Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Kempen Bayar Tunggakan Serendah RM300*

Dalam usaha meringankan beban kewangan peminjam yang tertunggak, PTPTN menerima sambutan hangat terhadap Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300. Ramai peminjam telah memanfaatkan peluang ini untuk menyusun semula pinjaman mereka mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Berikutan sambutan yang baik terhadap kempen ini, PTPTN sekali lagi mengambil inisiatif dengan menganjurkan Kempen Bayar Tunggakan Serendah RM300* demi membantu lebih ramai peminjam menyelesaikan tunggakan dan meneruskan pembayaran balik secara konsisten.

Kempen ini memberikan peluang kepada peminjam untuk melangsaikan tunggakan mereka dengan bayaran minimum serendah RM300 sebelum menstrukturkan semula baki pinjaman mereka mengikut kemampuan. Melalui pendekatan ini, peminjam bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan tetapi juga mengelakkan tindakan undang-undang atau memberi kesan yang tidak baik terhadap rekod kewangan peminjam. Tempoh kempen akan berlangsung dari 22 November 2024 sehingga 30 November 2024.

Anda juga boleh temui Pegawai PTPTN sempena sambutan 2 Tahun Kerajaan Madani untuk membuat rundingan pinjaman atau pertanyaan lanjut pada:

Tarikh: 22 – 24 November 2024
Masa: 9.00 pagi – 6 petang
Tempat: Pusat Konvensional Kuala Lumpur

Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan, tidak kira sama ada pinjaman konvensional atau Ujrah. Peminjam yang layak perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

  1. Bayaran Tunggakan

Peminjam dikehendaki membuat bayaran tunggakan sekurang-kurangnya sebanyak RM300 sahaja untuk penstrukturan semula pinjaman. Melalui kaedah ini, peminjam boleh mengubah/ menyusun semula ansuran bulanan pada Jadual Bayaran Balik (JBB) mengikut kemampuan masing-masing. Ansuran bulanan minimum ditetapkan berdasarkan anggaran penentuan 5% – 8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan tempoh bayaran balik dan kelulusan PTPTN. Bayaran boleh dibuat melalui semua saluran bayaran balik dalam tempoh kempen. 

      2. Potongan Gaji atau Debit Terus 

Semasa proses rundingan, peminjam diwajibkan untuk membuat potongan gaji atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik. Ini bagi memastikan peminjam dapat membuat bayaran balik secara konsisten dan teratur.

4 Langkah Mudah Selesaikan Tunggakan Anda

Menguruskan tunggakan boleh menjadi lebih mudah dengan empat (4) langkah berikut:

1

Semak penyata pinjaman melalui myPTPTN

2

Mohon rundingan bayaran balik untuk penstrukturan semula pinjaman PTPTN melalui aplikasi web myPTPTN

Nota: Eksekutif Jualan (EJ) akan menghubungi anda dalam tempoh 7 hari bekerja setelah permohonan diterima

3

Bayar tunggakan serendah RM300* dalam tempoh kempen

4

Lakukan bayaran balik secara konsisten melalui kaedah potongan gaji atau debit terus

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Langkah Permohonan Rundingan Melalui Aplikasi Web myPTPTN

Permohonan rundingan bayaran balik boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi web myPTPTN. Lihat panduan yang disediakan bagi langkah terperinci membuat permohonan rundingan:

PTPTN berharap inisiatif ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai peminjam untuk kembali ke landasan pembayaran balik yang stabil dan menyumbang kepada pembangunan pendidikan generasi akan datang. Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan kempen ini sekarang!

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan rundingan sama ada pertukaran Ujrah/ penggabungan/ penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui saluran berikut: 

 

Baca Terma & Syarat Kempen Bayar Tunggakan Serendah RM300. 

Baca Soalan Lazim Kempen Bayar Tunggakan Serendah RM300. 

Baca Soalan Lazim Rundingan Bayaran Balik.