Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan lagi Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2022 pada tahun ini. Kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana memilih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai pilihan utama untuk simpanan semasa musim perayaan.
Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2022 ini dianjurkan di Peringkat Negeri dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah hampir RM160,000 untuk dimenangi. Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus. Kempen ini telah diadakan mulai 15 April 2022 sehingga 31 Mei 2022 yang lalu.
Berikut adalah senarai pemenang:
Hadiah | Senarai Pemenang |
---|---|
Pertama : TV Pintar 4K 50” Kedua : Vakum Tanpa Wayar Ketiga : Seterika Wap Saguhati : Duit Raya bernilai RM200 |
|
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang