Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Panduan Membayar Zakat Simpan SSPN

Apa itu zakat simpanan?

Zakat simpanan dikenakan ke atas wang simpanan seseorang individu. Ia juga boleh dikenakan ke atas objek lain yang boleh diterima pakai secara umum dalam urusan jual beli. Contoh objek adalah seperti emas atau perak yang boleh digunakan sebagai nilai mata wang. Malah, zakat simpanan juga boleh dikenakan ke atas pelaburan, saham yang dipegang, bon simpanan dan lain-lain. Kesemua faktor ini perlu diambil kira ketika proses timbang kira zakat simpanan. Jika ia memenuhi syarat-syarat bentuk simpanan, termasuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan, maka ia diwajibkan untuk dibayar bawah zakat simpanan, seperti simpanan di akaun Simpan SSPN.

Memahami akan pentingnya tanggungjawab membayar zakat simpanan yang diwajibkan ke atas umat Islam, PTPTN telah bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk melaksanakan kemudahan bayaran zakat Simpan SSPN. Ini adalah langkah progresif yang membolehkan pendeposit Simpan SSPN melaksanakan kewajipan zakat mereka dengan lebih mudah dan berkesan.

Cara Membayar Zakat Simpan SSPN Melalui Aplikasi Web myPTPTN

Bagi pendeposit Simpan SSPN yang beragama Islam dan simpanan di akaun Simpan SSPN anda telah mencapai nilai nisab yang ditetapkan oleh Pusat Pungutan Zakat, anda boleh membayar zakat simpanan melalui aplikasi web myPTPTN.

Jom ikuti 4 langkah mudah cara membayar zakat Simpan SSPN seperti berikut:

 

Langkah 1: Log Masuk Aplikasi Web myPTPTN

Log masuk aplikasi web myPTPTN melalui komputer riba dengan masukkan ID Pengguna anda.

Pastikan Ikon, Nama dan Frasa Keselamatan yang terpapar adalah betul sebelum meneruskan proses pembayaran zakat simpanan Simpan SSPN.

Klik ‘YA’ untuk meneruskan log masuk ke aplikasi web myPTPTN.

Masukkan Kata Laluan, kemudian klik pada Log Masuk.

Langkah 2: Klik Menu Perkhidmatan

Langkah 3: Klik pada Menu Simpan SSPN dan ‘Zakat Simpan SSPN’.

Langkah 4: Rekod Bayaran Zakat

Rekod bayaran akan dipaparkan. Klik butang ‘Bayaran Zakat’.

Nota: Sila simpan resit bayaran tersebut untuk tujuan tuntutan rebat cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Selesai. 

Kesimpulan

Pelaksanaan kemudahan bayaran zakat Simpan SSPN memberikan peluang kepada pendeposit Simpan SSPN yang beragama Islam untuk menunaikan kewajipan dengan cara yang lebih mudah dan efisien, di samping dapat memastikan bahawa bayaran zakat simpanan mereka dimanfaatkan untuk kesejahteraan ummah.

Info lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi Careline PTPTN di 03–21933000 atau ikuti media sosial rasmi @PTPTNOfficial untuk maklumat lanjut.

Semoga artikel ini dapat membantu anda menghargai setiap simpanan anda di Simpan SSPN dan membantu golongan yang memerlukan.