Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Ambank (M) Bhd dan Payments Network Malaysia (PayNet) menganjurkan Kempen JomPAY & Win! 2022 yang merupakan penganjuran kali ketiga PTPTN bersama Ambank dan PayNet sejak diperkenalkan pada tahun 2020. Kolaborasi ini adalah bukti komitmen dan kesungguhan untuk memastikan peminjam PTPTN dapat melaksanakan bayaran balik dengan cepat, mudah dan selamat secara dalam talian sekali gus menggalakkan lagi peminjam membuat bayaran balik pinjaman mereka.
Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman mereka melalui JomPAY. Kempen ini telah diadakan bermula 1 Julai 2022 sehingga 30 September 2022 yang lalu.
Berikut adalah senarai pemenang:
Hadiah | Senarai Pemenang |
---|---|
Utama: RM25,000 x 1 pemenang | |
Kedua: RM15,000 x 1 pemenang | |
Ketiga: RM10,000 x 1 pemenang | |
Saguhati: RM500 x 22 pemenang |
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.