PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan Ambank (JomPAY) sekali lagi menjalinkan kerjasama dalam kempen JomPAY & Win! 2023 dengan matlamat utama untuk mendorong dan memudahkan bayaran balik pinjaman dalam kalangan peminjam PTPTN melalui saluran JomPAY. Kempen ini merupakan bukti komitmen dan kesungguhan PTPTN untuk memastikan peminjam dapat membuat bayaran balik dengan cepat, mudah, dan selamat secara dalam talian, sekaligus memberi motivasi kepada peminjam untuk memberi keutamaan kepada bayaran balik pinjaman.
Kempen ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan bayaran balik pinjaman PTPTN. Selain itu, peminjam dapat membuat bayaran balik pinjaman mereka secara mudah dan selamat melalui saluran JomPAY. Hadiah utama sebanyak RM11,000 menanti pemenang. Setiap bayaran minimum RM100 melayakkan satu (1) cabutan.
Selain kemudahan pembayaran, kempen ini menawarkan peluang kepada peminjam untuk memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000 untuk 66 orang pemenang sempena bulan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 2023.
KEDUDUKAN | HADIAH | BILANGAN PEMENANG |
Utama | RM11,000 | 1 |
Kedua | RM5,000 | 2 |
Ketiga | RM3,000 | 3 |
Saguhati | RM500 | 60 |
Jumlah Pemenang | 66 |
Kempen JomPAY & Win! 2023 adalah peluang terbaik untuk peminjam PTPTN memanfaatkan saluran pembayaran yang mudah melalui JomPAY dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai menarik. Dengan memastikan pembayaran balik dilakukan dengan tepat dan menggunakan saluran yang disediakan, peminjam dapat menikmati keselesaan dalam melaksanakan tanggungjawab kewangan mereka. Sertai kempen ini sekarang dan menang bersama JomPAY!
Tempoh kempen bermula 17 Julai 2023 sehingga 16 September 2023
Dapatkan Biller Code dan Ref-1 DI SINI
Baca Panduan Bayaran DI SINI
Baca Terma & Syarat DI SINI
Baca Soalan Lazim DI SINI
Hebahan Senarai Pemenang DI SINI