Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2024, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bakal menganjurkan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Bersama PTPTN 2024, bertemakan “Hari Kanak-Kanak untuk Bermain”. Program yang berlangsung bermula dari 23 November hingga 1 Disember 2024 ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang dirancang khas untuk kanak-kanak dan keluarga.
Program ini bertujuan memupuk kesedaran ibu bapa tentang kepentingan menabung bagi masa depan pendidikan anak-anak. Dalam masa yang sama, PTPTN mengambil peluang ini untuk mempromosikan Simpan SSPN, sebagai salah satu platform terbaik untuk perancangan kewangan pendidikan. Aktiviti yang disusun bukan sahaja memberi hiburan kepada kanak-kanak tetapi turut memberi ruang kepada keluarga untuk meluangkan masa berkualiti bersama dalam suasana yang menyeronokkan.
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Bersama PTPTN 2024 akan berlangsung di pelbagai lokasi seluruh negeri dengan aktiviti menarik yang akan diadakan seperti berikut:
Negeri | Lokasi | Masa | Aktiviti |
23 November 2024 | |||
---|---|---|---|
Selangor | Centre Court, AEON Mall Bukit Tinggi, Klang, Selangor | 10.00 pagi – 6.00 petang |
|
30 November 2024 | |||
Kelantan | SK Belimbing | 8.30 pagi – 5.00 petang |
|
Negeri Sembilan | Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan (KOMBES) | 9.00 pagi – 7.00 petang |
|
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya | SK Putrajaya Presint 11 (2) | 8.00 pagi – 4.00 petang |
|
Sarawak | Boulevard Shopping Mall, Miri | 10.00 pagi – 6.00 petang |
|
Terengganu | Tingkat Bawah, UTC Terengganu | 9.30 pagi – 6.00 petang |
|
Sabah | Perkarangan Wisma UTC Sabah | 9.00 pagi – 5.00 petang |
|
Melaka | Pentas Utama, KIPMall Melaka | 10.00 pagi – 6.00 petang |
|
Pahang | Atrium 1, Kuantan Parade | 10.00 pagi – 7.00 petang |
|
Johor | East Court, AEON Mall Bandar Dato’ Onn | 10.00 pagi – 9.00 malam |
|
Perak | Ruang Legar AEON Mall Kinta City Ipoh | 10.00 pagi – 8.00 malam |
|
Kedah | Ruang Legar, Star Parade, Alor Setar, Kedah | 10.00 pagi – 7.00 petang |
|
Perlis | Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia | 9.30 pagi – 3.30 petang |
|
1 Disember 2024 | |||
Pulau Pinang | Ruang Legar B1, Sunshine Central, Ayer Itam, Pulau Pinang | 10.00 pagi – 7.00 petang |
|
Selain itu, booth PTPTN juga disediakan untuk memudahkan pengunjung mendapatkan informasi mengenai simpanan, pinjaman pendidikan, serta proses bayaran balik pinjaman. Acara ini tidak hanya memfokuskan kepada kanak-kanak tetapi juga melibatkan seluruh keluarga. Melalui aktiviti kreatif dan mendidik, PTPTN berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perancangan kewangan demi masa depan pendidikan anak-anak.
Hari Kanak-Kanak Sedunia bersama PTPTN 2024 bukan sekadar sambutan tetapi juga memberi manfaat besar kepada ibu bapa melalui pendedahan tentang pentingnya perancangan kewangan untuk masa depan pendidikan anak-anak. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk hadir di lokasi terpilih demi menyokong usaha PTPTN dalam memupuk budaya menabung untuk pendidikan melalui Simpan SSPN.