Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Peraduan Genius IQ PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Sinar Harian telah melancarkan Peraduan Genius IQ PTPTN yang menawarkan hadiah akaun Simpan SSPN Prime berjumlah keseluruhan RM15,000 berserta emas 999.9 dan barangan eksklusif daripada PTPTN.  Majlis Pelancaran Genius IQ PTPTN telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN di Grup Majalah Karangkraf, Shah Alam dan turut disiarkan secara langsung di Facebook Rasmi @PTPTNOfficial dan Facebook Sinar Harian.

Peraduan ini diadakan bertujuan untuk menyebar luas informasi kepada masyarakat di luar sana mengenai perkhidmatan mudah alih baharu yang disediakan oleh PTPTN iaitu aplikasi myPTPTN. Tempoh peraduan bermula pada 9 Julai 2023 hingga 10 Ogos 2023 melalui dua platform iaitu media cetak dan digital.

Maklumat peraduan melalui platform media cetak adalah seperti berikut:

MEDIA CETAK
PERKARA MAKLUMAT PERADUAN
Tarikh Borang Keratan Akhbar 9, 12, 15, 19, 23, 26, 29 Julai 2023 & 3, 6 Ogos 2023
Kaedah Penyertaan
  1. Muat turun aplikasi myPTPTN, daftar dan cetak screenshot profil akaun myPTPTN.
  2. Jawab kesemua soalan silangkata dan lengkapkan butiran peribadi.
  3. Hantarkan keratan borang peraduan bersama cetakan screenshot profil akaun myPTPTN ke alamat Peraduan Genius IQ PTPTN Sinar Harian atau melalui WhatsApp dan Telegram di talian 019 – 213 3315.

Maklumat peraduan melalui platform media digital adalah seperti berikut:

MEDIA DIGITAL
PERKARA MAKLUMAT PERADUAN
Tarikh Peraduan 13 Julai 2023 hingga 10 Ogos 2023
Kaedah Penyertaan
  1. Pembaca boleh mula mengakses soalan melalui microsite Sinar Harian atau mengimbas QR Code di mana-mana akhbar Sinar Harian 13 Julai 2023 hingga 10 Ogos 2023.
  2. Pembaca perlu muat turun aplikasi myPTPTN, daftar dan cetak screenshot profil akaun myPTPTN.
  3. Jawab semua 10 soalan silangkata dan lengkapkan butiran peribadi dan klik butang ‘Hantar’.
Hadiah Pertama:  RM5,000 + 3 Gram Emas 999.9 + Barangan Eksklusif PTPTN x 1 pemenang
Kedua:  RM2,500 + 2 Gram Emas 999.9 + Barangan Eksklusif PTPTN x 1 pemenang
Ketiga:  RM700 + 1 Gram Emas 999.9 + Barangan Eksklusif PTPTN x 1 pemenang
Saguhati:  RM250 x 20 pemenang

Majlis pengumuman pemenang Peraduan Genius IQ PTPTN telah diadakan di Studio F, Kumpulan Majalah Karangkraf Sdn Bhd pada 14 Ogos 2023. Pemilihan para pemenang telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, Puan Farah Hussamuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Majalah Karangkraf dan Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran (JKKP) PTPTN melalui kaedah cabutan.

Berikut adalah senarai pemenang :

Kedudukan Hadiah Bilangan Pemenang Senarai Pemenang
Pertama RM5,000 + 3 Gram Emas 999.9 + Barangan Eksklusif PTPTN 1
Kedua RM2,500 + 2 Gram Emas 999.9 + Barangan Eksklusif PTPTN 1
Ketiga RM700 + 1 Gram Emas 999.9 + Barangan Eksklusif PTPTN 1
Saguhati RM250 20

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.