Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melaksanakan Kempen Fantastic Duo: Pay & Win yang bertujuan untuk menggalakkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN.
Kempen Fantastic Duo: Pay & Win terbuka kepada peminjam yang membuat pendaftaran debit terus (direct debit) melalui e-mandate dan potongan gaji serta peminjam yang sedang membayar balik pinjaman pendidikan PTPTN melalui debit terus (direct debit) dan potongan gaji di dalam tempoh kempen bermula 1 Disember 2022 sehingga 30 April 2023 dan dilanjutkan sehingga 31 Mei 2023.
Kempen Fantastic Duo: Pay & Win menawarkan hadiah tunai lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM100,000.
Senarai pemenang adalah seperti berikut :
Kategori 1: Debit Terus (Direct Debit)
Kedudukan | Hadiah | Bilangan Pemenang | Senarai Pemenang |
Utama | RM10,000.00 | 1 | |
Saguhati | RM500.00 | 80 |
Kategori 2: Potongan Gaji
Kedudukan | Hadiah | Bilangan Pemenang | Senarai Pemenang |
Utama | RM10,000.00 | 1 | |
Saguhati | RM500.00 | 80 |
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.