Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Bijak Menguruskan Taksiran Cukai Pendapatan

Dalam era moden ini, pengurusan kewangan keluarga bukan sahaja mengenai penjimatan tetapi juga tentang bagaimana hendak membuat keputusan kewangan yang bijak. Salah satu aspek penting dalam pengurusan kewangan adalah menguruskan taksiran cukai pendapatan dengan cermat. Di sinilah simpanan di Simpan SSPN memainkan peranan yang penting buat ibu bapa di Malaysia.

Sebagai ibu bapa, pasti anda ingin yang terbaik untuk masa depan anak-anak anda. Salah satu langkah bijak adalah dengan membuka akaun simpanan khusus untuk mereka. Tahukah anda, dengan menabung di Simpan SSPN untuk pendidikan anak, anda juga boleh menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan?

Jom ketahui lebih lanjut di artikel ini.

Apa itu Simpan SSPN?

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang kini telah dikenali sebagai Simpan SSPN merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia bagi membantu ibu bapa dalam membuat penabungan untuk pendidikan anak-anak mereka seawal umur satu (1) hari. Simpan SSPN terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan menawarkan dua (2) pilihan produk simpanan, iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.

Simpan SSPN Prime

Produk simpanan untuk memupuk sifat menabung dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi.

Produk ini tiada komitmen bulanan di mana pendeposit bebas untuk membuat simpanan pada bila-bila masa sahaja dan hanya memerlukan minimum RM20 sahaja bagi pembukaan akaun.

Simpan SSPN Plus

Produk simpanan yang ditambahbaik dengan perlindungan takaful dan mempunyai enam (6) pilihan pakej mengikut pilihan syarikat pengendali takaful yang dipilih seperti:


Produk Simpan SSPN Plus yang mampu milik ini menjadi pilihan utama oleh rakyat Malaysia dengan simpanan serendah RM30 sebulan.

Manfaat menyimpan di Simpan SSPN

Simpan SSPN menawarkan pelbagai manfaat menarik, antaranya seperti berikut:

  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000*
  2. Manfaat perlindungan takaful Simpan SSPN Plus sehingga RM1.2juta*
  3. Manfaat perlindungan takaful penyakit kritikal
  4. Elaun kemasukan hospital
  5. Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak melalui Simpan SSPN Prime
  6. Dividen kompetitif
  7. Simpanan patuh syariah dan bebas dari unsur meragukan
  8. Simpanan dijamin Kerajaan
  9. Khairat kematian (pasangan & anak)
  10. Layak memohon pinjaman PTPTN
  11. Cabutan & kempen

    *Tertakluk pada terma & syarat

Manfaat Penamaan

Membolehkan pihak PTPTN melepaskan simpanan Simpan SSPN ke atas akaun pendeposit yang telah meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) atau menerima (bagi orang yang bukan beragama Islam) dengan segera tanpa perlu mengemukakan Geran Probet/ Surat Kuasa Mentadbir/ Perintah Pembahagian.

Bagaimana Simpan SSPN membantu dalam pengurusan taksiran cukai pendapatan?

Simpan SSPN memberikan manfaat pelepasan taksiran cukai pendapatan kepada pendeposit yang mempunyai penerima manfaat (anak). Simpanan yang dibuat ke dalam akaun Simpan SSPN boleh mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan dengan had maksimum sebanyak RM8,000.

Ini bermakna jumlah yang disimpan melalui Simpan SSPN dapat mengurangkan jumlah pendapatan yang dikenakan cukai, sehingga mengurangkan kenaan cukai tahunan individu. Manfaat ini bukan sahaja menguntungkan malah mendorong pendeposit untuk membuat tabungan jangka panjang untuk pendidikan anak-anak.

Ketahui lanjut dan dapatkan e-book percuma mengenai manfaat pelepasan taksiran cukai dengan Simpan SSPN di sini.

Strategi mengoptimumkan manfaat Simpan SSPN

Strategi terbaik untuk menikmati manfaat Simpan SSPN adalah dengan memulakan simpanan sejak awal. Para ibu bapa amat digalakkan untuk membuka akaun simpanan anak-anak seawal umur satu (1) hari dan membuat simpanan secara berkala melalui potongan gaji atau debit terus.

Anda juga hendaklah menetapkan objektif simpanan jangka masa panjang dan mengikuti pelan simpanan yang konsisten dapat membantu memaksimumkan manfaat kewangan dan pelepasan taksiran cukai pendapatan yang diperolehi.

Kesilapan Umum

Salah satu kesilapan yang sering dilakukan adalah menangguhkan pembukaan akaun simpanan untuk anak.

Sebaiknya, ibu bapa membuka akaun seawal umur anak 1 hari. Semakin awal anda mula menyimpan, semakin banyak manfaat yang anda peroleh.

