Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Senarai Pemenang Kempen Cabutan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 yang merupakan program signature PTPTN dalam memartabatkan amalan penabungan dan mempromosikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pilihan utama masyarakat Malaysia.

Program tahunan yang diadakan semenjak tahun 2018 ini membawa kelainan dari tahun sebelumnya apabila buat julung kalinya dilaksanakan menerusi konsep jelajah (roud tour) merentasi 14 negeri di lokasi terpilih seluruh Malaysia sepanjang bulan Oktober 2023 iaitu bermula 28 September 2023 sehingga 31 Oktober 2023.

Pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik yang disediakan termasuk Kempen Cabutan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 yang diadakan sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana setia memilih Simpan SSPN sebagai pilihan utama untuk membuat simpanan. Kempen Cabutan BMS 2023 yang bermula pada 1 Oktober 2023 sehingga 31 Oktober 2023 ini menawarkan hadiah tunai keseluruhan RM75,000 untuk 66 orang pemenang.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi Kempen Cabutan BMS 2023:

Kedudukan Hadiah Bilangan Pemenang Senarai Pemenang
Utama Tunai bernilai RM10,000 1
Saguhati Tunai bernilai RM1,000 65
Jumlah Bilangan Pemenang 66

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web BMS 2023.