Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp
Peraduan Syoknya 25 Tahun PTPTN - Artikel

Peraduan Syoknya 25 Tahun PTPTN

Sempena Jubli Perak 25 Tahun, PTPTN dengan kerjasama Sinar Harian mengadakan peraduan Syoknya 25 Tahun PTPTN yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM15,000 berupa pembukaan akaun Simpan SSPN Prime dan barangan eksklusif daripada PTPTN. Peraduan ini bermula 30 November 2022 hingga 31 Disember 2022 melalui dua platform iaitu media cetak dan digital.

Maklumat peraduan adalah seperti berikut:

1. Media Cetak

PERKARA MAKLUMAT PERADUAN
Tarikh Peraduan 30 November 2022 – 16 Disember 2022
Cara Penyertaan Jawab 3 Soalan mudah bagi setiap siri iaitu siri satu (1) hingga siri tiga (3) dalam akhbar Sinar Harian
Cara Penebusan Kumpul ketiga-tiga siri dan kemudian kejar krew di Karnival PTPTN Sempoi Baq Hang
Hantar borang di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang pada 17 Disember 2022 (Sabtu)
Hadiah RM100 + Barangan Eksklusif PTPTN x 50 Pemenang Terawal
(Hadiah akan dikreditkan ke akaun Simpan SSPN)

2. Media Digital

PERKARA MAKLUMAT PERADUAN
Tarikh Peraduan 1 Disember 2022 – 31 Disember 2022
Cara Penyertaan i. Pembaca boleh mula mengakses soalan melalui microsite Sinar Harian atau mengimbas QR Code di mana-mana akhbar Sinar Harian
ii. Pembaca perlu mengisi maklumat peribadi sebelum meneka Logo 25 Tahun PTPTN yang tersembunyi
iii. Jawab 9 soalan umum objektif mengenai produk PTPTN
Hadiah Pertama:  RM2,500 + Barangan Eksklusif PTPTN x 1 pemenang
Kedua:  RM1,500 + Barangan Eksklusif PTPTN x 1 pemenang
Ketiga:  RM500 + Barangan Eksklusif PTPTN x 1 pemenang
Saguhati:  RM250 + Barangan Eksklusif PTPTN x 22 pemenang

Untuk maklumat lanjut layari, KLIK DI SINI.