Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menganjurkan Kempen Skim Didik Zakat & Simpan SSPN Prime (Skim DZAS). Kempen ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan Pembayar Zakat PPZ-MAIWP dan Pendeposit Akaun Simpan SSPN Prime mendidik anak-anak mereka tentang kewajipan membayar zakat di samping meningkatkan tahap kesedaran menabung bagi tujuan pendidikan.
Tempoh promosi kempen bermula 1 September 2022 sehingga 31 Ogos 2023.
Insentif yang akan diberikan kepada peserta yang menyertai Skim DZAS adalah seperti berikut:
Bil. | Insentif Skim DZAS |
---|---|
1. | Menerima Sumbangan Pendidikan PPZ-MAIWP bernilai RM100 seorang setiap 3 tahun sekali dan didepositkan terus ke Akaun Simpan SSPN Prime sehingga penerima manfaat berumur 18 tahun. |
2. | PPZ-MAIWP & PTPTN menaja pendaftaran pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime sebanyak RM20.00 bagi mana-mana peserta yang belum membuka akaun simpanan tersebut tertakluk kepada 3,000 peserta yang terawal. Peserta skim yang telah membuka akaun Simpan SSPN Prime dan membayar Zakat Harta di PPZ-MAIWP dalam tempoh kempen juga layak untuk dapat tajaan RM20.00. |
3. | Menerima sumbangan Skim Kafalah Muzakki (Khairat Kematian) sehingga RM3,000.* |
4. | Lain-lain keistimewaan yang disediakan oleh PTPTN untuk pendeposit Akaun Simpan SSPN Prime. |
*tertakluk pada terma dan syarat Skim Kafalah Muzzaki
PTPTN berharap dengan pelancaran Skim Didik Zakat & Simpan SSPN Prime (DZAS) ini dapat memberi manfaat kepada Pembayar Zakat PPZ-MAIWP dan Pendeposit Akaun Simpan SSPN Prime secara keseluruhannya.
Cara Penyertaan, KLIK DI SINI.
Terma & Syarat, KLIK DI SINI.
Soalan Lazim, KLIK DI SINI.