Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Langkah Bijak Membayar Balik Pinjaman PTPTN Secara Konsisten

Setelah kita memasuki alam pekerjaan, kita tidak asing lagi dengan cabaran baharu yang sentiasa menjelma terutamanya dalam menguruskan kewangan. Salah satu komitmen yang tidak boleh diabaikan adalah bayaran balik pinjaman PTPTN. Ini bukan sekadar tanggungjawab kepada peminjam, malah amat bermakna demi kesinambungan pinjaman PTPTN kepada generasi akan datang.

Bayaran balik pinjaman PTPTN secara konsisten juga merupakan cara terbaik untuk menyelesaikan pinjaman di mana dapat mengurangkan beban hutang sedikit demi sedikit. Selain itu, peminjam juga dapat membina rekod kredit yang baik, di mana sangat penting dalam pelbagai aspek kewangan di masa hadapan. Di sini, kami akan berkongsi beberapa strategi bijak dan praktikal untuk membantu anda mengatur langkah bayaran balik pinjaman PTPTN dengan lebih efektif.

Kandungan

 

Kita sering mendengar frasa “bijak berhutang, cerdik membayar”, bukan? Jadi, inilah masa untuk anda mempraktikkannya. Ingin mengetahui lebih lanjut? Teruskan membaca untuk menemui rahsia dan tip yang efektif kami kongsikan di bawah.

Panduan terbaik bayar PTPTN tanpa tekanan tapi konsisten

Membayar balik pinjaman PTPTN anda secara konsisten adalah kunci untuk mengurangkan tekanan kewangan. Terdapat beberapa kaedah untuk memastikan anda tetap berada pada landasan yang betul dalam pembayaran pinjaman. Dua (2) kaedah yang sering digunakan adalah potongan gaji dan debit terus. Kedua-dua kaedah ini dapat menjaga pembayaran pinjaman anda dibuat pada tepat waktu dan terurus. Pejam celik, pejam celik, pinjaman tinggal sedikit.

1. Potongan Gaji

Anda boleh memohon potongan gaji melalui myPTPTN dengan melengkapkan butiran peribadi dan majikan untuk diproses oleh PTPTN. Ikuti langkah-langkah berikut bagi permohonan potongan gaji:

Langkah 1:

  • Log masuk ke myPTPTN
  • Klik “PERKHIDMATAN”

 

Langkah 2:

  • Klik “Permohonan Potongan Gaji”
  • Klik “PERMOHONAN BARU”
  • Klik “MOHON” pada akaun Pinjaman Ujrah

 

Langkah 3:

  • Pilih “Nama Majikan”
  • Kemaskini maklumat dan klik “SETERUSNYA”
  • Semak maklumat dan buat pengesahan pengakuan diri dan klik “SIMPAN”

 

Langkah 4:

  • Permohonan potongan gaji anda sudah diterima

Proses potongan gaji mengambil masa berapa lama?

Proses tersebut akan mengambil masa selama tiga (3) bulan sebelum amaun yang ditolak dinyatakan di penyata gaji.

Peminjam boleh membuat semakan dari semasa ke semasa melalui myPTPTN bagi memastikan potongan gaji berjaya dibuat.

Nota: Sekiranya belum ada sebarang penolakan, peminjam boleh menyemak semula dengan majikan ataupun dengan PTPTN. Mungkin ada dokumen yang tidak lengkap atau tidak mematuhi prosedur permohonan potongan gaji.

2. Debit Terus

Alternatif lain untuk peminjam membuat bayaran balik secara konsisten adalah debit terus. Anda boleh membuat permohonan debit terus melalui myPTPTN dan ikuti langkah mudah berikut:

Langkah 1:

  • Log masuk ke myPTPTN
  • Klik “PERKHIDMATAN”

 

Langkah 2:

  • Klik “Permohonan Debit Terus”
  • Klik “MOHON” pada akaun Pinjaman Ujrah
  • Klik “MOHON” untuk teruskan

 

Langkah 3:

