Kempen Fantastic Duo: Pay & Win merupakan kempen anjuran PTPTN yang bertujuan untuk menggalakkan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN melalui potongan gaji dan debit terus (direct debit) dengan menggunakan platform e-mandate di mana Bank Islam merupakan bank peserta. Kolaborasi ini adalah bukti komitmen dan kesungguhan untuk memastikan peminjam PTPTN dapat melaksanakan bayaran balik pinjaman PTPTN dengan mudah dan selamat secara dalam talian.
Tempoh kempen bermula 1 Disember 2022 sehingga 30 April 2023 dan dilanjutkan sehingga 31 Mei 2023.
Kempen Fantastic Duo: Pay & Win terbuka kepada dua (2) kategori iaitu melalui Debit Terus (Direct Debit) dan Potongan Gaji.
Penentuan kelayakan adalah seperti berikut :
Kategori | Perkara | Pelanggan Baharu | Pelanggan Sedia Ada |
---|---|---|---|
Debit Terus (Direct Debit) | Syarat Penyertaan | Terbuka kepada peminjam yang membuat pendaftaran debit terus (direct debit) melalui e-mandate dalam tempoh kempen. | Terbuka kepada peminjam yang sedang membayar balik pinjaman pendidikan PTPTN melalui debit terus (direct debit) di dalam tempoh kempen. |
Kelayakan Cabutan |
| Satu (1) kelayakan cabutan bagi setiap transaksi debit terus (direct debit) yang berjaya di dalam tempoh kempen. | |
Potongan Gaji | Syarat Penyertaan | Terbuka kepada peminjam yang membuat permohonan potongan gaji dalam tempoh kempen. | Terbuka kepada peminjam yang sedang membayar balik pinjaman pendidikan PTPTN melalui potongan gaji dalam tempoh kempen. |
Kelayakan Cabutan |
| Satu (1) kelayakan cabutan bagi setiap transaksi potongan gaji yang berjaya di dalam tempoh kempen. |
Setiap peminjam adalah berpeluang memenagi hadiah berikut:
Kategori 1: Debit Terus (Direct Debit)
Kedudukan | Hadiah | Bilangan Pemenang |
Utama | RM10,000.00 | 1 |
Saguhati | RM500.00 | 80 |
Kategori 2: Potongan Gaji
Kedudukan | Hadiah | Bilangan Pemenang |
Utama | RM10,000.00 | 1 |
Saguhati | RM500.00 | 80 |
PTPTN berharap dengan kempen ini akan memberi peluang dan memudahkan para peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik secara konsisten. Komitmen peminjam membuat bayaran balik amat bermakna demi kesinambungan pinjaman PTPTN kepada generasi akan datang.
Terma & Syarat, KLIK DI SINI.
Soalan Lazim, KLIK DI SINI.