Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Kempen Merdeka With BigPay!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama BigPay menganjurkan Kempen Merdeka With BigPay! bersempena bulan kemerdekaan ini. Kempen ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN di samping berpeluang memenangi ganjaran istimewa. Ia juga merupakan tanda keprihatinan PTPTN dan BigPay bagi menghargai para peminjam yang komited membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.

BigPay adalah aplikasi kewangan yang disertakan dengan Prepaid MasterCard dan Visa serta aplikasi untuk membolehkan pengguna membuat transaksi bayaran. Kempen Merdeka With BigPay! ini terbuka kepada semua pengguna aplikasi BigPay yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN di dalam tempoh kempen iaitu bermula 15 Ogos 2022 hingga 30 September 2022.

Melalui kempen ini, pelanggan yang menggunakan aplikasi BigPay untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN akan berpeluang menerima pemberian ganjaran seperti berikut:

Kategori Pemberian Ganjaran Bilangan Pemenang
Bayaran balik pinjaman minimum RM2,000 secara one off menggunakan BigPay RM50 cashback dan 6x mata ganjaran yang akan dikreditkan ke dalam e-wallet BigPay 100 pengguna terawal setiap bulan (Ogos dan September). Jumlah keseluruhan pemenang yang layak adalah 200 orang
Bayaran balik pinjaman minimum RM200 melalui potongan debit secara berturut-turut pada bulan Ogos dan September menggunakan BigPay Berpeluang memenangi tiket penerbangan domestik bernilai RM200 20 pemenang

Setiap pengguna layak menerima pemberian ganjaran sekali sahaja untuk setiap kategori. Pemenang kempen akan diumumkan melalui media sosial BigPay. Pemenang akan menerima mata ganjaran dan cashback dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah tamat kempen. Selain itu, pemenang ganjaran tiket penerbangan domestik perlu
menghubungi Bahagian Pemasaran BigPay.

Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, “Kempen bayaran balik pinjaman PTPTN secara online atau melalui aplikasi mudah alih ini adalah platform terbaik mendekatkan golongan belia dengan PTPTN. Ia kerana, generasi ini lebih cenderung dalam penguasaan teknologi terutama kemudahan digital yang memberi manfaat kepada mereka. Malah, BigPay yang telah bekerjasama dengan PTPTN sejak tahun 2018, sentiasa menyokong usaha PTPTN dalam menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman dengan konsisten selain menjayakan agenda pendigitalan yang dihasratkan Kerajaan. PTPTN amat menggalakkan sekiranya terdapat badan korporat yang ingin berkolaborasi melaksanakan kempen sebegini bersama PTPTN.”

PTPTN berharap dengan kempen ini akan memberi peluang dan memudahkan para peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik secara konsisten melalui BigPay. Komitmen peminjam membuat bayaran balik amat bermakna demi kesinambungan pinjaman PTPTN kepada generasi akan datang

Langkah Pembayaran menggunakan BigPay melalui Portal Rasmi PTPTN, KLIK DI SINI.

Langkah Pembayaran menggunakan BigPay melalui Aplikasi myPTPTN, KLIK DI SINI.

Terma & Syarat, KLIK DI SINI.

Soalan Lazim, KLIK DI SINI.