Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Karnival Ceria Simpan SSPN 2026

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa komited dalam memperkukuh budaya menabung dalam kalangan masyarakat khususnya bagi membantu ibu bapa membuat persediaan awal untuk masa depan pendidikan anak-anak. Seiring dengan komitmen tersebut, PTPTN menganjurkan Karnival Ceria Simpan SSPN 2026 yang akan berlangsung secara serentak di seluruh negara pada 27 Jun 2026 (Sabtu) melibatkan lokasi terpilih di setiap negeri.

Penganjuran karnival ini merupakan antara usaha berterusan PTPTN dalam mendekati masyarakat, khususnya ibu bapa dan anak-anak, bagi menanam budaya kepentingan amalan menabung di usia muda. Melalui Simpan SSPN, ibu bapa bukan sahaja dapat menyediakan tabungan pendidikan untuk masa depan anak-anak, malah berpeluang menikmati pelbagai manfaat menarik melalui produk simpanan pendidikan yang selamat, terjamin dan patuh syariah.

Karnival ini turut menjadi platform terbaik untuk orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan perancangan kewangan dan pendidikan anak-anak. Selain itu, ibu bapa yang hadir bersama anak-anak berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan, di samping mendapatkan penerangan secara langsung mengenai kelebihan Simpan SSPN, pembukaan akaun, penambahan deposit serta pelbagai kemudahan dan manfaat lain yang ditawarkan oleh PTPTN.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya:

Aktiviti-aktiviti ini disusun bagi mewujudkan suasana yang menyeronokkan khususnya kepada kanak-kanak selain memupuk kesedaran tentang kepentingan mengurus kewangan dan merancang masa depan pendidikan sejak kecil.

Lebih menarik, anda juga berpeluang mendapatkan cenderamata istimewa, selagi stok masih ada.

Kehadiran ibu bapa bersama anak-anak pastinya menjadikan karnival ini lebih bermakna kerana ia bukan sahaja memberi peluang untuk berhibur, malah membuka ruang kepada perbincangan awal tentang impian pendidikan anak-anak pada masa hadapan.

Anda dijemput hadir ke lokasi terpilih di seluruh Malaysia seperti berikut:

Ayuh, datang beramai-ramai dan meriahkan Karnival Ceria Simpan SSPN 2026 pada 27 Jun 2026. Mulakan langkah kecil hari ini untuk masa depan pendidikan anak yang lebih ceria, terancang dan terjamin bersama Simpan SSPN.