Akibat bertangguh tidak menyimpan dari awal usia anak

Sekiranya ibu bapa sering bertangguh untuk mula menyimpan, anda akan kehilangan manfaat yang diterima oleh pendeposit yang menyimpan seawal usia. Sebagai contoh jadual perbandingan di bawah. Encik Ali mula menyimpan sebanyak RM2,400.00 setiap tahun bermula dari tahun pertama hingga tahun ke-10 dan kemudian berhenti menyimpan. Hasilnya, jumlah simpanan Encik Ali pada akhir tahun ke-20 adalah RM44,358.84 dengan jumlah deposit keseluruhan sebanyak RM24,000.00.

Sebaliknya, Encik Amirul tidak menabung pada sepuluh tahun pertama dan hanya mula menabung RM2,400.00 setiap tahun bermula tahun ke-11 hingga tahun ke-20. Walaupun jumlah deposit yang dibuat oleh Encik Amirul juga RM24,000.00, jumlah simpanan terkumpulnya pada akhir tahun ke-20 adalah RM29,967.24 yang lebih rendah berbanding dengan Encik Ali.

Kos Akibat Bertangguh Dalam Simpanan

Encik Ali
Tahun Deposit Tahunan (RM) Simpanan Terkumpul* (RM)
1 2,400.00 2,496.00
2 2,400.00 5,091.84
3 2,400.00 7,791.51
4 2,400.00 10,599.17
5 2,400.00 13,519.14
6 2,400.00 16,555.91
7 2,400.00 19,714.14
8 2,400.00 22,998.71
9 2,400.00 26,414.66
10 2,400.00 29,967.24
11 - 31,165.93
12 - 32,412.57
13 - 33,709.07
14 - 25,057.44
15 - 36,459.73
16 - 37,918.12
17 - 39,434.85
18 - 41,012.24
19 - 42,652.73
20 - 44,358.84
JUMLAH 24,000.00 44,358.84
Encik Amirul
Tahun Deposit Tahunan (RM) Simpanan Terkumpul* (RM)
1 -  
2 -  
3 -  
4 -  
5 -  
6 -  
7 -  
8 -  
9 -  
10 -  
11 2,400.00 2,496.00
12 2,400.00 5,091.84
13 2,400.00 7,791.51
14 2,400.00 10,599.17
15 2,400.00 13,519.14
16 2,400.00 16,555.91
17 2,400.00 19,714.14
18 2,400.00 22,998.71
19 2,400.00 26,414.66
20 2,400.00 29,967.24
JUMLAH 24,000.00 29,967.24

Rugi: RM14,391.60

Nota: Andaian dividen tahunan Simpan SSPN adalah 4.00%

Rumusannya, menyimpan seawal usia anak 1 tahun dapat memberi kesan positif yang besar terhadap peningkatan simpanan melalui manfaat dividen, seperti yang ditunjukkan dalam jadual perbandingan di atas di mana Encik Ali, yang mula menabung lebih awal, akhirnya memperoleh jumlah terkumpul yang jauh lebih tinggi berbanding Encik Amirul walaupun kedua-duanya jumlah deposit tahunan adalah sama.

4 langkah mudah pembukaan akaun Simpan SSPN

Pembukaan akaun Simpan SSPN amatlah mudah. Anda hanya perlu memuat turun myPTPTN dan daftar akaun myPTPTN anda. Seterusnya, anda boleh ikuti langkah mudah di bawah:

Langkah 1 – Log Masuk myPTPTN

  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan

 

Langkah 2 – Pembukaan Akaun Simpanan

  • Klik Pembukaan Akaun Simpanan
  • Klik Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus
  • Klik BUKA AKAUN

Langkah 3 – Lengkapkan maklumat

  • Isi semua maklumat dengan lengkap
  • Semak maklumat pembukaan akaun dan buat pengesahan pengakuan diri
  • Klik SETERUSNYA

Langkah 4 – Lakukan transaksi



* Pilih Kaedah Bayaran

  • Klik SAH & BAYAR

SELESAI!

Soalan Lazim

Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyipan dalam akaun Simpan SSPN Prime atau/ dan Simpan SSPN Plus untuk manfaat anak (penerima manfaat) adalah layak untuk mendapat peleapsan taksiran cukai penpadatan.

Pendeposit adalah layak pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN sekiranya PTPTN menerima simpanan tersebut tidak melepasi 31 Disember. Bagi pendeposit yang membuat simpanan melalui saluran selain daripada kaunter PTPTN, anda disarankan membuat simpanan selewat-lewatnya 25 Disember setiap tahun.

Anda boleh memeriksa baki simpanan akaun Simpan SSPN anda melalui myPTPTN. Muat turun myPTPTN di sini dan daftar akaun myPTPTN anda.

Mulakan langkah bijak dengan membuka akaun simpanan untuk anak-anak. Anda bukan sahaja dapat membantu mereka di masa depan tetapi anda juga dapat nikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan serta pelbagai manfaat yang ditawarkan. Jangan lepaskan peluang ini! Buka akaun Simpan SSPN sekarang.