  • Kemaskini maklumat anda dan klik “SETERUSNYA”
  • Semak maklumat dan buat pengesahan pengakuan diri dan klik “SETERUSNYA”

 

Langkah 4:

  • Klik “PILIHAN BANK” dan klik “TERUSKAN”
  • Sekiranya transaksi berjaya, secara automatik sistem akan menjana resit yang boleh disimpan dan dicetak

 

Sebagai peminjam, anda hendaklah kemas kini amaun di dalam sistem permohonan bank berdasarkan jadual bayaran balik yang ditetapkan oleh PTPTN. Tunggakan di penyata pinjaman akan berlaku sekiranya amaun yang dimohon didapati lebih rendah daripada jadual sebenar.

Peminjam juga wajib memastikan baki dalam akaun bank adalah mencukupi semasa proses penolakan berlaku. Kebiasaannya, penolakan adalah pada 1hb, 10hb atau 27hb setiap bulan tertakluk kepada tarikh kelulusan permohonan kebenaran debit terus oleh pihak bank pemohon.

Sekiranya transaksi potongan debit terus gagal dilakukan, berkemungkinan atas faktor berikut:

  1. Baki di dalam akaun bank tidak mencukupi
  2. Akaun pemohon telah tutup atau akaun tidak aktif
  3. Sebab-sebab lain yang ditentukan oleh pihak bank pemohon. Peminjam boleh hubungi pihak bank untuk semakan lanjut.

 

Peminjam harus peka dengan status akaun bank supaya proses debit terus adalah berjaya dilakukan.

Gunakan Akaun II KWSP untuk bayar balik pinjaman PTPTN

Memanfaatkan Akaun II KWSP untuk pembayaran balik pinjaman PTPTN merupakan salah satu langkah bijak dan efektif untuk anda mempercepatkan proses pengurangan baki pinjaman PTPTN anda.

Dengan menggunakan sebahagian daripada simpanan KWSP, anda bukan sahaja berpeluang untuk menyelesaikan hutang lebih awal tetapi juga membuka jalan ke arah kewangan yang lebih stabil. Pilihan ini patut dipertimbangkan, terutama bagi mereka yang memiliki simpanan yang cukup dalam Akaun II dan ingin mengurangkan beban kewangan mereka dengan lebih cepat.

Anda juga boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun II KWSP bagi membayar balik pinjaman pendidikan PTPTN sendiri, pasangan (suami/ isteri), anak-anak dan/ atau ibu bapa.

Kelebihan bayar balik pinjaman PTPTN melalui Akaun II KWSP:

  • Tiada had pengeluaran, peminjam boleh membayar amaun tunggakan, sebahagian atau sekaligus baki pinjaman pendidikan PTPTN.
  • Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali, selagi Akaun II masih berbaki.
  • Tiada caj pemprosesan yang dikenakan.
  • Nikmati penjimatan kos ujrah serta memendekkan tempoh bayaran balik.
  • Walaupun anda telah membayar balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji atau debit terus, bayaran balik melalui KWSP juga masih dibenarkan.
  • Tidak memerlukan dokumen sokongan bagi pengeluaran seterusnya.

Mula bayar balik pinjaman sekarang!

Bayar balik pinjaman PTPTN lebih mudah dengan pengeluaran KWSP Akaun II

Ketahui langkah mudah bayaran balik pinjaman PTPTN melalui KWSP di sini

Akibat tidak membayar balik pinjaman PTPTN

Pinjaman PTPTN akan direkodkan dalam laporan CCRIS selepas 12 bulan tamat tempoh pinjaman. Jika bayaran tidak diterima atau tidak konsisten, payment attitude ini dapat dilihat dalam laporan CCRIS.

Soalan lazim

Tidak. Peminjam bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN. Tiada suatu peruntukan di dalam perjanjian yang menyebut bahawa peminjam hanya perlu membuat bayaran selepas mendapat notis daripada PTPTN.

Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak dikenakan kos upah.

Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.

Baki pinjaman pendidikan boleh disemak melalui myPTPTN atau hubungi Pegawai Pemasaran PTPTN.