Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Langkah Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Melalui Saluran IIMMPACT

Sebagai salah satu inisiatif PTPTN untuk memudahkan urusan bayaran balik pinjaman pendidikan, PTPTN telah menyediakan pelbagai alternatif saluran bayaran balik untuk para peminjam.

Oleh itu, PTPTN dengan kerjasama IIMMPACT mendokong usaha ini dengan menggalakkan pelanggan berurusan melalui aplikasi Web IIMMPACT,

Dikongsikan langkah mudah untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN menggunakan laman web rasmi IIMMPACT Web Report.

Langkah 1:

Log masuk laman web rasmi IIMMPACT.

Langkah 2:

Pilih pada Digital Markeplace dan pilih Services.

Langkah 3:

Klik pada Loans, klik Select dan pilih PTPTN.

Langkah 4:

Masukkan nombor kad pengenalan peminjam dan klik Next.

Langkah 5:

Pilih Bayaran Balik. Masukkan tambah nilai dan teruskan pembayaran dengan klik pada Pay Now.

Langkah 6:

Paparan mesej akan keluar untuk menunjukkan bahawa transaksi berjaya dilakukan.

Langkah 7:

Pada bahagian Digital Marketplace pilih Reports.

Langkah 8:

Klik pada Transactions.

Langkah 9:

Peminjam boleh tapis tarikh mengikut tarikh yang ingin disemak. Pada bahagian Type, boleh tandakan pada bahagian Successful bagi memaparkan transaksi yang telah berjaya dilakukan. Kemudian, klik pada butang carian.

Langkah 10:

Transaksi yang berjaya dibuat boleh dilihat. Bagi melihat butiran transaksi, sila klik pada butang View Receipt.

Langkah 11:

Resit Bayaran Balik Pinjaman akan dipaparkan. Peminjam boleh mencetak atau muat turun resit tersebut.

Selesai.

Tahniah kerana telah berjaya membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui saluran IIMMPACT. Komitmen anda sebagai peminjam amatlah bermakna kepada kelangsungan pendidikan tinggi generasi akan datang.

Hubungi Kami

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami di:

Careline : 03-21933000
Eksekutif Pemasaran di sini