Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Senarai Pemenang Cabutan Jom Bayar PTPTN

Bersempena Hari Mesra Pelanggan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melaksanakan Kempen Jom Bayar PTPTN sebagai galakkan kepada para peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman. Inisiatif ini juga merupakan satu usaha melalui pendekatan yang lebih mesra agar peminjam tampil berunding dengan PTPTN sekali gus memastikan kutipan bayaran balik pinjaman terus meningkat.

Cabutan Jom Bayar PTPTN merupakan antara tawaran istimewa yang telah dilaksanakan. Kempen yang berlangsung bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2023 lalu menawarkan hadiah tunai keseluruhan berjumlah RM70,000 untuk 140 pemenang di seluruh negeri.

Berikut merupakan senarai pemenang Kempen Cabutan Jom Bayar PTPTN bagi setiap negeri:

Pemenang Hadiah (RM) Bilangan Pemenang Senarai Pemenang Mengikut Negeri
Utama 2,000 1 1. Kuala Lumpur
2. Selangor
3. Negeri Sembilan
4. Melaka
5. Johor
6. Perak
7. Pulau Pinang
8. Kedah
9. Perlis
10.Pahang
11. Kelantan
12. Terengganu
13. Sarawak
14. Sabah
Kedua 1,000 1
Ketiga 500 3
Saguhati 100 5

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Untuk maklumat lanjut, baca artikel PTPTN Lancar Kempen Jom Bayar PTPTN Sempena Hari Mesra Pelanggan.