeri atau Cawangan terdekat dan manfaatkan Bulan Mesra Peminjam PTPTN 2026!