PTPTN sentiasa komited untuk menggalakkan amalan penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. Usaha ini selari dengan Teras Pertama dalam Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 untuk menjadikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai produk simpanan pendidikan utama di Malaysia.
Justeru itu, Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 yang merupakan kempen promosi tahunan yang diteruskan lagi pada tahun ini untuk mengalakkan penabungan dan sebagai penghargaan kepada pendeposit Simpan SSPN.
Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM500,000 menanti 138 orang pemenang. Cabutan kali ini terdiri daripada Cabutan Tahunan dan lima (5) Cabutan Siri seperti berikut:
KATEGORI | CABUTAN | TEMPOH KEMPEN |
Cabutan Siri | WOW! Gong Xi Ang Pow | 1 Januari 2023 – 28 Februari 2023 |
WOW! Syoknya Raya | 1 Mac 2023 – 31 Mei 2023 | |
WOW! Merdeka | 1 Jun 2023 – 31 Ogos 2023 | |
WOW! Superheroes | 1 September 2023 – 31 Oktober 2023 | |
WOW! Y.E.S 2023 | 1 November 2023 – 31 Disember 2023 | |
Cabutan Tahunan | 1 Januari 2023 – 31 Disember 2023 |
Berikut adalah senarai pemenang Cabutan Siri – WOW! Gong Xi Ang Pow :
Hadiah | Senarai Pemenang |
---|---|
Tunai bernilai RM2,023 x 23 pemenang |
|
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.