Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Buka Akaun Simpan SSPN Plus untuk Simpanan Pendidikan Anak Anda Seawal 1 Hari

Simpan SSPN menawarkan pembukaan akaun untuk anak seawal umur 1 hari. WOW! Menarik bukan?

Dengan pembukaan akaun serendah RM30 bagi pakej Intan, ibu bapa tak perlu tercari-cari lagi instrumen simpanan pendidikan yang lain kerana Simpan SSPN Plus merupakan pakej simpanan terbaik dengan pelbagai manfaat untuk anda seisi keluarga nikmati.

Semasa anak anda masih kecil, ibu bapa perlu bijak mengambil peluang ini dengan membuat persiapan awal supaya urusan melanjutkan pengajian lebih mudah apabila mereka meningkat dewasa. Jadi, ibu bapa tidak perlu memikirkan untuk mendapatkan dana lain demi menampung pengajian mereka kerana anda telah bersedia dari awal dengan menyimpan di Simpan SSPN Plus sejak mereka dilahirkan.

Wang yang disimpan dalam akaun Simpan SSPN bukan hanya untuk pendidikan anak-anak, malah boleh dijadikan pelan sandaran sekiranya berlaku kecemasan. Anda juga digalakkan untuk mengganti semula wang yang telah digunakan. Prinsip ini perlu dipraktikkan untuk mengelakkan kekurangan wang di kemudian hari.

Selain itu, sekiranya ibu bapa menyimpan di Simpan SSPN Plus, anda layak untuk menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan dan juga pulangan dividen yang kompetitif. Bagi penjimatan dan pulangan yang lebih baik, tingkatkan simpanan supaya lebih banyak keistimewaan yang dinikmati.

Jom teruskan membaca artikel ini dan pelajari langkah demi langkah membuka akaun Simpan SSPN Plus untuk masa depan pendidikan anak sekali gus anda ‘berkenalan’ dengan pakej simpanan yang ditawarkan serta manfaat lain yang menarik.

Langkah mudah membuka akaun Simpan SSPN Plus

Langkah 1: Log masuk myPTPTN

  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan

Langkah 2: Pembukaan akaun simpanan

  • Klik Pembukaan Akaun Simpanan
  • Klik jenis akaun – Simpan SSPN Plus
  • Klik ‘BUKA AKAUN”

Langkah 3: Lengkapkan maklumat

  • Sila pilih PAKEJ
  • Sila tandakan Syarikat Pengendali Takaful (SPT)
  • Klik JADUAL MANFAAT
  • JADUAL MANFAAT akan memaparkan maklumat yang bakal dinikmati sekiranya memilih HLMT sebagai SPT
  • Klik SETERUSNYA jika anda bersetuju dan berpuas hati dengan JADUAL MANFAAT tersebut
  • Skrin akan memaparkan Pakej pilihan anda, klik SETERUSNYA sekiranya anda bersetuju
  • Lengkapkan maklumat sehingga selesai proses pembukaan akaun Simpan SSPN Plus

Langkah 4: Lakukan transaksi

* Pilih Kaedah Bayaran

  • Klik SAH & BAYAR

#FaktaMenarik Simpan SSPN Plus

  • Selepas pembukaan akaun dibuat, manfaat perlindungan takaful akan diaktifkan serta merta.
  • Anda boleh mula menyimpan dan tingkatkan simpanan di  akaun Simpan SSPN Plus melalui myPTPTN.

Jom simpan secara konsisten setiap bulan melalui potongan gaji atau debit terus. Anda boleh membuat permohonan di myPTPTN.

6 Pakej dan Manfaat Simpan SSPN Plus

Terdapat enam pakej yang ditawarkan di Simpan SSPN Plus. Anda boleh memilih pakej yang bersesuaian dengan keperluan keluarga dan kemampuan kewangan anda.

Nama PakejSimpanan (RM)Takaful (RM)Jumlah
komitmen bulanan (RM)
IntanRM20RM10RM30
DelimaRM40RM10RM50
TopasRM90RM10RM100
ZamrudRM180RM20RM200
NilamRM270RM30RM300
BerlianRM200RM300RM500

Manfaat menyimpan di Simpan SSPN Plus

Simpan SSPN Plus tidak hanya membantu anda menyimpan demi masa depan pendidikan anak-anak, pelepasan taksiran cukai pendapatan atau dividen yang kompetitif, tetapi juga menawarkan berbagai manfaat istimewa seperti:
 

 

*Tertakluk pada terma & syarat

Penamaan

Uruskan simpanan anda hari ini dengan membuat penamaan untuk akaun Simpan SSPN.

Proses penamaan boleh dilakukan oleh pendeposit semasa hayatnya pada bila-bila masa di kaunter PTPTN.

Soalan lazim

Ya. Bilangan pembukaan akaun dihadkan hingga 10 akaun sahaja bagi pembukaan secara online. Tiada had bagi pembukaan melalui kaunter PTPTN.

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mencapai umur 16 tahun sehingga sehari sebelum mencapai umur 69 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful yang dipilih); dan
  3. Boleh membuka akaun untuk diri sendiri (sebagai penerima manfaat) tetapi tidak boleh mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.

 

Syarat bagi Penerima Manfaat:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Hubungan dengan pendeposit hendaklah sama ada anak kandung/ anak tiri/ anak angkat; dan
  3. Berumur 1 hari sehingga sehari sebelum mencapai umur 29 tahun (untuk layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan).

Maklumat lanjut berkenaan Simpan SSPN Plus

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Simpan SSPN Plus, sila hubungi Careline PTPTN di 03–21933000 atau hadir ke kaunter PTPTN berdekatan untuk pencerahan lanjut.

Kesimpulan

Amalkan tabiat menyimpan sebagai tradisi dalam keluarga anda. Hanya RM1 sehari sudah memadai untuk anda mendapat manfaat terbaik daripada Simpan SSPN Plus serta memberikan manfaat jangka panjang, seperti ketenangan dari segi kewangan dan peluang pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak.

Tetapkan juga minda anda untuk mengutamakan simpanan pendidikan lebih daripada perbelanjaan yang tidak diperlukan. Jangan bertangguh untuk menyimpan. Jom mula menyimpan dengan SImpan SSPN Plus hari ini demi pendidikan terbaik anak pada masa akan datang.