Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Kempen Jom Zakat Simpan SSPN

Bermula 1 Julai 2024, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperkenalkan platform pembayaran zakat yang mudah, cepat dan selamat untuk pendeposit Simpan SSPN. lnisiatif ini membolehkan para pendeposit menunaikan zakat simpanan secara dalam talian melalui aplikasi web myPTPTN yang memberikan kemudahan bagi pendeposit melaksanakan kewajipan rukun islam ketiga ini.

Oleh itu, Kempen Jom Zakat Simpan SSPN dilancarkan dengan matlamat utama untuk meningkatkan kesedaran mengenai kewajipan zakat simpanan. PTPTN dan LZS ingin menggalakkan penggunaan myPTPTN sebagai platform bayaran zakat yang praktikal dan mudah diakses sekaligus membantu pendeposit menunaikan zakat tanpa halangan.

Kempen ini bermula dari 1 November 2024 hingga 31 Disember 2024 dan terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN yang merupakan pengguna berdaftar myPTPTN dan membuat bayaran zakat melalui myPTPTN dalam tempoh kempen. Setiap individu hanya memerlukan satu bayaran untuk melayakkan diri dalam cabutan.

Sepanjang tempoh kempen, semua pendeposit Simpan SSPN yang membuat bayaran zakat melalui myPTPTN akan berpeluang untuk memenangi hadiah tunai keseluruhan RM5,000 seperti perincian berikut:

Hadiah Bil. Pemenang
Tunai Simpan SSPN bernilai RM500 10

Kempen Jom Zakat Simpan SSPN ini bukan sahaja memberi peluang kepada pendeposit untuk memenangi hadiah wang tunai tetapi juga mendorong mereka untuk menunaikan zakat dengan mudah, cepat dan selamat melalui myPTPTN. lni selaras dengan usaha LZS dan PTPTN dalam memperkasakan transaksi kewangan Islam melalui inovasi digital yang memudahkan pendeposit untuk terus beramal sambil menabung untuk masa depan pendidikan yang lebih cerah.

Baca Terma & Syarat Kempen Jom Zakat Simpan SSPN.

Baca artikel Panduan Membayar Zakat Simpan SSPN.

Tunaikan Zakat Simpan SSPN melalui Aplikasi Web myPTPTN.