Dalam usaha memacu pendidikan ke arah ekonomi digital, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn. Bhd (PayNet) telah melancarkan Kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan pengguna baharu myPTPTN, sekaligus dapat mendidik orang ramai mengenai kelebihan bayaran tanpa tunai. Kempen ini juga dapat menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai terutamanya dalam kalangan peminjam PTPTN sedia ada serta meningkatkan bayaran tanpa tunai melalui platform myPTPTN.
Kempen ini berlangsung bermula 1 Julai 2024 sehingga 30 September 2024 dan terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang merupakan pengguna berdaftar dengan myPTPTN dalam tempoh kempen. Syarat penyertaan dan kelayakan cabutan adalah seperti berikut:
Perkara | Pengguna Baharu | Pengguna Sedia Ada |
Syarat Penyertaan | Terbuka kepada peminjam PTPTN yang memuat turun dan membuat pengesahan identiti di myPTPTN semasa tempoh kempen. | Terbuka kepada peminjam PTPTN yang sedia ada membuat bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN melalui myPTPTN semasa tempoh kempen. |
Kelayakan Cabutan |
*Peminjam hanya mendapat kelayakan cabutan sekali sahaja setiap bulan dalam tempoh kempen. | 10 kelayakan* cabutan bagi peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman pendidikan minimum RM100 melalui myPTPTN dalam tempoh kempen. *Peminjam hanya mendapat kelayakan cabutan sekali sahaja setiap bulan dalam tempoh kempen. |
Kempen ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM120,000 untuk dimenangi oleh 120 pemenang. Setiap pemenang akan menerima hadiah tunai bernilai RM1,000 yang akan dikreditkan ke dalam akaun pinjaman pemenang sebagai bayaran balik bagi membantu mengurangkan beban kewangan peminjam dengan lebih cepat dan efektif.
Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada revolusi pembayaran tanpa tunai yang lebih mudah, cepat & selamat. Bersama-sama kita jadikan pembayaran tanpa tunai sebagai norma baharu dan menikmati segala kelebihannya.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
- Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000
- Live chat di Portal PTPTN
- Eksekutif Jualan
- e-Aduan PTPTN
- Media sosial rasmi @PTPTNOfficial
Baca Terma & Syarat Kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat.
Baca Soalan Lazim Kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat.
Baca Senarai Pemenang Kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat.