Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui KWSP (Kali Kedua): Lebih Mudah Tanpa Cap Ibu Jari

Memanfaatkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah satu cara yang bijak bagi peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan mereka. Dengan menggunakan sebahagian daripada simpanan KWSP, iaitu Akaun 2 KWSP, peminjam bukan hanya dapat menyelesaikan pinjaman pendidikan, malah dapat memberi sumbangan kepada generasi yang akan datang.

Di artikel sebelum ini, kami telah kongsikan langkah mudah bayaran balik pinjaman PTPTN melalui KWSP yang menerangkan cara-cara untuk membuat permohonan pengeluaran Akaun 2 KWSP buat kali pertama. Sekiranya anda terlepas informasi tersebut, boleh baca di sini.

Berita Baik!

Ahli KWSP boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membayar balik pinjaman pendidikan PTPTN sendiri, pasangan (suami/ isteri), anak-anak dan/ atau ibu bapa.

Semak Baki Pinjaman Anda

Sebelum membuat pengeluaran KWSP, jom semak baki pinjaman anda melalui myPTPTN dengan ikuti langkah di bawah:

  1. Layari myPTPTN di sini
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan untuk Log Masuk myPTPTN
  3. Klik “Semakan Penyata”

Mula bayar balik pinjaman sekarang!

Bayar balik pinjaman PTPTN lebih mudah dengan pengeluaran KWSP Akaun II

Kini Lebih Mudah | Cara Permohonan Pengeluaran Kali Kedua

Permohonan bagi pengeluaran simpanan dari KWSP untuk kali kedua dan seterusnya, adalah lebih mudah kerana anda tidak perlu hadir ke Pejabat Cawangan KWSP bagi tujuan cap jari. Jadi, kami kongsikan cara membuat pengeluaran KWSP kali kedua dan seterusnya seperti di bawah.

Langkah 1: Log masuk i-Akaun KWSP

  • Masukkan ID Pengguna dan klik Log Masuk
  • Masukkan Kata Laluan dan klik Teruskan

Langkah 2: Permohonan Pengeluaran

  • Pilih PENGELUARAN pada menu utama​
  • Klik Permohonan Baharu
  • Pilih jenis pengeluaran Pendidikan dan lengkapkan maklumat pengajian anda​
  • Klik Seterusnya

Langkah 3: Lengkapkan Maklumat Ahli dan Amaun Kelayakan​

  • Lengkapkan maklumat peribadi, maklumat perhubungan, maklumat pengeluaran dan butiran pembayaran balik.
  • Klik Seterusnya

Langkah 4: Semakan Ringkasan Permohonan Pengeluaran ​

  • Semak maklumat permohonan dan klik Permohonan TAC
  • Masukkan nombor TAC di SMS dan klik Hantar​
  • Jika maklumat anda lengkap, klik Setuju untuk membuat perakuan diri

Langkah 5: Pengesahan Permohonan Pengeluaran ​

  • Permohonan berjaya dihantar ​
  • Status permohonan akan dihantar melalui SMS atau melalui mesej sekuriti inbox di i-Akaun KWSP 

Setelah PTPTN memproses dan mengesahkan maklumat permohonan ini, transaksi akan mengambil masa dalam tempoh 7-14 hari bekerja

Selesai.

Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Careline PTPTN di 03–21933000 atau Khidmat Pelanggan KWSP di 03–89226000 untuk bantuan lanjut.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Jangan tunggu lagi, mulakan bayaran balik pinjaman PTPTN anda melalui KWSP hari ini.