Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

4 Langkah Rancang Simpanan Pendidikan Anak Seawal Usia 1 Hari

Antara kenangan terindah bagi pasangan suami isteri ialah kehadiran cahaya mata yang bakal menjadi penyeri keluarga. Kehadirannya melengkapkan lagi institusi kekeluargaan yang didambakan oleh setiap pasangan.

Sudah semestinya ibu bapa akan berusaha memberikan yang terbaik agar si manja dapat menikmati kehidupan yang berkualiti demi menjamin masa depannya. Antara langkah bijak untuk usaha tersebut ialah dengan merancang simpanan pendidikan anak sejak usia 1 hari.

Oleh itu, dikongsikan empat (4) langkah untuk ibu bapa merancang simpanan pendidikan anak sejak usia 1 hari:

Langkah Pertama

Mewujudkan akaun simpanan pendidikan

Sudah menjadi adat, pelawat yang melawat anak yang baru dilahirkan biasanya akan menyantuni mereka dengan memberikan sumbangan berupa wang atau hadiah. Wang yang diterima boleh disimpan dalam akaun simpanan pendidikan.
Antara skim simpanan pendidikan yang terbaik di Malaysia adalah Simpan SSPN yang dilengkapi dengan pelbagai manfaat.

Duit raya anak atau apa jua sumbangan yang diterima dalam bentuk wang ringgit boleh disimpan terus ke dalam akaun simpanan pendidikan ini. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Langkah Kedua

Ibu bapa menetapkan matlamat simpanan pendidikan

Tidak semestinya simpanan pendidikan tersebut terhad kepada keperluan untuk pelajaran semata-mata, ibarat serampang dua mata, ianya berguna juga untuk anak-anak yang cenderung ke arah kesukanan atau minatnya yang lain. Setiap aktiviti juga adalah salah satu bentuk pendidikan, ini kerana setiap anak mempunyai keunikan dan cita-citanya yang tersendiri. Pada era moden ini, anak-anak bebas memilih kerjayanya asalkan boleh menjamin masa depan mereka. Ibu bapa perlu menyokong dan mendorong dengan persediaan simpanan yang secukupnya.

Langkah Ketiga

Relevan mempunyai simpanan pendidikan

Sediakan payung sebelum hujan. Pengalaman dalam mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa dunia diserang virus Covid-19, meninggalkan kesan mendalam secara total dan turut membuktikan bahawa logiknya seseorang itu mempunyai simpanan, tidak kiralah simpanan tersebut dalam bentuk simpanan pendidikan atau kecemasan, ianya tetap berguna pada situasi mendesak begini.

Ibu bapa yang bijak akan membelanjakan simpanan tersebut demi kelangsungan kehidupan serta pendidikan anak-anak bagi tujuan pembelajaran atas talian (PdPR) seperti pembelian gajet untuk meneruskan pendidikan anak-anak di rumah.

Simpanan pendidikan tersebut amat bermakna untuk membeli keperluan isi rumah yang penting sahaja dan perlu dijadikan tauladan serta pengajaran bahawa betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam merancang kewangan keluarganya.

Langkah Keempat

Peranan ibu bapa dalam menyediakan perlindungan simpanan pendidikan

Sebagai ibu bapa, mahukah anda melihat anak-anak menderita sekiranya perkara buruk berlaku ke atas diri anda? Oleh itu, takaful adalah instrumen paling penting dalam konteks perlindungan simpanan pendidikan. Fungsinya adalah untuk mengelakkan ibu bapa dari menghadapi kerugian besar jika berlakunya perkara yang tidak diingini seperti jatuh sakit, lumpuh kekal atau meninggal dunia kepada ibu bapa atau tanggungannya.

Justeru itu, simpanan pendidikan Simpan SSPN adalah pilihan terbaik kerana mempunyai manfaat perlindungan takaful. Oleh itu, amat sesuai bagi ibu bapa untuk menyimpan melalui skim simpanan seumpama ini demi memastikan kehidupan anak-anak tetap terpelihara dan terjamin sekiranya mereka menghadapi musibah pada masa akan datang.

Malang tidak berbau, maka wajarlah ibu bapa berfikiran jauh agar kasih sayang terhadap anak-anak tetap mewangi meskipun mereka telah kehilangan kita.

Kesimpulan
Mulakan simpanan pendidikan sekarang demi mencapai impian anak-anak.

Pembukaan akaun Simpan SSPN Prime, klik di sini.
Pembukaan akaun Simpan SSPN Plus, klik di sini.