Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

#BMS2022: Sambutan Hari Tabungan Sedunia | 31 Oktober

Tahukah anda, Hari Tabungan Sedunia diraikan pada 31 Oktober setiap tahun di seluruh dunia?
Malah, terdapat juga negara yang mewartakan cuti pada tarikh tersebut sebagai menghargai penglibatan rakyatnya dalam merealisasikan amalan menabung dan menyokong pendekatan ideologi baharu (Sumber : Versa).
Namun, siapa yang tahu sejarah penubuhan Hari Tabungan Sedunia ini?

Sejarah Penubuhan Hari Tabungan Sedunia

Seorang professor Itali yang bernama Filippo Ravizza telah merasmikan 31 Oktober 1924 sebagai Hari Tabungan Sedunia semasa majlis penutupan konvension International Savings Bank Congress (World Society of Savings Banks) yang berlangsung di Milan, Itali. (Sumber : Onthisday; Newsd.in)

Cuba anda kira, berapakah usia Hari Tabungan Sedunia?
Lebih lama daripada Hari Kemerdekaan Malaysia, bukan? Hampir 100 tahun sebenarnya sambutan Hari Tabungan Sedunia ini.

Pada awal penubuhannya, hanya ada beberapa negara sahaja yang melibatkan diri dalam meraikan Hari Tabungan Sedunia, iaitu Austria, Itali, Belgium, Colombia, Cuba, Dominican Republic, Jerman, India, Indonesia dan segelintir kecil negara yang lain.

Objektif Penubuhan Hari Tabungan Sedunia

Tujuan utama penubuhan Hari Tabungan Sedunia ini adalah untuk menyemai sikap amalan menabung dalam kalangan penduduk dunia. Hal ini kerana, selepas tercetusnya Perang Dunia Pertama, ramai dalam kalangan rakyat mereka kurang keyakinan untuk menyimpan di mana, terdapat di antara mereka telah jatuh muflis, hilang sumber pendapatan, kemurungan dan kemiskinan.

Bank-bank simpanan telah kolaborasi dengan sekolah, pejabat, kelab sukan dan organisasi wanita untuk mempromosi kempen amalan menabung. Selepas Perang Dunia Ke-2, Hari Tabungan Sedunia semakin mendapat sambutan yang positif. Sejak daripada itu, hari bersejarah ini telah disambut oleh beberapa negara. (Sumber: Versa)

Pada 1921, Sepanyol merupakan negara pertama yang telah menamakan hari berjimat cermat dalam rekod. Sementara itu, di Jerman keyakinan dalam menabung terpaksa dihidupkan semula selepas rakyat mereka hampir kehilangan semua yang mereka milik dalam pembaharuan kewangan pada 1923. Selepas Perang Dunia Ke-2, Hari Jimat Sedunia diteruskan dan mencapai kemuncak popularitinya antara tahun 1955 dan 1970. (Sumber: aa.com.tr)

Mereka juga berpendapat, melalui amalan menabung sahaja dapat menaikkan taraf kualiti kehidupan. Selain itu, dapat menjamin masa hadapan yang lebih baik dengan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Hari Tabungan Sedunia 31 Oktober (Sejarah)

Bagaimana Untuk Sertai Hari Tabungan Sedunia?

Bertitik tolak dari tahun 2018, PTPTN telah mengimarahkan hari istimewa ini dengan mengadakan kempen Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) pada setiap tahun. (Sumber : bharian.com)

Pada tahun 2022, BMS akan mewarnai setiap hari anda setiap hari selama sebulan mulai 01 Oktober 2022 sehingga 31 Oktober 2022 dengan menyajikan beberapa aktiviti dan promosi hebat seperti Pertandingan mewarna, kuiz Kahoot, Happy Hour dan sebagainya. Pelbagai hadiah serta tawaran menarik disediakan khas buat ibu bapa dan anak-anak bagi menyemarakkan lagi kempen BMS2022 ini.

Oleh itu, jom menabung di akaun Simpan SSPN dan sertai aktiviti menarik sepanjang Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022.

Simpan SSPN Prime, klik di sini.

Simpan SSPN Plus, klik di sini.