Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Lengkapi Masa Depan Si Kecil Dengan Simpanan Pendidikan Simpan SSPN

Sebagai ibu bapa, salah satu aspek penting dalam merancang masa depan anak adalah menyediakan simpanan pendidikan untuk anak-anak. Memandangkan kos yuran pengajian tinggi semakin meningkat, ibu bapa hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan mempunyai tabungan pendidikan buat anak-anak sejak dari awal lagi.

Pada masa yang sama, inilah masa yang sesuai untuk kita memberi pendedahan mengenai simpanan kepada anak-anak. Meskipun ada yang berpendapat terlalu awal untuk mendidik si kecil menyimpan, akan tetapi, tepuk dada, tanya selera. Adakah kita sanggup melihat si kecil membesar dan gagal menguruskan kewangan dengan baik disebabkan kita sendiri yang alpa dalam mendidik mereka untuk menyimpan sedari awal?

Sekiranya jawapan kita ialah tidak, jom mengetahui cara memupuk anak berdisiplin dalam urusan kewangan berdasarkan peringkat usia si kecil.

Anak berumur 4 tahun hingga 6 tahun

Simpanan Pendidikan Simpan SSPN

Si kecil pada fasa ini perlu diterapkan dengan prinsip menyukai tidak bermakna harus memiliki. Walaupun kedengaran ibarat melukakan hati, mereka hendaklah menerima hakikat bahawa itulah lumrah kehidupan.

Namun, sekiranya mereka serius untuk memiliki sesuatu benda, mereka hendaklah berusaha untuk mendapatkannya. Sebagai contoh, anak bercita-cita menjadi seorang angkasawan. Oleh itu, mereka hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan memupuk tabiat menyimpan bagi simpanan pendidikan seawal usia yang mungkin. Hal ini kerana, kos pengajian untuk menjadi seorang angkasawan sangat tinggi.

Cadangan aktiviti yang boleh dilakukan bersama si kecil

Bekas lutsinar sebagai tabung

  • Gunakan bekas yang menampakkan isi dalam bagi membolehkan si kecil anda melihat perkembangan tabungnya. Mereka juga dapat melihat sendiri simpanan pendidikan dimasukkan setiap hari semakin bertambah.

Tabung bermuzik

  • Setiap kali si kecil memasukan wang simpanannya ke dalam tabung, tabung tersebut akan mengeluarkan muzik sebagai galakan untuk si kecil terus menyimpan.

Berikan motivasi

  • Ceritakan bagaimana simpanan pendidikan boleh membantu mereka untuk merealisasikan cita-cita kalau mereka disiplin dan terus konsisten dalam menyimpan.

  • Dedahkan si kecil dengan personaliti yang berjaya dalam pengurusan kewangan dan pendidikan sebagai bukti pentingnya simpanan pendidikan.

Tunjuk tauladan yang baik

  • Berdasarkan kajian daripada University of Cambridge mendapati bahawa, disiplin kewangan terbentuk pada usia 7 tahun. Menurut ajaran Islam pula, pada usia tersebut juga si kecil menyerap tingkah laku dan tindak tanduk daripada ibu bapa mereka, Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita hendaklah menunjukkan tauladan serta contoh yang baik di hadapan si kecil seperti amalan berjimat-cermat, amalan menyimpan dan membaca buku-buku ilmiah, agar mereka belajar dan menerapkan nilai murni ini dalam kehidupan seharian mereka.

Berikan upah sebagai ganjaran

  • Didik si kecil melakukan kerja rumah dari kecil dan berikan upah sebagai ganjaran. Contohnya, jika mereka mengemaskan alat permainan, mereka akan diberikan mainan yang diingini. Kalau mereka suka mewarna, belikan alat mewarna yang bersesuaian dan buku mewarna seiring usia mereka.

  • Ada juga guru-guru di pra sekolah membuat pertandingan siapa menyimpan pallng banyak akan menerima hadiah. Ini juga boleh dijadikan alat untuk memupuk si kecil menyimpan di peringkat pra sekolah.

  • Apabila tabung simpanan sudah penuh, bawa si kecil bersama-sama ke cawangan PTPTN yang berhampiran, terutamanya semasa kempen dan promosi Bulan Menabung Simpan SSPN untuk membuka akaun. Hal ini kerana, terdapat pelbagai cenderahati berupa tabung Simpan SSPN untuk dijadikan kenangan. Anak-anak pasti gembira kerana kecil-kecil lagi sudah mempunyai simpanan pendidikan.

Usia dari 7 tahun - 12 tahun

Simpanan Pendidikan Simpan SSPN

Membuat pilihan bijak dalam pengurusan kewangan sangat penting kerana ia mampu menjamin masa depan yang lebih baik.

Cadangan aktiviti yang boleh dilakukan bersama si kecil

Terangkan dengan terperinci pilihan kita

  • Terangkan kepada anak kepentingan dan sebab pemilihan pakej dengan membuat perbandingan mengapa kita perlu memilih pakej A berbanding B. Contohnya, “Lebih beruntung jika kita pilih pakej A kerana ia memiliki kriteria yang memenuhi konsep simpanan pendidikan di mana pakej B tidak menawarkannya.
  • Kita juga boleh mendedahkan mereka kepada tawaran atau promosi. Contohnya, dengan membuka akaun Simpan SSPN, pendeposit berpeluang untuk sertai kempen Bulan Menabung Simpan SSPN 2023 atau kempen lain yang diadakan oleh Simpan SSPN khas buat pendeposit. Hadiah menarik sudah pasti menanti para pendeposit.

Memahami konsep 'Kehendak vs Keperluan'

  • Sebagai pendedahan, berikan si kecil wang sebanyak RM10 dan biarkan mereka membuat keputusan sendiri sama ada untuk membelanjakan atau menyimpan. Biarkan mereka untuk membuat keputusan sendiri.
  • Sekiranya si kecil memilih untuk berbelanja, uji dengan soalan seperti “Ini kehendak atau keperluan? Adakah barangan ini memang diperlukan kerana saya ingin guna ataupun saya hendak beli sekadar suka-suka?”.
  • Pada fasa ini, anda juga boleh mendedahkan si kecil dengan kepentingan perlunya mempunyai dana simpanan pendidikan. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan pendidikan Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus dari seawal usia 0 hari – 29 tahun.

Kesimpulan

Tiada silapnya kita dalam mendidik si kecil untuk menyimpan demi pendidikan tinggi mereka seawal usianya kerana dia dapat lebih bersedia dalam merancang masa depannya yang lebih terjamin dan tanpa perlu kebergantungan yang tinggi daripada kita.

Pembukaan akaun Simpan SSPN Prime, klik di sini.
Pembukaan akaun Simpan SSPN Plus, klik di sini.