Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Senarai Pemenang Kempen JomPAY & Win! 2023

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Ambank (JomPAY) telah melaksanakan Kempen JomPAY & Win! 2023 dengan matlamat utama untuk mendorong dan memudahkan bayaran balik pinjaman dalam kalangan peminjam PTPTN melalui saluran JomPAY.

Kempen ini telah diadakan bermula 17 Julai 2023 sehingga 16 September 2023 yang lalu dan terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui saluran JomPAY dalam tempoh kempen.

Sempena bulan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 2023, Kempen JomPAY & Win! 2023 menawarkan peluang kepada peminjam untuk memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000 untuk 66 orang pemenang.

Berikut adalah senarai pemenang:

Kedudukan Hadiah Bilangan Pemenang Senarai Pemenang
Utama RM11,000 1
Kedua RM5,000 2
Ketiga RM3,000 3
Saguhati RM500 60
Jumlah Pemenang 66

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Info lanjut, KLIK DI SINI