Search
Close this search box.

Alami Pengalaman Baharu Dunia Pendigitalan PTPTN

Lakukan transaksi dan pelbagai perkhidmatan lain dengan lebih mudah dan on-the-go!

Hanya Di Satu Platform

Hanya di satu platform

Lakukan transaksi bayaran balik pinjaman dan simpanan di Simpan SSPN dan pelbagai perkhidmatan lain melalui satu platform

Jimat masa & kos

Tidak perlu beratur di kaunter kini segalanya dihujung jari

Mesra pengguna

Paparan mesra pengguna sesuai untuk semua lapisan umur

Transaksi tanpa sempadan

Aplikasi yang menyokong pelbagai transaksi

Mudah, cepat & selamat

Segala maklumat peribadi pengguna dilindungi oleh PTPTN dan dilengkapi dengan pendaftaran maya eKYC

Jimat masa & kos

Tidak perlu beratur di kaunter kini segalanya dihujung jari

Transaksi tanpa sempadan

Aplikasi yang menyokong pelbagai transaksi

Pelbagai Perkhidmatan Tersedia

Buka Akaun dan Tambah Simpanan di Simpan SSPN

Lakukan pembukaan akaun dan penambahan simpanan dalam satu platform

Permohonan Potongan Gaji

Urusan lebih mudah dan tidak terlepas lagi untuk membuat pembayaran

Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

Bayar balik pinjaman pendidikan dengan lebih mudah

Permohonan Potongan Debit Terus

Jimatkan masa dengan lakukan potongan debit terus melalui bank pilihan anda

Syarat Pendaftaran

Warganegara Malaysia

Berumur 18 tahun dan ke atas

Mempunyai Kad Pengenalan awam

Mempunyai no. telefon bimbit dan alamat e-mel yang betul dan sah

Langkah Mudah Pendaftaran

Muat turun aplikasi myPTPTN

Isi maklumat diri dan aktifkan melalui e-mel

Log masuk di telefon bimbit untuk pengesahan identiti

Paparan Mesra Pengguna

myPTPTN telah mencapai lebih

Transformasi pendigitalan PTPTN yang memudahkan pengguna hanya dengan satu sentuhan

Mudah, Cepat & Selamat

Soalan Lazim

Apakah aplikasi myPTPTN?

myPTPTN adalah aplikasi mudah alih yang menawarkan perkhidmatan PTPTN secara dalam talian seperti semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, semakan penyata Simpan SSPN, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN serta permohonan potongan gaji dan Debit Terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN. 

Aplikasi myPTPTN dilengkapi dengan eKYC (Electronic Know Your Customer) iaitu proses mengesahkan dan mengekalkan rekod identiti pelanggan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia sebagai salah satu kunci keselamatan transaksi digital. Pelanggan hendaklah membuat pendaftaran dan pengesahan pengenalan diri melalui Kad Pengenalan dan foto yang perlu diambil semasa pengesahan dibuat. Pelanggan tidak boleh membuat semakan penyata atau pindahan sekiranya tidak membuat pengesahan identiti eKYC tersebut.

Apakah syarat untuk mendaftar myPTPTN?

Pengguna mestilah Warganegara Malaysia berumur 18 tahun (dan ke atas) dan mempunyai nombor telefon serta alamat e-mel yang betul dan sah bagi tujuan pengesahan pendaftaran.

Adakah pendaftaran boleh menggunakan No Kad Pengenalan Polis/ Tentera/ Pasport?

Tidak boleh, pendaftaran hanya boleh dibuat menggunakan No. Kad Pengenalan (MyKad) sahaja.

Mengapakah pengguna perlu melakukan eKYC?

eKYC merupakan proses pengesahan identiti secara elektronik di aplikasi mudah alih yang perlu dilakukan sebelum pengguna membuat sebarang urus niaga bagi memastikan transaksi digital yang dilakukan adalah selamat.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya kad pengenalan rosak atau hilang?

Pengguna perlu membuat penukaran/ penggantian kad pengenalan yang rosak atau hilang sebelum memulakan eKYC.

Muat turun myPTPTN sekarang

Nikmati pelbagai perkhidmatan hanya dengan sekali sentuhan.